Assalamualaikum.
Hari ini merupakan Hari Guru di seluruh Malaysia. Dah 3 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Selama 3 tahun tu juga aku dah tak sambut hari guru dekat sekolah, tak ada bagi hadiah lagi. Hanya mampu ucapkan Selamat Hari Guru melalui Facebook je. Itupun cuma dekat cikgu-cikgu yang rapat masa zaman sekolah dulu.
Bila ingat balik, rasa rindu juga. Paling rindu dekat Cikgu Azrin.. Mula-mula kenal dengan cikgu Azrin dia jadi guru kelas masa aku tingkatan 1. Baik sangat. Dahlah cantik. Masa tu dia belum kahwin lagi. Baru status tunangan orang. Dalam pertengahan tahun macam tu baru dia kahwin. Dia jemput satu kelas. Kitaorang siap tampal kad kahwin dia dekat papan kenyataan kelas sampai hujung tahun. Cikgu Azrin, cikgu Matematik. Aku suka belajar matematik dengan dia. Tak pernah tak dapat A dalam pada tak suka matematik tu.
Masuk tingkatan 2, Cikgu Azrin bukan lagi guru kelas aku. Malah dia tak ada ajar pun untuk tahun tu. Bila masuk tingkatan 3, cikgu Azrin jadi lagi guru kelas. Masa tu tahun kitaorang PMR, alhamdulillah matematik aku A, terima kasih cikgu. Masuk tingkatan 4 cikgu dah tak ajar lagi. Sebab dia ajar menengah rendah je. Tapi aku tetap terus belajar matematik dengan dia dekat rumah dia (pergi kelas tambahan dia).
Rasanya lama dah aku tak sebut perkataan "cikgu". Semenjak masuk universiti mana ada lagi orang panggil cikgu. Semua dah panggil "sir" , "madam" ataupun "miss". Rindunyaa.
Terima kasih untuk semua cikgu yang pernah mengajar, dari Tadika Kasih Sayang, Tadika Perpaduan seterusnya Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (darjah 1-3), Sekolah Kebangsaan Segamat Baru (darjah 3-6), Sekolah Menengah Bandar Putra (tingkatan 1-5). Dan tak lupa juga pada semua pensyarah-pensyarah UiTM Lendu. Terima kasih cikgu!
p/s : nak pesan, siapa yang belum join giveaway, tu jomlah join ramai-ramai. hadiah menarik tau.
klik sini untuk join

Comments
AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway