Skip to main content

Resepi Chicken Wrap Diet

Hi.

Harini nak share resepi best. Khas untuk orang yang diet dan nak makan eat clean. Bahan-bahan pun simple je nak buat pun senang tau.

Macam ni la rupa wrap itew. Gemuk sampai tak
boleh tutup sebab isi banyak!

Bahan-bahan:

1. Wholegrain wrap 
2. Salad

Aku guna brand mission ni. Sedap!

Salad ikut 1 serving je.


3. Bahan inti:
  • Isi ayam*
  • Bawang holland*
  • Lada benggala*
  • Lobak merah*
  • Tomato*
  • Cajun
  • Blackpepper
  • Paprika
  • Olive oil (untuk tumis)
  • Sedikit air
  • Garam (optional) - sebab aku kalau masak lauk eat clean yang dah ada sauce memang tak letak garam. 
4. Bahan sauce:
  • Mayonis
  • Mustard
  • Sedikit air perahan lemon (taknak bagi dia pekat sangat)
Ni je bahan untuk sos. Simple kan? Tapi sedap teruk.
Cara-cara:

1. Panaskan wholegrain wrap tu dan ketepikan. Tak kisah nak panaskan dalam oven ke, microwave ataupun atas non-stick pan. Yang penting jangan letak minyak. Nama pun healthy. 

2. Potong dadu untuk bahan-bahan yang bertanda *



3. Kemudian perap isi ayam tadi dengan cajun, blackpepper dan paprika. Kalau rasa korang ni jenis kuat masin, boleh letakkan garam. Perap tu dalam 5-10 min pun dah ok.


4. Masukkan olive oil dalam non-stick pan anggaran untuk menumis. Tumiskan bawang, dengan lada benggala. Lepastu masukkan ayam dan lobak merah dan tuangkan sedikit air. 

5. Sementara tunggu lobak merah tu empuk, buat sos.

6. Cara buat sos, campurkan mustard, mayonis dengan lemon. Kacau sampai rata. 

Ni aku punya sukatan. Guna 1tbsp je.

7. Bila inti ayam tadi dah kering, lobak pun dah empuk. Masukkan pula tomato. Kacau kacau kacau, dah siap. 

Cara buat wrap:

1. Sapukan sos tadi atas wholegrain wrap tadi. 
2. Letakkan salad
3. Letakkan inti ayam
4. Lipat macam wrap. 

Jadilah macam ni. Nanti bila dah wrap, 
dia akan jadi macam gambar kat atas tu.

p/s: Sukatan ikut korang la nak banyak mana untuk 1 serving. Sebab aku pun main agak-agak je asal cukup untuk sorang makan. 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interv...