Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Dapat Jawatan JPK Tun Hasan

Assalamualaikum.

Harini bukan nak cerita pasal tips, bukan pasal review atau apa-apa je tentang kecantikan dan sebagainya. Tapi nak share cerita je. Kot la nanti boleh jadi kenangan dah tua. Semalam aku dapat whatsapp daripada YDP Kolej Tun Hasan yang mengatakan bahawa aku passed interview JPK haritu.

          Ok, ok, bagi yang taktau apa tu JPK. JPK stands for Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Kalau dekat UITM memang kitaorang guna perkataan JPK untuk sesiapa yang ada jawatan dalam kolej. Aku sebenarnya taktau la nak kata suka ke tak suka ke bila tau dah dapat jawatan tu. Padahal aku yang mintak. Kolej Tun Hasan ni sebenarnya kolej senior sebab tu la aku macam tak berapa nak happy sebabnya aku ni masih junior dan sangat mentah dalam bab kepimpinan. Tapi sebab aku apply JPK ni pun sebab aku nak cabar diri aku dalam bidang kepimpinan sebab aku tau aku sangat kurang bab tu.

Interview JPK ni lama dah. Cuak jugaklah masa pergi interview ni haa, sebab semua yang datang senior-senior. Tiba-ti…

Cerita Hilangkan Blackhead dan Whitehead Degil

Assalamualaikum.

          Siapa je kan yang muka dia tak pernah ada dan takkan pernah ada blackhead + whitehead? Lelaki ke perempuan ke sama cenderung untuk menternak dua makhluk ni. Tapi aku rasa lelaki kurang kisah sikit pasal blackhead dengan whitehead ni. Contohnya abang aku.

So harini aku nak share sikitlah kan produk yang aku guna (dan yang pernah guna) untuk hilangkan si dua beradik blackhead dengan whitehead ni haa. Dulu-dulu sebelum aku pandai pakai mask, kakak aku jadi tukang picitkan segala jenis anak jerawat sampailah ke bapak jerawat, tak cukup dengan tu segala blackhead whitehead aku pun dia picitkan. Geram katanya sebab masa tu aku takde kesedaran nak buang semua 'aksesori muka' tu.

          Setiap kali dia picit dialog dia sama je "Haaa ni dia dah keluar. Tengok ni haa macam cacing keluar." Aku jadi dah hafal dah. Hahahah!

Tapi yang tak bestnya bila picit ni, nanti kulit kau akan mengelupas. Tapi lama-lama kulit akan jadi elok balik. Tapi tulah, nak…