Skip to main content

Gel Pelembap Safi Balqis Oxywhite

Salam.

Baru-baru ni Safi ada lancarkan beberapa rangkaian produk baru, Safi Balqis Oxywhite. Aku tau pun sebab ternampak masa pergi beli barang dapur dekat supermarket. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, Umi dengan Kak Long pakai krim Safi. Masa tu tengok diaorang pakai aku pun sibuk nak pakai.

Sampai Umi cakap, "Haa, pakailah nanti muka tu menggerutu macam kulit katak tau la." Terus tak berani nak pakai.

Dulu packaging Safi lain, penutup warna hijau kecik je. Sekarang dah upgrade saiz dan packaging. Tak sama macam dulu. Krim masih sama, cuma mungkin dia upgrade bahan-bahan sekali untuk kesan yang lebih mantopp. Aku perasan jugak Safi ni makin luaskan pemasaran dan jenis produk. Dulu mana ada syampu Safi, deodoran Safi, sekarang semua dah ada tau. Termasuklah 'make up remover'. Impressive gila!

Apa yang buat aku suka sangat dengan Safi ni, sebab dia buatan Malaysia dan produk dijamin halal dan suci untuk dipakai. Siapa lagi yang nak support barang buatan Malaysia kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri kan? Lagipun apa kurangnya Safi dengan produk-produk lain? Safi pun makin hari makin bagus setanding jenama lain.

Ni la dia yang aku mention dekat tajuk tu. Banyak lagi produk Oxywhite yang lain antaranya Gel Pengelupasan, Krim Malam, eh banyaklah (boleh pergi usha dekat Watsons sana). Aku ni takdelah rajin sangat pun nak sapu tu sapu ni dekat muka. Tapi oarang kata, muda-muda macam ni la kita nak jaga muka kan? Tak jaga dari awal nanti, tua sebeum usia pulak. 

Klik untuk tumbesaran.

Apa yang best sangat tentang gel pelembap ni? Ok, mestilah dia bertindak untuk melembapkan kulit kita 24jam. Serius, kulit kita merupakan bahagian yang sangat sensitif, yang paling banyak terdedah dengan cahaya, habuk dan macam-macam lagi. Sebab tu kulit muka jadi cepat kering. Jadi, pelambap muka ni sebagai agen pelembap yang paling efektif untuk kulit kita. Sama juga macam badan kita perlukan air yang lebih untuk menghasilkan oxygen, macam tu juga dengan gel pelembap ni.

Gel ni langsung tak melekit dan mudah serap ke dalam kulit. Tekstur dia pun lembut je. Bau dia pun wangi. Bila pakai tu sejuk je rasa muka ni. Aku mula terbuka hati nak guna gel pelembap ni bila aku baca tentang rahsia kulit orang Korea sentiasa kekal lembap dan cantik, diaorang tak pernah miss walau sehari untuk pakai pelembap. Sedangkan orang Korea yang dah cantik tu jaga kulit, lagilah aku yang kulit kejap elok kejap nan hado ni, lagilah kena extra rajin.

Tunggu apa lagi, pergi la usha produk baru Safi. Confirm rambang mata. Rasa nak beli semua. Next on list aku, aku nak beli gel pengelupasan. Tunggulah aku buat review pasal tu pulak. 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.
 Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)
          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.
My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman grammar, rea…

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi2 sudu besar minyak sapiSedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan diikatSetengah kuib pati ayam1 biji bawang besar (dihiris)1 inci halia (ditumbuk)4 ulas bawang (ditumbuk)3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga berasa dan daun pandan sebersihnya dan toskan.

Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 b…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…