Skip to main content

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman grammar, reading dan essay. ada 50 soalan objektif + satu essay. sejujurnya, soalan dia lebih kurang macam soalan SPM. cuma cuma cuma high level sikitlaa (tahap universiti giteww). perkataan yang dia gunakan pun memang umphhh (even I need to reread. hahahaha)

           Untuk essay pulak, dia bagi satu soalan je. kena buat essay lebih daripada 150 patah perkataan. nak tau tak soalan apa yang dia bagi? Percentage Usage of Internet in the World Region  (lebih kurang camtula tajuk dia. lepas tu dia ada bagi jadual (bar graph) peratus negara-negara dunia yang guna Internet. Dia minta kita explain la ikut 'feature' negara yang kita pilih. Based on your knowledge and ideas. Perah otak perah. (Tips untuk esssay ni, dia style MUET. so buat sikit rujukan tentang essay standard MUET. Ok adik-adik?)


Paling tak tahan, bila masa tinggal lagi 5 minit nak jawab, pensyarah tu bagitau yang calon tak dibenarkan menconteng kertas soalan. Sekiranya, anda terconteng, sila padam dengan segera. I was like WHAT? apesal la tak bagitau awal-awal? penuh kertas soalan tu Ai conteng ok! I even wrote my essay draft! Pergh jadi satu kerja aku nak kena padam setiap helai. Habis writing test, aku balik hotel. prepare untuk oral test waktu petang pulak.



          Petangnya, 2.00-5.00 petang, ada oral test pulak. Aku kena dekat bilik oral 10. Jumlah bilik oral ada 20. lain pulak cerita kat bilik oral. Menunggu bagai nak GILA. (1 jam 30 minit lebih sikit). rupa-rupanya, panel bilik oral 10 takde. Bukan nak bagitau awal-awal kan. Nasib baiklah dapat kawan-kawan yang jenis kepohci. Melayan kerenah dorang memang best. Baru kenal tapi macam dah lama kenal. (siap buat group kat whatsapp lagi!)



Balik pada cerita interview, last-last semua budak bilik oral 10, pergi interview dekat bilik oral lain (tak ingat no berapa). I was interviewed with another friend named, Maria (yea, two people at once - nak jimat masa) masuk je bilik tu .  .  .


Aishah & Maria : Assalamualaikum. *sambil masuk bilik*
Panel : Waalaikumsalam, you may come in. Please put your documents at this table and you may have a sit.

cuak siottttt!

Panel : My name is Madam ........... (tak ingat nama panel tu. hahaha T.T sorry madam) What is your name?
Aishah : My name is Siti Aishah binti Badrulhisham and madam can call me Aishah.
Panel : So Aishah, tell me about yourself.
Aishah : *talking about myself* prongg prangg proongg pranggg . hahaha

Maria's turned . . .

Panel : Ok. Now tell me about your unforgetable vacation. I'll give you 1 minute for you to provide your answer.

After one minute . . . 

Panel : Who's gonna go first?
Maria : Me. *Maria talking about her vacation at Cameron Highland*
Panel : Now it's your turn Aishah.
Aishah : *talking about her trip to Mekkah* (truthfully, she can't remember the places that she have been) last-last dia cakap je tah pape hahahah. *she lost her memory actually* hahahahahaha

End of the interview~

          Did my performence good? Kena reject ke cemana ni? Semua tu asyik bermain dalam kepala. How is my writing test? apa-apa pun Aku dah buat, dah bagi yang terbaik untuk interview ni (memandangkan ni interview pertama Aku) harapnya, Aku terpilih dalam beribu-ribu calon. Aminn. pray for me :)) ohh tak lupa jugak, doakan kesihatan umi Aku. Alhamdulillah nampak dah sihat sikit. :)

Sebarang persoalan ataupun korang nak kongsi pengalaman, boleh terus email ok? Insya Allah sepantas roket kakak balas. Sebab kadang-kadang tak perasan kalau korang drop comments. Lagi-lagi bila entri dah lapuk. I'm waiting for you...

Oh sebelum korang tanya "Akak lepas tak interview tu?" Akak jawab awal-awal, akak tak lepas. Not only me, but semua kawan-kawan akak yang ditemuduga dalam bilik oral 10 tu. Lagi satu soalan famous, "Akak sambung belajar mana?" Lepas kena reject dengan UPSI, UiTM ambik kakak dan kakak officially dah jadi pelajar jurusan Komunikasi dan Pengajian Media. Ok, kalau nak tau pape email kakak. Kalau lambat reply tu mungkin busy, jangan spam pula. Tapi jangan risau, kakak memang baca. :)

Email me at : aeshahbadrul@gmail.com

Comments

Amelia said…
21 april 2014 ke 2015 ? hehehe. mcm susah je topik karangan tu o.O tak de idea nak perah. hehehe. Good luck nanti :)
Lia- salah tahun! Hahaha selalu typo camtu -_- tula kann karangan dia tough sikit. Huuuhu thanks kawan sebaya :)
Anis Farhana said…
Pabenda soalan karangan payah gila haha apa apa pun, good luck awak :))
Anonymous said…
Hi, brp lama nak tunggu kptsan temuduga? Sbb takut tak sesuai masa dgn keputusan uitm, nnt stress pikir nak pilih mana ��
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Hello, I'm not sure if you're still active with this blog, but I have a question for you, if you don't mind.
Well, I got offer for the same course as yours and I have to go to Perak this Monday. The thing is, I'm pretty anxious about the whole thing, and would like to know more about the whole interview.
My first question is... there's an essay, right? Must pull it off in 150 words, right? So, how many paragraphs did you do when you were taking this writing test? You said it was just like SPM, except that it was like in slightly high level or something, so does that mean I have to do at least 4 paragraphs too?
My last question is about the oral speaking. Does everyone need to be interviewed with another person sitting beside us? What does the examiner want to know about when he or she asks us to introduce ourselves? May I know what you said at that time? And, is the examiner going to ask only a simple question? Do you know what might be other possible questions for oral test?

I really hope you can get back to me. Honestly, I'm quite shaking from head to toe right now since this is my first time going to an interview and I have no idea how it is like. Thank you so much in advance!
min said…
AKAKKKKKKKKKKKK . SAYA INTERVIEW KHAMIS NI 😭😭😭 CUAK KAKKKKKKKKKK WISH ME LUCKKKKKKKKK 😭😭😭😭
Unknown said…
Nk tnya sikit..rmai x boys amik course ni kt UPSI?
Unknown said…
Hye saya disini kerana iv isnin ni😭😭😭😭😭😭
Ahjin said…
actually i tngh prepare for the interview and then bila i nmpak blog page ni i mcam kurg sikit tekanan. hopefully i pass the interview if not i will go to uitm
Anonymous said…
Hi! May i ask u iv ni dia buat dekat Upsi je ke? Dia tk buat ke dkt cawangan untuk setiap negeri?

Popular posts from this blog

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...