Skip to main content

Resepi Ayam Masak Kunyit Untuk Nak Orang Kurus

Hi.

Wah kemain panjang lagi tajuk. Haa macam mana dengan hari keempat puasa? Masih steady ke tidak? Jangan risau saya masih bersama anda. Teruskan usaha! Ingat niat puasa kerana Allah sebab puasa itu benda wajib jadi taklah kita rasa puasa ni satu bebanan.

Ok-ok, kalau entri lepas aku share idea untuk sahur kan? Kali ni nak share resepi untuk buat juadah berbuka pula. Yang pasti sememangnya diet-friendly ya kawan-kawan, jangan risau.

Ya Allah. Sedapnya masih teringat lagi rasa dia. Sedap teruk!

Bahan-bahan:


  • 1/4 bawang holland
  • 1/2 limau kasturi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Cili padi (ikut suka nak letak banyak mana. Nak ganti guna cili merah pun boleh)
  • Dada ayam dipotong dadu
  • Salt & pepper *
  • Serbuk kunyit *
  • Cajun *
  • 1 tsp minyak kelapa (coconut oil) *
Cara-cara: 

  1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan bertanda * sampai sebati dan biarkan selama 5 minit
  2. Panaskan non-stick pan (api kecil) dan masukkan ayam yang dah diperap 5 minit tadi.
  3. Lepas ayam dah separuh masak, masukkan bawang holland, bawang putih dan halia (kecuali cili padi dan limau)
  4. Bila dah separuh layu bawang-bawang tadi, boleh masukkan cili padi dan air perahan limau tadi. Gaul-gaul sampai ayam betul-betul masak dan kering.
  5. Boleh angkat dan makan.

Comments

mimin adam said…
wow ! tetau je kite tengah diet
Tyreese Nelson said…
This recipe sounds delicious and healthy!

Popular posts from this blog

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah. Klik banner untuk join.  Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh  Qayra Signature  . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog. Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation. Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham" Follow blog :  Ais...

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

First Giveaway By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirahim . . .           Hai semua. suka tak nak dapat hadiah? suka tak? ye, Ai pun suka. tak kisah la orang nak bagi hadiah apa pun Ai suka je. haha. Disebabkan Ai ni suka dapat hadiah, so harini Ai nak buat GA pertama Ai. nak bagi korang hadiah pulak. Harap awak-awak semua sudilah nak join GA Ai yang pertama ni ye. Ai pun tak sabar nak bagi hadiah best kat awak semua tau (sebab I love you) heheh Hadiah: Hadiah-hadiah Misteri x 5 Pemenang Mula: 20 Mac 2015  // Tamat: 3 April 2015 Syarat-syarat untuk join GA: Tulis entri yang bertajuk 'First Giveaway By Aishah Badrulhisham' Copy paste banner dan back link kan banner ke sini Follow blog :  Aishah Badrulhisham Follow instagram:  @ashh_bh  / @ephyrajb_kadeeja  /  @ainaisham    Add facebook:  Ct A'esha  /  Ummie Thaqifalauddin  /  Aina Isham Tinggalkan url di rua...