Assalamualaikum.
Harini merupakan hari yang paling penting bagi semua pelajar diploma di UiTM. Sebab pagi tadi, semua pelajar akan dapat Salam daripada UiTM melalui e-mel yang mengandungi keputusan peperiksaan akhir. Seram kan?
Dari semalam lagi memang dah dup dap dup dap je jantung tunggu salam tu. Tapi buat tak tahu je sebab malas nak fikir sangat. Kalau fikir sangat nanti tak boleh tidur jadinya. Aku nekad bangun lepas solat Subuh nanti baru aku nak buka e-mel tu. Lepas je solat Subuh aku terus capai handphone. Sekali tengok beratus Whatsapp masuk dari group kelas. Masing-masing sibuk tanya dah dapat e-mel ke belum.
Masa tu aku tak check lagi e-mel aku (memang sengaja tak nak check). Jantung tak payah cakap memang dah laju gila. Kaki tangan semua dah seram sejuk. Minta-minta tak nak ada subjek yang kena repeat. Walaupun aku rasa masa final haritu aku dah buat sehabis baik. Tapi aku masih pegang satu benda, jangan 'over confident'.
Lama-lama rasa tak boleh tahan juga, aku kumpul semua kekuatan aku, baca bismillah terus aku buka e-mel.
Dan...
Alhamdulillah, aku lulus semua subjek dengan jayanya. I did very well. Lebih baik dari keputusan sem lepas. Sem lepas tak berapa nak banyak A. Sem kali ni, aku berjaya kumpul A lebih dari sem lepas. Syukur tak ada satu subjek pun yang kena repeat ataupun keputusan teruk. Tak sia-sia aku berhempas pulas (tak ada la study teruk sangat sampai berjaga 2-3 pagi). Tapi roommate aku tau la macam mana gigih aku hafal setiap terminologi yang ada.
Yang penting aku sangat bersyukur sebab dapat bahagiakan Umi, Ayah, Mak tok dengan Abah. Tak ada cara lain lagi aku nak balas jasa diaorang yang dah banyak bagi sokongan. Berhabis duit untuk bayar yuran pengajian, belikan DSLR untuk subjek Photo Comm. Belikan laptop yang mahal ni supaya aku boleh buat assignment dengan baik. Walaupun ayah boleh je belikan aku laptop yang biasa-biasa asalkan aku boleh guna untuk buat assignment. Top up kan data internet setiap kali data habis. Nak cakap pengorbanan diaorang banyak sangat. Apa la susah sangat kerja aku setakat belajar sungguh-sungguh dan bagi yang terbaik untuk diaorang. :) - Tak boleh la cakap pasal ni, mudah je nak meleleh air mata.
Sekarang, dah lepas lagi satu peringkat. Sekarang tunggu nak naik semester 3 yang semestinya lebih mencabar dari semester sebelumnya. Doakan aku berjaya untuk semester akan datang dan dapat graduate pada waktu yang sama dengan semua rakan-rakan seperjuangan aku.

Comments
mellyacrayola.blogspot.my
Nice to meet you. :)
AMERZING || https://ameridzuan.blogspot.my/
Amer Ridzuan : Alhamdulillah, terima kasih. Nice to meet you too :)