Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

30 days Blog challenge!

Assalamualaikum

          lamanya dah tak update blog. rindu! dah sebulan tiga hari tak menaip. almaklum la sibuk dengan peperiksaan percubaan SPM. alhamdulillah baru habis trial semalam. akhirnyaaa.
setelah tiga minggu berperang dalam dewan peperiksaan. sampai berpeluh-peluh menjawab. hahah panas punya pasal (soalan pun tahap High Order Thinking Skills( HOTS).

minggu lepas aku ada terfikir nak buat '30 days blog challenge'. kiranya challenge ni macam bagi semangat kat aku untuk terus berblogging. cehh gitu. yela aku ni bukan banyak pun idea nak tulis kat blog. sekurang-kurangnya, cabaran ni boleh bantu aku untuk bagi idea untuk blog. takdelah aku mati kutu depan komputer. hahaha

         tapi sekarang masih sibuk. mungkin tak sempat lagi nak mula. yelaa SPM kurang daripada 2 bulan lagi weh! jadi fokus utama sekarang masih kepada SPM. tengoklah nanti bila dah tenang, SPM dah selesai baru aku mulakan cabaran ni. masa tu ada banyak masa terluang kan.