Skip to main content

Posts

Pentingnya Menggunakan Skincare yang Sesuai dan Teratur

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi ada insiden berlaku dekat kawasan rumah aku. Ada insiden nahas payung terjun. Individu tu jatuh atas bumbung rumah jiran aku. Ya, kawasan rumah aku ada tempat main payung terjun, ada tempat golf semua. Macam kawasan perumahan elit kan? Heh. 
Nak dijadikan cerita tengah hari tadi tiba-tiba takde letrik kat kawasan rumah aku tu. Sebelum bekalan letrik terputus, ada satu bunyi dentuman. Tapi biasa la ingat takde apa. Lepas tu ada kecoh-kecoh pulak orang kat depan rumah. Rupanya ada orang tengah main payung terjun (main ke praktis taktau ler) jatuh atas bumbung rumah jiran. Lepastu terkena wayar letrik, tu yang terputus bekalan letrik. Masak ler takde letrik petang tadi. Oh jangan risau, alhamdulillah individu tadi masih bernyawa, cuma cedera (terjatuh dari atas kot). Jatuh katil pun sakit oi, lagilah jatuh dari langit. 
Ok sekian je berita mini dari aku. Content entri harini bukan nak cakap pasal payung terjun tapi saje la nak share aku punya latest skin…
Recent posts

My Makeup Journey

Assalamualaikum.
Harini saja je la nak feeling-feeling throwback emotional sikit. Kalau cakap pasal makeup dulu, satu apa pun aku taktau. Kalau tak disebabkan aku masuk Masscomm, memang tidaknya lah nak belajar makeup-makeup ni semua. Ingat lagi masa mula-mula masuk kelas Public Speaking. Miss Izyan wajibkan kitaorang pakai heels dan makeup setiap kali kelas dia. Sebab dia cakap tu semua ada markah.
Aku memang dah ada barang-barang makeup yang Kaklong bagi. Kaklong dulu MUA (dulu orang panggil Mak Andam je), tapi lepas bersalin anak pertama, dia dah tak aktif makeupkan orang. Sebab susah ada anak kecik dengan nak menyusu lagi. Dulu aku rajinlah ikut Kaklong pergi makeupkan orang. Tapi tak jugak pandai makeup.
Lepas masuk UiTM, baru la aku sikit-sikit belajar dan adalah minat nak makeup tu. Susah memang susah sebab aku takde jiwa nak bersolek. Muka selebet betul. Masa tu tengoklah banyak mana video makeup pun, tak pernah masuk dalam kepala. Masa mula-mula belajar makeup dulu, buruk be…

Mascara Jenama Essence : Murah dan Berkualiti

Hai.

Rasanya lama sangat dah ni tak menaip. Ya, sangat lama. Kalini aku mula menaip semula untuk review mascara yang best, berbaloi, terbaik, daebak semua lah. Seperti yang sedia maklum, aku ni bulu mata tu taklah selebat mana. Nak pakai bulu mata palsu pun tak dan ler deknon sebab berat. Rasa mata ni 24 jam kuyu layu je.

Sebelum ni ada je jumpa mascara best dari Norafurla, Mascara Duoya yang viral tu. Aku beli tapi bagi aku agak mahal la. Tapi hasil dia memang da bomb. Tapi lama dah tak beli sebab kena beli online. Akibat pengaruh rakan sebaya, Twitter semua cakap mascara jenama Essence ni best, maka aku tak teragak-agak ok nak try.

Aku pun try la mascara essence yang baru ni (Instant Volume Boost), packaging dia warna purple. Sorry aku tak dapat nak insert gambar sebab link upload image macam tak berfungsi - mohon Google sendiri. So, aku try pakai tester WOW WOW WOW. Memang best gila. Bulu mata yang selama ni segan terus lentik dengan gahnya. Gitew. Memang betul la cakap orang, masc…

Product Review : Turmeric Miracle Cream

Assalamualaikum.

Hai.

Entri yang lepas aku ada review tentang pencuci muka organik yang aku guna untuk merawat jerawat kan? Entri kali ni aku nak review produk dari rangkaian yang sama, iaitu keluaran Qayra Signature HQ. Turmeric cream ni merupakan krim malam yang digunakan untuk membaiki sel kulit, merawat jerawat dan juga memudarkan parut jerawat.

Produk-produk Qayra ni memang terkenal dengan bahan-bahan organik, dimana founder Qayra ni memang fight untuk skincare jenis organik ni yang selamat, halal dan suci. Krim ni sama macam Turmeric soap sebab dua-dua ni berasaskan kunyit.



Kenapa bahan utama kunyit? 


Kunyit mampu merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat.Kunyit ni sangat bagus untuk merawat jerawat sebab dia ada anti bakteria dan ada antiseptic yang boleh melawan kuman jahat yang ada dekat jerawat terutama sekali untuk muka yang breakout teruk tu.
Bagus untuk kulit yang berminyak dan kering. Kulit yang berminyak menggalakkan pertumbuhan jerawat secara efektif. Jadi kunyit ni b…

Product Review : Turmeric Face Soap

Assalamualaikum.
Hai.
Baru-baru ni viral tentang produk yang mengandungi Paraben kan? Tak kiralah deodorant, pencuci muka, lotion, syampu dan banyak lagi. Cuba cek pencuci muka korang ada Paraben tak? Tak kiralah Methylparaben ke, Butylparaben atau apa-apa je yang ada tulis Paraben. Sebelum cerita lebih panjang, korang tau tak Paraben tu apa? Paraben ni macam satu bahan pengawet yang selalu digunakan dalam barangan kosmetik. 

Kenapa Paraben ni bahaya? Sebab Paraben ni dikatakan boleh mengakibatkan kanser. Korang pun tau kan kanser tu pembunuh senyap dalam kalangan manusia. Lately ni pun kita dengar ramai orang meninggal disebabkan kanser. Hmm, jadi lebih baik kita cegah dari awal ok, dengan menggunakan produk yang bebas Paraben!
Jadi kali ni aku nak share satu produk organik yang semestinya bebas daripada bahan-bahan bahaya dan juga bebas Paraben! Semestinya daripada produk Qayra Signature, iaitu Turmeric Face Soap. Aku dah pakai sabun ni selama 4 bulan secara istiqamah ya. Sebelum-s…

My First Ear Piercings Experience

Assalamualaikum.
Hai.
Nak cerita sikit la kan pengalaman kali pertama tindik telinga. Sebab semalam tengok Insta story Jipah, dia bawak adik dia yang umur 6 tahun tu pergi tindik telinga. Tak semena-mena dapat idea pula kan nak cerita pengalaman tindik telinga aku dekat sini.
Ni pula penembak tindik telinga. Sebenarnya ada banyak jenis penembak ni.
Kisah bermula masa tu raya tahun 2007 masa tu aku umur 10 tahun. Pagi tu aku, Umi, nenek, Kaklong dengan sorang cousin perempuan pergi kedai emas sebab Nenek nak beli gelang kot kalau tak silap (I barely remember). Kebetulan yang cousin aku tu (umur 5 tahun) nak tindik telinga dekat situ. Aku ni pula memang dah lama sangat teringin nak tindik telinga. Sejak tadika lagi menguja nak tindik telinga, sebab Umi dengan Kaklong semua dah tindik.
Tapi dalam pada nak tindik tu, ada juga rasa takut. Sebab takut sakit la kan. Cousin aku jadi orang pertama untuk tindik. Tengok dia tak nangis dan nampak macam tak sakit, eh takkanlah aku yang lebih tua …

Trying Out McDonald's Spicy Korean Burger

Assalamualaikum.
Hai.
Hallyu wave datang lagi. Kalini McDonald keluarkan menu baru iaitu Spicy Korean Burger. Who's excitedzzz? Ya, semua Kpopers mengeletis untuk cuba burger ni. Tidak juga ketinggalan, maka aku pun terjebak sama untuk cuba sejauh mana kesedapan rasa Spicy Korean Burger nihhh. Masing-masing duk kata sedap sangat. Mari kita tengok betul ke sedap?
Our main character today.
Harini aku dengan gigih la pergi McDonald dengan Angah untuk dapatkan sebiji burger Korea ni haa. Confident je kan keluar, sekali sampai McDonald bapak ramai gila orang! Oh God, lupa harini hari Jumaat dan harini cuti bagi negeri Johor. Damned. 
"Ah, lantaklah. Ada rezeki adalah. Kalau kata dah sold out, aku beli sundae je la walaupun sebenarnya taknak pun sundae." - bebel sendiri sambil beratur tunggu turn nak order.
Aku ni sebenarnya tak minat pun dengan burger yang jual dekat McDonald, KFC apa semua tu. Tekak aku lebih suka burger yang jual kat gerai kecik tepi jalan tu ha. Tapi sebab…