Assalamualaikum.
Klik banner untuk join.
Short (yang tak berapa nak short) review about AMERZING,
Semenjak cuti panjang ni rasa terpanggil nak join mana-mana segmen ataupun giveaway yang para bloggers ni buat. Hari ni bila buka je blog, nampak majoriti blogger semua join segmen Amerzing ni. Mula-mula fikir juga apa benda ni. Online shopping buat giveaway ke apa? Rupa-rupanya dia buat segmen bloglist. Banner cantik sangat macam online shopping punya banner (nampak sangat aku ni pembeli tegar online. hiks)
Apa yang aku suka tentang blog Amer ni, pertama sekali sebab blog ni empunya dia seorang lelaki. Macam yang blogger-blogger lain cakap, memang payah sangat nak jumpa blogger lelaki. Kalau ada pun, tu haa Ben Ashaari. Paling rasa tercabar bila tengok blog dia lagi cantik daripada blog aku.
Mak aihh, pandainya hias blog. Mana belajar buat blogskin ni. Aku ni pun terkial-kial nak main dengan kod. Harapkan dulu blog cantik sebab pakai blogskins. Sekarang blogskins pun dah tak boleh akses. Paling aku kagum blog Amer ni sepenuhnya menggunakan bahasa Inggeris. Susah tau nak jumpa blogger lelaki yang tahap bahasa Inggeris dia kalah aku. Walaupun dulu aku adalah berangan nak tulis blog sepenuhnya bahasa Inggeris. Tapi sampai ke sudah tak ada.
Kandungan blog pun sangat menarik. Korang boleh tengok sendiri. Bila baca satu entri, mesti rasa nak baca entri-entri yang lain. Serius tak tipu. Tahniah Amer sebab dah pikat kitaorang dengan hasil penulisan awak.
The most amazing thing that has happened in my life.
Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya lepasan SPM 2014. Masa permohonan UPU, aku mohon banyak universiti sampai aku dapat temuduga daripada UPSI. Tapi sayangnya, aku tak lepas pun temuduga tu. Takpelah, bukan rezeki. Jadi, aku dapat pula tawaran untuk masuk matrikulasi untuk pengajian satu tahun.
Masa mula-mula dapat tahu tu, memang rasa terkejut gila sebab aku memang dah tak nak ambil apa-apa subjek yang ada kaitan dengan Sains Tulen. Sebab aku dah penat. Lagi-lagi aku dapat tempoh pengajian setahun. Maksudnya aku kena berusaha lebih dalam masa setahun untuk dapat keputusan cemerlang.
Selama aku dekat matrik, aku langsung tak gembira nak belajar. Lagi-lagi subjek Matematik (kalau dekat sekolah nama dia Add Math) Sampailah bila peperiksaan akhir, aku pun tak tahu apa yang aku jawab untuk subjek Matematik. Memang aku tak suka Matematik dari dulu lagi. Tapi disebabkan dekat sekolah aku terpaksa belajar, maka aku teruskan juga. Aku tahu, walau macam mana aku usaha, markah Matematik aku di Matrik takkan sama macam markah aku masa dekat sekolah.
Jangkaan aku betul. Masa keputusan peperiksaan semester 1 aku keluar, Aku GAGAL subjek Matematik. Satu-satunya subjek yang aku gagal yang membuatkan aku terpaksa untuk buat pilihan sama ada meneruskan pengajian di matrik ke tempoh dua tahun ataupun memilih untuk berhenti. Masa tu memang aku rasa down gila, tak tahu nak bagitau Umi dan Ayah macam mana. Nak hadap kawan kelas aku semua. Aku malu sangat kenapa aku tak boleh buat macam orang lain.
Aku buat keputusan untuk keluar daripada matrik. Aku call Ayah bagitau keputusan aku. Ayah suruh aku teruskan pengajian. Tapi aku cakap aku tak nak teruskan. Aku nak cari peluang lain dekat luar sana. Jiwa aku tak sesuai dekat matrik.
April 2016, aku dapat temuduga di UiTM Pasir Gudang bagi kos Komunikasi dan Pengajian Media. Alhamdulillah, aku berjaya untuk temuduga kali ini. Sekarang aku sedang melanjutkan pengajian aku di UiTM Lendu, Melaka kos Komunikasi dan Pengajian Media (Masscomm). Aku rasa aku jauh lebih bahagia lepas ambil kos ni. Rasa jauh beza sangat kalau nak dibandingkan masa dekat matrik dulu.
Hari pertama aku jejakkan kaki di UiTM, aku janji dengan diri aku, aku nak dapat keputusan yang terbaik, nak hadiahkan dekat Umi dengan Ayah. Aku tak nak jatuh untuk kali kedua. Alhamdulillah, dah 2 semester berlalu. Keputusan peperiksaan akhir aku tak pernah sekali pun mengecewakan diaorang. Aku rasa, ini lah dia 'turning point' yang paling-paling terkesan dalam hidup aku. :)
Comments
blogwalking dari segmen yang sama
https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist-believe-in-myself.html