Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Tracking Nuffnangers - end of April

Berangan Nak Anak Kembar Tiga

Assalamualaikum.

Hai. yes yes Ai memang suka berangan. tak kiralah pasal apa sekalipun. sebab orang kata (orang kata ya) berangan tu satu doa. sejauh mana dia punya relevan tu Ai taktau. so, lets just BERANGAN. hahahah. mana tau Allah nak makbulkan doa kita tu-even kita berangan je. tapi beranganlah benda yang baik-baik. insya Allah makbul. kalau berangan nak menjatuhkan orang tu. hmmmm sendiri fikirlah ye.

          Apa yang Ai selalu berangan? nak anak kembar tiga. hahahahaha. aduhh impian tinggi menggunung. nak layan kerenah anak sedara yang sorang tu pun tak sanggup. inikan pulak nak layan anak kembar tiga? pengsann omma!

Ni semua pengaruh cerita The Return of Superman . anak Song Ilkook yang kembar tiga tu comel GILA. duhhh, I cannot T.T nakal memang nakal (anak lelaki kan). tapi bila tengok keletah dorang bercakap, lepastu bila dengar cakap ayah dorang macam comel je macam geram je. tu yang berangan nak kembar tiga (di samping tak payah beranak banyak kali hahahaa.)


Dari kiri : …

Review: Umaima Collagen Milk

Assalamualaikum.

Hai.




Sesiapa yang tengah cari supplement kecantikan daripada produk muslim (yang pastinya HALAL)  boleh try susu kambing UMAIMA ni. Abby Abadi pun consume susu Umaima ni as her daily supplement tau! Ai pernah tengok dia post susu ni dekat instagram dia. muka pun nampak muda cantik je. minum susu berkolagen rupanya. ngehh ngehh. kalau korang nak tau produk ni 100% produk muslim. no doubt ok!

          Boleh diambil untuk semua terutamanya wanita, kanak-kanak dan wanita hamil. Kalau nak tahu produk tu bagus ke tak, dia boleh digunakan untuk semua jantina tanpa mengira peringkat umur. Kandungan dalam susu ni pun best sangat. dengan formula kolagen ikan, snow lotus stemcell, ekstrak habbatus sauda dan banyak lagi. paling best, kesan seawal seminggu sebab susu ni menyerap pantas dalam usus kita.


Kebaikan Susu Kambing Umaima :
Mengangkat, menegangkan dan menganjalkan pinggul serta payudaraMenganjalkan kulit yang berkedutMemutihkan kulit kusam (seluruh badan)Melambatkan tanda-…

BB Cream

Assalamualaikum.

Hai. BB cream story time. kekekee~ sebut je BB cream BB cream tapi apa maksud BB tu senanya. sebut, pakai. tapi taktau apa maksud BB -_- (Ai la tu orangnya hahah) ok BB tu singkatan untuk Bleamish Balm / Beauty Balm Cream. jelas? kiranya BB cream ni macam krim magik laa yang boleh protect pastu boleh cantikkan kulit muka kita. giteww lah dia punya introduction.

          Sebenarnya, Ai ni jenis yang taksuka nak mekap-mekap sangat. paling over mekap bila nak keluar rumah, Ai akan pakai compact powder, lipgloss dengan celak (bila rajin. biasanya tak rajin pun. mata sepet susah pakai celak -_- demmit). tu tahap rajin ah tu. kalau pemalas, spray muka dengan spray mist pastu keluar. hahaahahaha pastu adalah kena tegur dengan kakak Ai "Awak ni cuba la mekap-mekap sikit. pakai BB cream bla bla blaa. dah habis sekolah takpe mekap-mekap." haa gitew dia bagi ceramah. pastu terbukak jugakla pintu hati ni nak melawo~

So, haritu masa pegi shopping barang dapur, Ai belila…

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Jaga Umi Dekat Hospital

Assalamualaikum.

Hai. perasan tak yang Ai dah selang-selang taip entri blog? (ke Ai je yang perasan? hahah) kalau ada entri sekalipun, yang pendek je. contohnya macam entri GA. serius Ai sangat penat sampai takde masa nak update entri.

          Hari Khamis malam Jumaat haritu, Umi Ai masuk hospital sampai kena tahan wad. yep, sakit umi masih belum baik. tenaga dia semua dah takde T.T malam Khamis haritu ayah bawak umi pergi berubat syifa'. memang ustaz tu akui, umi ada masalah dalaman dan luaran. habistu, tengok umi dah lemah sangat, ayah pun bawaklah pergi hospital. konon nak masuk air je dalam 3/4 botol.

Tapi takkan la sesuka hati je datang cakap nak masukkan air. mestilah doktor nak tau kenapa nak kena masuk air semua kann? cek punya cek, doktor kata kurang garam dalam badan, sel darah merah, sel darah putih semua kurang. air pun kurang. sebab tulah umi sampai pucat lesi. lepastu doktor decide terus kena tahan wad.

          3 hari 2 malam umi dekat wad. nasib baik abang Ai ad…

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Assalamualaikum

Hai.

First Anniversary Giveaway!
Saya nak menang giveaway ni sebab saya nak hadiahkan fridge magnet tu pada mak saya. dia suka kumpul fridge magnet dari luar negara.

Nivea Sun Daebakk!

Assalamualaikum.

Hai. Asalnya, nak tengok music video EXO-Call Me Baby (even dah berpuluh-puluh kali tengok, still nak tengok lagi. hahaha) tapi biasalah kan kalau bukak Youtube. awal-awal tu ada ads. ada certain-certain ads Ai akan tengok sampai habis (mana yang rasanya best ah) kadang-kadang tu skip ads jeh senang.

          So, tadi keluar ads pasal Nivea Sun. daebakkkk! memang terkejut habis bila tengok iklan Nivea Sun tu . . .

klik play untuk tengok sama.
Dia rakam muka orang awam ni guna UV Camera. hasilnya? muka jadi teruk GILA! tengok face to face macam flawless gila. sebijik jerawat, pori terbuka semua takde. sekali bila tengok guna UV camera. hapehhhh yang flawless tadi semua hilang dahh. sampailah bila dorang sapu Nivea Sun pada muka masing-masing, cela tadi habis dah kena tutup even dalam kamera UV tu muka nampak hitam macam sapu lumpur (kesan daripada Nivea Sun tadi) tapi kulit muka kita dah terlindung daripada sinaran UV matahari :) 
          Sebenarnya, ada banyak jeni…

Tips Untuk Cepat Mengantuk

Assalamualaikum.

Hai. lately ni, Ai memang payah gila nak tidur. entah apa masalah taktaula. nak kata siang banyak tidur, takde pun. dulu kalau siang dah tidur, malam pun bantai je boleh tidur. mata tu dah ngantuk sebenarnya. bila dah baring, tutup mata. seminit, dua minit. bangun. pusing kiri pulak. seminit. dua minit. terlentang pulak. seminit dua minit. menyarap. arghhh TAK BOLEH TIDUR jugak. why why why? kenkadang dah pukul 3 pagi barula dapat tidur -_- tup tup alarm bangun Subuh bunyi. gahhhh!

          Jadi, untuk cepat rasa ngantuk, Ai came out with this:


Matikan lampu sejam sebelum tidur Mungkin ada sesetengah orang yang tidur dalam keadaan terang. contoh macam kawan Ai. taktaulah takut gelap ke cemana kan? Ai takde masalah tidur dalam gelap. dan biasanya, ubat nyamuk elektrik yang jadi Ai punya lampu tidur. untuk dapatkan tidur yang lena dan berkualiti, mestilah tutup lampu (okla kalau takut gelap sangat pasang lampu tidur - cahaya paling minimum)
Membaca buku Ambiklah apa-apa …

Allah Suruh Lebih Banyak Berdoa

Assalamualaikum.

Hai. ok ok seperti yang semua batch 97 dah maklum. harini dah boleh nak buat semakan secara online untuk tawaran ke Matrikulasi bagi tahun 2015/2016. yes, I was expecting too much. konon was like aku-akan-dapat. tepat jam 12 tengah hari, Ai pun bukak laman web KPM. nak check matrikulasi lah ni. ok benggang sebab jammed! (kes, ramai sangat bukak laman web tu)

          Tetiba dapat pulak whatsapp daripada Shida, ok dia dapat tawaran dekat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). ok dah start jeles. Ai masih tak dapat apa-apa respon. sebabkan mengalah dengan semakan online, Ai sms je. tak lama lepastu Akem pulak whatsapp cakap dia dapat tawaran dekat Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). memang Ai dah tak keruan. kawan Ai yang lagi sorang, Hajar dia kata dia tak dapat matriks. tak lama lepas tu, Ai dapat message...

zasssss! macam kena panah petir wehh.
Ok maybe I should'nt expecting too much like aku-akan-dapat. crap! tak dapat pun. even ada lagi dua orang kawan Ai yang tak dap…

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum.

Hai. dah lama tak join segmen. konon merajuk membawa hati yang lara sebab tak pernah menang GA. kahkahkah POYO!

        Takkan tengok je? jomlah join segmen ni. ada hadiah instant shawl. wuuu best sehh. Ai pulak memang tak pernah pakai/tak pernah beli/tak pernah ada instant shawl. teringin jugak nak ada satu. so, join la segmen ni. mana tau ada rezeki. kann?

"Segmen Blogwalking & Hadiah Bertuah" Klik banner di atas untuk join :)

Ikhtiar Perubatan Islam

Assalamualaikum.

Hai. Sebenarnya, umi Ai memang dah lama tak sihat. sebulan lepas daripada balik umrah. macam-macam benda jadi. mula-mula mood umi Ai macam tak berapa ok. tak kisahlah kan. mungkin sebab hormon. lepas dia jaga kakak Ai berpantang (masa tu kakak Ai dah balik JB) umi Ai gaduh sakit pinggang. memang teruk sangat masa tu. sampai nak tidur pun tak boleh. lepas beberapa minggu, sakit belakang dah hilang.

          Hilang sakit belakang, tiba-tiba umi demam. teruk jugaklah waktu tu sampai seminggu tak kebah. masa tu takde sarapan pagi, takde makanan untuk tengah hari. makan malam pun beli je. baju-baju pun Ai yang basuh. umi memang dah tak larat langsung.

Dah seminggu demam tak baik-baik, terus bawak pergi klinik takut suspek denggi. yelaa umi ngadu sakit kepala, hilang selera makan, tekak rasa pahit, macam-macamlah. klinik kerajaan dah pergi, klinik swasta pun dah pergi. overall doktor cakap takde pape. oklaa, makan je ubat. mana tau dua tiga hari lagi baik ke.

         Samp…

We Represent SISTAR!

Assalamualaikum.

Hai. Baru-baru ni, Ai ada tengok satu variety show Korea yang baru. takdelah baru sangat. dah season 4 dah pun. kali ni SISTAR Showtime! tahun lepas Ai tengok EXO Showtime. tahun ni giliran SISTAR Showtime pulak.


          Cerita SISTAR Showtime ni, lebih kepada kehidupan peribadi artis tu sendiri. means, kita dapat tau, apa aktiviti dorang kat rumah, waktu cuti ke. camtulah. ataupun apa yang dorang selalu buat kalau takde schedule (show) semua tu. disebabkan ahli SISTAR ni duduk asing-asing (dah tak duduk asrama lagi), rumah setiap orang ahli akan diletakkan kamera. so kita dapat tau la apa yang dorang buat kat rumah (korang paham ke apa yang Ai cuba sampaikan nihh? haha)

Seriously cerita SISTAR Showtime ni best gilaa! ahli SISTAR tu sendiri perangai gila-gila. tak gedik macam ada sesetengah artis Korea.



          Biasanya, kalau ada cerita Korea yang best, Ai akan bagitau kawan-kawan Ai. dorang pun sama. ada citer best je terus kecoh-kecoh kat whatsapp. tak bestla k…

Layak Ke Tak Layak?

Assalamualaikum.

Hai. dah masuk bulan April of course lah batch 97' paling seram sejuk. dah lepas seram sejuk nak mengadap result SPM bulan lepas, kali ni seram sejuk nak tunggu keputusan UPU/Matriks. bagi dorang yang dah selamat masuk IPT tu untunglahkann. tah-tah dah start belajar dah. tak macam Ai ni, menganggur dan menunggu. jenuh oi jenuh.

          Jeles memang jeles bila tengok ada sorang kawan Ai dah masuk UITM masa bulan Disember haritu. takpe dia pandai (budak MRSM la katakann). sah-sah guna result trial. T.T memang dari sekolah rendah pun pandai. yang lagi sorang kawan Ai, masuk business school dekat Melaka. yang tu lagi pandai. 9A+ (ex-student SAMURA). dua-dua tu kawan sekolah rendah. lama dah tak jumpa dorang.

Semalam Ai sempat belek semula laman web UPU. menyirap betul sebab dalam laman web tu dia ada sediakan IMASCU (untuk semak kelayakan). dah sah-sah la tarikh nak mohon dengan kemaskini dah tutup. Ai pulak haritu main isi je borang permohonan ikut kelayakan. tak g…

Travelog: Perjalanan Ke Tanah Suci [Part 7]

Assalamualaikum.

Hai. Ai nak sambung travelog umrah Part 7. dah masuk part akhir dahh T.T perasaan rindu dekat tanah suci tu masih menebal. serious talk, tak puas pergi sekali je. nak pergi lagi! Insya Allah kalau ada rezeki, nak pergi lagi lagi dan lagi.

Hari Kelapan dan Kesembilan - 24 - 25 Jan // Sabtu - Ahad (MEK)

Hari Sabtu tu, kitaorang melawat ke Masjid Hudaibiyah. Ia merupakan antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah Haji dan Umrah. dekat kawasan-kawasan masjid tu adalah orang berjual-jual. kat mana-mana masjid pun ada juga. jual tasbih laa. jual kurma laaa. macam-macam.

Sebelum pergi, semua jemaah Umrah memang dah siap-siap pakai ihram untuk buat umrah lagi. so, bas pun bawak kitaorang ke Jaaranah untuk berniat ihram. lepas niat je ihram, mulalah kena jaga setiap pantang-larang dalam ihram. lepastu, terus ke Masjid Al-Haram untuk mengerjakan umrah. selama Ai dekat sana, rasanya 3 kali Ai buat umrah heeehee. ok la kan?? :D

Lepas selesai umrah :) oh dua lelaki yang …