Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Update List Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Berbaki lagi 8 hari je giveaway ni. Terima kasih banyak-banyak kepada semua para blogger yang sudi join. Siapa yang belum join tu, masih boleh lagi kalau nak join ok. Hadiah semua best sangat! Setakat ni senarai yang join baru ada 50 orang. Jomlah join beramai-ramai, mana tahu jadi rezeki korang menang full set produk kecantikan dengan shawl tu. Beberapa hari ni sangat sibuk. Langsung tak lekat dekat rumah. Balik rumah pun dah malam dah penat. Baru hari ni ada kelapangan nak update list blogger yang dah join giveaway kali ni. Jadi, bolehlah korang cek balik link korang. Ada yang tersalah ke, ataupun ada link yang lupa nak letak ke. Siapa yang belum join giveaway dan nak join,  klik sini . Update List : http://mama3danish.blogspot.my/2017/05/giveaway-time-by-aishah-badrulhisham.html http://irismyra.blogspot.my/2017/05/giveaway-time-by-aishah-badrulhisham.html http://fatinun.blogspot.my/2017/05/giveaway-time-by-aishah-badrulhisham.html https://thezafirahna

Selamat Hari Guru 2017

Assalamualaikum. Hari ini merupakan Hari Guru di seluruh Malaysia. Dah 3 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Selama 3 tahun tu juga aku dah tak sambut hari guru dekat sekolah, tak ada bagi hadiah lagi. Hanya mampu ucapkan Selamat Hari Guru melalui Facebook je. Itupun cuma dekat cikgu-cikgu yang rapat masa zaman sekolah dulu. Bila ingat balik, rasa rindu juga. Paling rindu dekat Cikgu Azrin.. Mula-mula kenal dengan cikgu Azrin dia jadi guru kelas masa aku tingkatan 1. Baik sangat. Dahlah cantik. Masa tu dia belum kahwin lagi. Baru status tunangan orang. Dalam pertengahan tahun macam tu baru dia kahwin. Dia jemput satu kelas. Kitaorang siap tampal kad kahwin dia dekat papan kenyataan kelas sampai hujung tahun. Cikgu Azrin, cikgu Matematik. Aku suka belajar matematik dengan dia. Tak pernah tak dapat A dalam pada tak suka matematik tu. Masuk tingkatan 2, Cikgu Azrin bukan lagi guru kelas aku. Malah dia tak ada ajar pun untuk tahun tu. Bila masuk tingkatan 3, cikgu Azrin jadi lagi gur

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah. Klik banner untuk join.  Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh  Qayra Signature  . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog. Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation. Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham" Follow blog :  Aishah Badru

Skill Memasak Ms Yeah Menggunakan Peralatan di Pejabat

Assalamualaikum. Baru-baru ni aku ada tengok satu video menarik dekat Facebook. Video tu tentang seorang perempuan memasak di dalam pejabat. Dia akan gunakan apa sahaja jenis barang yang ada dalam pejabat dia untuk dijadikan alat memasak. Ada satu video tu dia tunjukkan dia masak ayam dalam pasu bunga, buat gula-gula kapas guna 'electric drill'. Eh, macam-macamlah. Ada banyak lagi video dia. Korang boleh tengok sendiri dekat link yang aku bagi dekat bawah . Masa mula-mula tengok macam tak percaya je. Takkan la guna alat-alat macam tu je makanan dah boleh masak. Kalau aku mesti fikir dua tiga kali sama ada nak makan atau pun tak. Baik keluar je pergi beli makanan dekat luar. Daripada bersusah payah masak dalam pejabat. Yang aku peliknya, kawan sekerja dia yang lain semua sibuk buat kerja. Tiba-tiba dia sorang duk memasak atas meja kerja dia. Orang lain pun buat tak kisah je. Kalau kita yang buat hal macam tu dekat pejabat, mesti dah viral tak pun kena berhenti kerja. Kad

Supplement Yang Menghilangkan Senggugut

Assalamualaikum. Pernah dengar tak supplement nama dia Gojes Skin? Mesti tak kan? Produk ni baru je lagi dekat pasaran. Masih tak popular macam produk Ephyra, Radiance Signature, Kawaii Collagen dan sebagainya. Tapi walaupun dia baru je lagi dekat pasaran, dah banyak testimoni untuk produk ni tau. Aku sendiri pengguna setia Gojes Skin. Walaupun dia tak popular, tak bermakna produk ni tak bagus. Setakat ni, dah 3 bulan aku amalkan makan Gojes Skin. Apa yang best tentang Gojes Skin ni yang membuatkan aku tak pernah skip walau sehari? Senggugut aku hilang serta merta. Ya betul. Setiap bulan kalau datang hari istimewa tu, memang aku jadi manusia paling terseksa. Sebab senggugut aku sangat teruk. Tapi belum sampai tahap nak pengsan lagi. Cumanya sakit dia sampai ke kepala. Hilang selera makan, tak boleh nak buat satu kerja pun. Meringkuklah aku atas katil macam udang duk menahan sakit. Paling aku tak suka bila kena senggugut masa bukan hari cuti. Nak fokus belajar masa kuliah pun tak

THE AMERZING BLOGSLIST: My Turning Point

Assalamualaikum. Klik banner untuk join. Short (yang tak berapa nak short) review about AMERZING , Semenjak cuti panjang ni rasa terpanggil nak join mana-mana segmen ataupun giveaway yang para bloggers ni buat. Hari ni bila buka je blog, nampak majoriti blogger semua join segmen Amerzing ni. Mula-mula fikir juga apa benda ni. Online shopping buat giveaway ke apa? Rupa-rupanya dia buat segmen bloglist. Banner cantik sangat macam online shopping punya banner (nampak sangat aku ni pembeli tegar online. hiks) Apa yang aku suka tentang blog Amer ni, pertama sekali sebab blog ni empunya dia seorang lelaki. Macam yang blogger-blogger lain cakap, memang payah sangat nak jumpa blogger lelaki. Kalau ada pun, tu haa Ben Ashaari. Paling rasa tercabar bila tengok blog dia lagi cantik daripada blog aku. Mak aihh, pandainya hias blog. Mana belajar buat blogskin ni. Aku ni pun terkial-kial nak main dengan kod. Harapkan dulu blog cantik sebab pakai blogskins. Sekarang blogskins pu

Salam UiTM - Semester 2

Assalamualaikum. Harini merupakan hari yang paling penting bagi semua pelajar diploma di UiTM. Sebab pagi tadi, semua pelajar akan dapat Salam daripada UiTM melalui e-mel yang mengandungi keputusan peperiksaan akhir. Seram kan? Dari semalam lagi memang dah dup dap dup dap je jantung tunggu salam tu. Tapi buat tak tahu je sebab malas nak fikir sangat. Kalau fikir sangat nanti tak boleh tidur jadinya. Aku nekad bangun lepas solat Subuh nanti baru aku nak buka e-mel tu. Lepas je solat Subuh aku terus capai handphone. Sekali tengok beratus Whatsapp masuk dari group kelas. Masing-masing sibuk tanya dah dapat e-mel ke belum. Masa tu aku tak check lagi e-mel aku (memang sengaja tak nak check). Jantung tak payah cakap memang dah laju gila. Kaki tangan semua dah seram sejuk. Minta-minta tak nak ada subjek yang kena repeat. Walaupun aku rasa masa final haritu aku dah buat sehabis baik. Tapi aku masih pegang satu benda, jangan 'over confident'. Lama-lama rasa tak boleh tahan juga,

Drama Princess Hours versi Thailand

Assalamualaikum. Peminat drama Korea mesti pernah tengok drama Princess Hour yang Yoon Eun Hye dengan Ju Ji Hoon berlakon tu. Cerita tu memang best gila orang putih kata "worth to watch". Memang kelakar, romantik semua ada la. Ulang-ulang tengok pun tak bosan tau. Ingat lagi masa tengok cerita tu, bila dah episod akhir sedih gila sebab tak boleh 'move on' dengan cerita tu. Cubalah tengok kalau korang belum tengok lagi drama tu. Aku bagi 5/5 bintang untuk cerita tu. Poster drama Princess Hour.  Dari kiri : Song Ji Hyo, Ju Ji Hoon, Yoon Eun Hye dan Kim Jeong Hoon Tadi sambil-sambil nak cari lagu dekat Youtube, tiba-tiba ternampak tajuk "Princess Hour Thailand". Thailand pun nak juga buat drama Princess Hour yang macam versi Korea tu. Mungkin yang bezanya durasi drama tu dan ada beberapa scene yang tak ada dalam Princess Hour Korea, ada dalam Princess Hour Thailand. Contohnya, durasi satu episod untuk yang versi Korea, 1 jam lebih. Tapi untuk versi T

180 Hari Dengan Shaklee Vita-C Plus

Salam. Hari ni rasa terpanggil nak share satu produk bagus yang sekarang ni tengah sangat sangat famous. Buka Instagram, Facebook semua nampak orang share tentang kebaikan Shaklee. Nak dijadikan cerita, lately ni aku ada masalah jerawat pasir tau. Tahap degil pulak tu, biasanya bila sapu krim kunyit tu cepat je dah hilang. Ni dia punya tahap degil dahsyat gila. Aku pun mengadu la dengan akak aku sebab taktau nak buat macam mana lagi. Kakak aku ni dia memang sangat pro bab-bab kecantikan ni. Tanya je la dia produk apa yang bagus untuk sapu, makan dan etc, semua dia tahu. Founder produk la katakan. Dia pun syorkan la aku untuk makan Vitamin C Shaklee ni. Pada awalnya aku memang tak rajin nak makan pil-pil ni. Kalau jenis yang collegen bancuh tu telan jugakla. Pulak tu kat rumah ni memang ada stok Vitamin C tu, Umi yang makan. Selama ni tak ambil kisah pun. Tapi lepas kakak aku dah syorkan, aku kongsi la vitamin tu dengan Umi sementara nak order yang aku punya sendiri. Alhamdu

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

Salam. Yeay giveaway datang lagi! Kali ni wang tunai cash RM1000+ Siapa tak nak kan dapat duit, cash pulak tu. Siapa nak bagi? Kali ni, Kak Uzu berkolaborasi dengan blogger-blogger lain bagi menjayakan giveaway yang best ni. Rugi sangat kalau korang tak join. Bukan senang tau nak dapat duit cash. Mana tau nak jadi rezeki, korang menang giveaway ni. Bestnya! As-Salam [Tekan Banner Di Atas Untuk Join GA Ini] Giveaway CASH RM1000+ May 201 7 by Emas Putih di sponser oleh  Emas Putih  ,  Jimat Melancong  ,  Miamorzafirah  ,  Saya Iday  ,  Mastura  ,  Ryyhan  ,  Uyul Rosli  ,  Homestay Murah Melaka  ,  Wawa Ashihara  ,  Izzat Nazmi  ,  Maisarah  ,  Iuzira  ,  Alepz  ,  The Ruka  ,  Dayang Deno  ,  Hke Source  ,  Ainy Zain  ,  Shahera Perfume  ,  Jiwarosak  ,  Alepz  ,  DiaHoney  &  Lima Waktu

Gel Pelembap Safi Balqis Oxywhite

Salam. Baru-baru ni Safi ada lancarkan beberapa rangkaian produk baru, Safi Balqis Oxywhite. Aku tau pun sebab ternampak masa pergi beli barang dapur dekat supermarket. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, Umi dengan Kak Long pakai krim Safi. Masa tu tengok diaorang pakai aku pun sibuk nak pakai. Sampai Umi cakap, "Haa, pakailah nanti muka tu menggerutu macam kulit katak tau la." Terus tak berani nak pakai. Dulu packaging Safi lain, penutup warna hijau kecik je. Sekarang dah upgrade saiz dan packaging. Tak sama macam dulu. Krim masih sama, cuma mungkin dia upgrade bahan-bahan sekali untuk kesan yang lebih mantopp. Aku perasan jugak Safi ni makin luaskan pemasaran dan jenis produk. Dulu mana ada syampu Safi, deodoran Safi, sekarang semua dah ada tau. Termasuklah 'make up remover'. Impressive gila! Apa yang buat aku suka sangat dengan Safi ni, sebab dia buatan Malaysia dan produk dijamin halal dan suci untuk dipakai. Siapa lagi yang nak support barang buatan Malays

Beli Barang di Lazada

Salam. Okla tajuk tu memang sumpah 'lame' gila. Mungkin ramai orang kat luar sana dah tau sangat dah pasal benda ni sebab sekarang ni semua barang beli pakai online je. Termasuklah barang dapur. Lols. Tapi ada juga kan orang yang tak pernah beli barang kat Lazada pastu dia Google 'Cara beli barang kat Lazada'. Kau la tu kan? Hahahah.           Untuk pertama kalinya seumur hidup aku, beli barang kat Lazada. Itupun sebab abang aku nak beli Powerbank pastu dia suruh aku yang belikan. Kalau aku memang takdenya nak beli sebab tak tau. Padahal senang je. Beli barang online tu dah biasa, tapi tak pernah pula cuba Lazada, Zalora, Fashion Valet semua tu. Teringin jugakla nak cuba. Haritu try la shopping barang abang aku dekat Lazada, acah confident macam regular customer depan abang aku. Padahal first timer. Nasib baik selamat bank in dan barangnya pun dah selamat sampai. Laju jugak la dia punya service walaupun aku pilih yang jenis standard delivery (free postage). Kalau