Skip to main content

Resepi Pancake Oat dengan Topping Yogurt Strawberry

Hi. 

Kalini nak share pula resepi sarapan pagi yang sihat. Gitew. Kita ni kena menuju kearah hidup yang lebih sihat. Cukup-cukuplah asyik sarapan roti canai la, nasi lemak la, mee goreng la, lontong la. Tak muak ke? Makanan sihat pun sedap tau sebenarnya. 

Cuma kita je la kena pandai macam mana nak menggayakan. Paling penting kena kreatif nak olah resepi tu. Tipu je sape yang cakap makanan diet tak sedap. Straight forward terus pada resepi ok. 

Weh sedapnya.

Bahan-bahan pancake:
  • Rolled oats
  • Pisang
  • Susu almond
  • Putih telur (nak ambil dengan kuning sekali pun ok je. Tapi sebab aku tengah on caloric deficit, aku tak letak kuning telur)
  • Esen vanilla
Bahan-bahan topping: 
  • Greek yogurt / plain yogurt / low fat yogurt (kalau untuk kurus, pilih yang paling low calorie)
  • Buah strawberry
Cara-cara buat pancake:

  1. Blend semua bahan-bahan untuk pancake. Sampai jadi macam adunan barter pancake.
  2. Panaskan non-stick pan dan tuang barter tadi mengikut saiz pancake kesukaan korang. 
  3. Bila pancake dah masak, susun atas piring sampai jadi menara. (tiber)
Cara buat topping:

  1. Lenyekkan strawberry dalam mangkuk sampai hancur.
  2. Masukkan yogurt dalam mangkuk tadi.
  3. Gaul sampai rata. Siap
  4. Tuang topping tadi atas menara pancake dan makan. 

p/s: Lupa nak cakap. Pancake tu tawar tau. Kalau jenis suka manis boleh tambah gula / brown sugar / madu ikut kesukaan manis korang. Ikutlah nak tambah dalam adunan pancake ke, nak siram atas pancake ke. Ikut suka korang. Selamat mencuba dan berdiet!

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah. Klik banner untuk join.  Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh  Qayra Signature  . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog. Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation. Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham" Follow blog :  Ais...