Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Jubah DIY

Assalamualaikum.

Hai. Hujung minggu ni wedding Kak Ngah (anak Ayah Ngah yang no 2 tu) pastu kitaorang satu family pakat nak pakai baju sama (yang gigirls). So haritu umi belikan aku, Kaklong ngan Umi baju warna yang sama, pastu pegi tempah orang untuk jahit.

          Jahit punya jahit baru dapat minggu lepas bajunya. Tapi masa dapat tu baju aku kosong takde letak dokoh ataupun reben, renda yang sewaktu dengannya. Beria la ingatkan Kak Nurul jahitkan sekali aksesori. Baju Kaklong je dia letak dokoh.

So aku pun fikir nak beli dokoh nak lekat kat baju aku jugak. Tapi bila dah sampai kedai, ternampak renda pulak. Eh, tetiba rasa macam nak letak renda je and give up dengan dokoh. Maka aku pun belilah 2 meter renda untuk di DIY kan kat jubah plain aku tu haa.

          Maka tadi aku dengan Umi pun beroperasi bubuh renda tu dekat baju aku. Maka hasilnya, ya ampunnnn cantik gila. Gila cantik daripada baju Kaklong (aku rasa. hahahah)

Baju settle, shawl pun settle! Shawl aku beli dengan housem…

Product Review : Doll Skin Foundation by Sendayu Tinggi

Assalamualaikum, hai.

     Untuk sesiapa yang tengah cari foundation jenis apa nak pakai, foundation apa yang bagus semua tu kan. Harini aku nak share sikit tentang satu produk make up yang paling best. Foundation yang paling awesome aku pernah pakai.
Aku sebenarnya taktau pun Doll Skin Foundation ni jenama Sendayu Tinggi. Aku main pakai je masa kakak aku bagi. Ingatkan jenama oversea. Sebab dia tulis ST Professional Make Up. Langsung tak terfikir yang ST tu stands for Sendayu Tinggi. Sampailah satu hari tu aku pergi Watsons terjumpa foundation ni.
Comel kan packaging dia?
Packaging macam international punya!

      Apa yang paling best sangat tentang foundation ni? 
1. Tutup segala jerawat, jeragat, parut dan muka berbelang!
          Serius, sapu nipis je dah boleh tutup semua masalah kat atas ni. Percaya ke tak? Tak percaya kena try sendiri. Bila musim jerawat tumbuh, aku akan letak lebih sikit foundation ni kasi tutup cela. Pernah sekali aku make up kan housemate aku guna foundation…

Dinner Kolej Tun Sabariah X Tun Senaja

Buat pertama kalinya aku merasa pergi dinner yang ada 'tema'. Selama ni bantai je dinner. Dekat sekolah dulu pun takde dinner yang ada tema semua ni. Yang zaman lagi satu tu takyah ceritalah, langsung tak merasa (kesat air mata).

     Sepatutnya dinner ni 2 Sept 2016 tapi disebabkan ada program lain nak guna dewan, so dinner terpaksa diawalkan sehari (jadi 1 Sept). Kali ni Kolej Tun Sabariah (kolej aku) berkolaborasi dengan Kolej Senaja. Kiranya kolej junior-junior la. Untuk pengetahuan semua, Kolej Tun Senaja merupakan kolej lelaki. Sekian. Setiap penghuni kolej Sabariah dan Senaja akan dapat tiket dinner yang bermakna 'no outsider' (cehh).



     Tema yang diaorang dah bincang untuk sem ni ialah 'Glam Night' dan untuk pakaian pulak berkonsepkan 'black and gold'. Aku tak ikut tema pun, aku pakai baju raya tahun ni je, sebab baju tu warna blue black tambah pulak dengan gold glitter shawl. Oklah kan? Sebenarnya aku tak pernah pakai lagi baju tu sebab tu de…