Skip to main content

South Korea Day 1

Hi.

Weh lama gila kan aku tak update apa-apa dekat blog? Barangkali pembaca blog ni fikir penulisnya dah pupus. Dah bersawang teruk blog aku ni. Seperti yang sedia maklum, waktu entri ini ditulis satu Malaysia (pembetulan, satu dunia) tengah memerangi Covid. Harini dah masuk fasa entah keberapa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hope sesiapa yang baca ni are doing all right. You did a great job #kitajagakita #sihatkanmalaysia tibeh.

Ok dalam pada tahun ni sibuk dengan penyakit Covid ni kan, aku sempat jugak mendarat di tanah negara Halyu awal tahun haritu. Dengan keadaan Korea tengah tinggi dengan kes covid aku dengan berani matinya pergi jugak Korea dengan kawan-kawan. Alhamdulillah dapat balik dengan selamat dan tak bawa jangkitan kepada orang-orang kat Malaysia ni. 

Ok back to the main purpose entri ni. So, bulan Februari lepas aku pergi Korea dengan kawan-kawan aku. Buat pertama kalinya pergi travel jauh tanpa parents ataupun orang yang lebih tua dari aku. Semua benda handle sendiri eh. Daripada mula beli tiket sampai la hari terakhir di Korea.

Masa pergi tu pun takde ambik tour guide ke apa. Memang pandai-pandai sendiri baca map discover kedai mana nak beli merchandise apa semua. Semuanya buat research melalui internet. Baca blog orang lain ke, tengok vlog kat Youtube ke kan. Kalau sesat tu nasib la. Lagipun memang banyak kali sesat. Banyak kali terlepas stesen bila naik public transport. Hahaha lawak weh bila ingat balik. Masa kat sana kepala aku asyik ingat nak balik Malaysia. Tapi bila dah balik rasa rindu gila nak pergi Korea lagi. Yela hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri. Lahh? Takde kena mengena eh. 

Aku sebenarnya dah beli tiket lama dah. Bulan Julai tahun lepas. So masa tu memang tak expect langsung lah kan tetiba boleh datang pulak virus Covid19 ni. Dan paling dahsyat sekali boleh tersebar seluruh dunia sampai dunia mengalami pandemik. Hebat ujian Tuhan kali ni. 




11 Februari 2020
Beberapa hari sebelum aku nak bertolak pergi Korea aku kena demam yang teruk gila. Even dah makan panadol pun tak kebah. Selalunya lepas makan panadol dah kebah. Tapi masa tu memang demam yang paling teruk la aku kena. Sampai dah pergi klinik pun tak baik. Sampailah ke hari yang aku nak terbang tu masih tak berapa sihat. Siap pitam dekat airport. Tak risau pulak mak bapak aku masa tu nak lepaskan aku pergi? Masa tu sebab takde tenaga pun ya sebab aku kurang makan sangat-sangat. Mana nak datang tenaga?

Tapi aku gagahkan diri jugak. Pagi tu sebelum berlepas aku breakfast fillet o fish kat Mcdonald dengan minum hot chocolate. Tapi makan sikit je sebab takde selera langsung. Paksakan diri makan sebab nak ada tenaga and nak makan ubat. 

Breakfast bagi mengisi perut yang kosong. 6 jam penerbangan tanpa makanan. 

6 jam penerbangan dari Malaysia ke Korea. Dalam pukul 2 petang macam tu selamat mendarat kat Lapangan Terbang Incheon. Lama jugak tersadai kat situ sebab nak cari tempat ambik pocket wifi. Cari surau, nak topup T-money (macam Touch n Go) lagi. Tapi last-last sampai kesudah tak jumpa suraunya. Aku masa tu rasa dah nak pengsan tapi gagahkan diri jugak. 

Oppa Korea is real guys. Tinggi macam galah, tahap ketampanan aku tak pasti sebab 
masing-masing pakai mask kan. Tapi Korean drama is real. Lahhh tibeh. 


Duduk dekat airport sementara Farah settle kan hal pocket wifi, Hazel top-up T-money. Aku, jadi tukang jaga beg. Sumpah tak larat weh nak jalan. 

Settle hal kat airport, terus pergi cari platform nak naik Airport Railrod Express (AREX) yang ni macam kita punya KLIA Express la. Direct dari airport pergi ke bandar Seoul. Since tempat penginapan kitaorang dekat Hongdae. Nak sampai ke AREX tu ya Tuhan jauh ya. Lagi-lagi kita ni first timer. Memang terkial-kial nak cari nak pergi mana, nak ambik tiket kat mana. Tu semua pengalaman ya. Dari Incheon nak ke Seoul dalam sejam jugakla. Sempat tidur sebab aku penat nak mampus. Since tempat aku jauh dengan kawan yang lain, aku duduk sebelah tourist dari Jepun. Nasib baik la dia kejut aku masa train berhenti. Sebab AREX direct pergi Seoul and tak stop kat mana-mana.

Ni dalam AREX. Satu-satunya gambar yang sempat aku rakamkan dalam AREX
sebelum tewas ke alam mimpi.

Sampai dekat Seoul, kitaorang tukar naik subway pulak nak ke Hongdae. Dengan luggage yang sebesar alam, backpack bagai hanya Tuhan je yang tau betapa gigihnya kami. Dalam keadaan aku yang memang tunggu masa je nak pengsan. Kat Korea ni serious banyak jalan kaki sampai aku rasa menyesal gila bawak luggage besar nak mampus. Kalau tau bawak backpack je pakai baju ulang-ulang. Serious. 

Dah sampai Hongdae tu, dari subway nak ke tempat penginapan kena naik tangga "Batu Cave". Ya Allah tangga curam, banyak anak tangga. Bayangkan kegigihan kami angkat luggage besar naik tangga? Pulak tu time orang balik kerja so sesak la kawasan. Orang-orang kat sana tengok je la sebab obvious sangat kitaorang ni tourist. Nak harap pertolongan? Tak dapatnya. Kau merengkek la angkut beg masing-masing. 

Sesudah selamat menaiki tangga 'Batu Cave'. Ni pemandangan pertama aku selepas menjejakkan kaki di bumi Korea; Bandar Hongdae. Serius penuh sesak dengan manusia. 

Jalan punya jalan. Akhirnya sampai juga kat tempat penginapan. Kitaorang sewa Airbnb. Host memang baik gila. Rumah pun bersih siap segala kelengkapan dapur sebab kitaorang ada bawak travel-pack food. Yela pergi travel mana-mana pun tekak masih tekak melayu. Segala periuk belanga, cawan pinggan, sudu semua pun host ada sediakan. Tapi kitaorang basuh guna sabun samak (beli dekat Shopee) dulu sebelum nak guna. 

Ni gambar rumah yang kami duduk dekat Hongdae. Depan katil ni ada dapur, sebelah dapur ada bilik air. Satu penyesalan bila aku tak ambil gambar rumah ni sepenuhnya. Sebab apa yang ada dalam kepala aku masa tu hanyalah ingin merebahkan diri atas katil. 

Malam tu disebabkan keadaan aku makin teruk. Aku memilih untuk berehat dan tidur. Farah dengan Hazel je pergi jelajah Hongdae malam tu. Aku tak pesan apa-apa sebab aku memang penat yang teramat sangat. Aku taktau pukul berapa dorang balik rumah. Tapi sedar-sedar je pagi tu, dahi aku dah bertampal 'cool fever'. Diaorang belikan hot pack, thermos air dengan heat pants since masa pergi tu memang tengah musim salji kan. Awwww thank you so much Farah dan Hazel. What did I do to deserve friends like you guys. 

Jadi, itulah momen-momen hari pertama aku di Korea. Akan bersambung di entri yang kedua nanti. Hari pertama tak banyak sangat gambar yang aku tangkap atas faktor-faktor kesihatan dan tangan penuh mengangkut beg. Bila tak sihat, dia jadi takde mood nak ambil gambar. Padahal setiap detik setiap saat dekat sana tu berharga gila. Aku menyesal sebab tak ambik banyak gambar. Gambar seekor kucing jalanan pun dikira momen berharga tau. Bukan senang nak pergi lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...