Hi.
Wah kemain panjang lagi tajuk. Haa macam mana dengan hari keempat puasa? Masih steady ke tidak? Jangan risau saya masih bersama anda. Teruskan usaha! Ingat niat puasa kerana Allah sebab puasa itu benda wajib jadi taklah kita rasa puasa ni satu bebanan.
Ok-ok, kalau entri lepas aku share idea untuk sahur kan? Kali ni nak share resepi untuk buat juadah berbuka pula. Yang pasti sememangnya diet-friendly ya kawan-kawan, jangan risau.
Ya Allah. Sedapnya masih teringat lagi rasa dia. Sedap teruk!
Bahan-bahan:
- 1/4 bawang holland
- 1/2 limau kasturi
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Cili padi (ikut suka nak letak banyak mana. Nak ganti guna cili merah pun boleh)
- Dada ayam dipotong dadu
- Salt & pepper *
- Serbuk kunyit *
- Cajun *
- 1 tsp minyak kelapa (coconut oil) *
Cara-cara:
- Gaulkan ayam dengan bahan-bahan bertanda * sampai sebati dan biarkan selama 5 minit
- Panaskan non-stick pan (api kecil) dan masukkan ayam yang dah diperap 5 minit tadi.
- Lepas ayam dah separuh masak, masukkan bawang holland, bawang putih dan halia (kecuali cili padi dan limau)
- Bila dah separuh layu bawang-bawang tadi, boleh masukkan cili padi dan air perahan limau tadi. Gaul-gaul sampai ayam betul-betul masak dan kering.
- Boleh angkat dan makan.
Comments