Skip to main content

Dapat Jawatan JPK Tun Hasan

Assalamualaikum.

Harini bukan nak cerita pasal tips, bukan pasal review atau apa-apa je tentang kecantikan dan sebagainya. Tapi nak share cerita je. Kot la nanti boleh jadi kenangan dah tua. Semalam aku dapat whatsapp daripada YDP Kolej Tun Hasan yang mengatakan bahawa aku passed interview JPK haritu.

          Ok, ok, bagi yang taktau apa tu JPK. JPK stands for Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Kalau dekat UITM memang kitaorang guna perkataan JPK untuk sesiapa yang ada jawatan dalam kolej. Aku sebenarnya taktau la nak kata suka ke tak suka ke bila tau dah dapat jawatan tu. Padahal aku yang mintak. Kolej Tun Hasan ni sebenarnya kolej senior sebab tu la aku macam tak berapa nak happy sebabnya aku ni masih junior dan sangat mentah dalam bab kepimpinan. Tapi sebab aku apply JPK ni pun sebab aku nak cabar diri aku dalam bidang kepimpinan sebab aku tau aku sangat kurang bab tu.

Interview JPK ni lama dah. Cuak jugaklah masa pergi interview ni haa, sebab semua yang datang senior-senior. Tiba-tiba aku yang si junior ni pun menempel sama macam muka taktau malu. Tapi dorang ok je sebenarnya. Alang-alang dah cakap pasal interview ni kan, bolehlah aku selitkan sikit antara soalan-soalan yang aku dapat masa interview (kot la boleh jadi panduan untuk orang lain yang apply jawatan JPK ni) - sebab aku pun Google pasal interview ni sebelum tu.

Masa interview tu biasalah, ada barisan JPK yang lain dengan SRK (SRK tu pulak stands for Staf Residen Kolej. Maksudnya dia pensyarah yang jaga kolej tu). Soalan tak susah yang penting kau confident je jawab tu. Jangan terketar-ketar.

Haa, macam biasa sebelum masuk bilik tu ketuk pintu dan bagi salam. Kalau orang tak bagi duduk jangan kau main bantai duduk. - Apply tips ni untuk semua interview yang kau akan hadap nanti.

YDP : Ok, awak boleh duduk dan serahkan borang awak.

Aku : *duduk dan serahkan borang* - jangan berhenti senyum wehh!

YDP : Baiklah Aishah, boleh terangkan tentang diri awak, dan jurusan yang diambil?

Aku : *jawab* - Cerita je apa-apa tentang diri kau. Yang penting ringkas tepat dan padat.

Tiba-tiba SRK mencelah ...

SRK : Kenapa awak berminat untuk jadi JPK Tun Hasan?

Aku : *jawab* - Aku berminat sebab kolej Tun Hasan tu kolej bawah. Lepastu majoriti classmates aku duduk kolej bawah. Tempat makan dekat bawah pun banyak pilihan. Masjid pun dekat, sebelah kolej je (jalan kaki sikit). So pandai-pandai la aku goreng jawapan masa tu.

YDP : Kalau awak nak jadi JPK, awak nak pilih jadi JPK apa dan kenapa awak pilih jawatan tu?

Aku : *jawab* - Aku pilih JPK Publisiti dan JPK Keceriaan dan kebersihan. Sebab pilih publisisti, aku suka ambil gambar lepastu edit-edit. Lepastu aku pandai buat laporan aktiviti, sebab dulu zaman sekolah aku setiausaha kelab. Cita-cita aku pulak lebih kepada bidang Journalism (blogger kan?) Aku pilih keceriaan dan kebersihan pulak sebab aku jenis taksuka tengok tempat yang kotor dan bersepah. Walaupun aku ni takdelah pengemas mana tapi kalau dah bilik macam tongkang pecah boleh naik jugak darah aku ni haa.

YDP : Ok ... Kalau awak pilih untuk menjadi JPK publisiti, macam mana awak nak handle gambar-gambar student yang tak pakai tudung. Apa awak nak buat?

Aku : *jawab* - jawablah ikut logik akal yang berlandaskan Islamik. (Dosa tau publish gambar orang tak tutup aurat)

YDP ; Macam mana pula kalau awak pilih untuk jadi JPK kebersihan dan keceriaan, dia selalu buang sampah dekat luar bilik dan biarkan sampah kat situ berhari-hari. Apa tindakan awak sebagai JPK?

Aku : *jawab* - For sure kita patut kenakan denda dengan bayaran. Student ni sensitif sikit kan kalau bab benda yang melibatkan keluar duit.

YDP : Baiklah Aishah. Setakat itu sahaja interview ni. Nanti kalau keputusan keluar, saya akan whatsapp awak ya. Terima kasih.

Aku : Baiklah, terima kasih juga. - Jangan lupa senyum sampai ke titisan yang terakhir!


          Insya Allah aku akan galas tanggungjawab ni sebaik mungkin. Walaupun aku terpaksa jaga kolej senior. :) Allah takkan gerakkan hati para interview tu untuk pilih aku kalau aku tak mampu. Yang penting kena sentiasa positif.

Comments

Unknown said…
Sis, interview tu English ka BM ja? Macam lawak kan tapi mana la tau since UITM kan hehe

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...