Skip to main content

Cerita Hilangkan Blackhead dan Whitehead Degil

Assalamualaikum.

          Siapa je kan yang muka dia tak pernah ada dan takkan pernah ada blackhead + whitehead? Lelaki ke perempuan ke sama cenderung untuk menternak dua makhluk ni. Tapi aku rasa lelaki kurang kisah sikit pasal blackhead dengan whitehead ni. Contohnya abang aku.

So harini aku nak share sikitlah kan produk yang aku guna (dan yang pernah guna) untuk hilangkan si dua beradik blackhead dengan whitehead ni haa. Dulu-dulu sebelum aku pandai pakai mask, kakak aku jadi tukang picitkan segala jenis anak jerawat sampailah ke bapak jerawat, tak cukup dengan tu segala blackhead whitehead aku pun dia picitkan. Geram katanya sebab masa tu aku takde kesedaran nak buang semua 'aksesori muka' tu.

          Setiap kali dia picit dialog dia sama je "Haaa ni dia dah keluar. Tengok ni haa macam cacing keluar." Aku jadi dah hafal dah. Hahahah!

Tapi yang tak bestnya bila picit ni, nanti kulit kau akan mengelupas. Tapi lama-lama kulit akan jadi elok balik. Tapi tulah, nak tunggu kulit kau jadi macam telur dikupas tu makan masa berhari-hari. Pulak tu masa zaman picit-picit dulu aku sekolah menengah lagi. So memang malu jugaklah pergi sekolah dengan hidung mengelupas. Konon pakai bedak sebab nak cover kulit mengelupas tu, tapi dia jadi lagi obvious. Sobs ...

          Jadi, sanggupkah kau tayang muka mengelupas kau depan crush? Oh, mestilah tak! Lepas serik dengan kejadian mengelupas tu aku pun pergi la beli pelekat hidung yang boleh tanggalkan blackhead dan whitehead tu. Mula-mula dulu aku beli nose strip jenama Biore. Memang tanggal semua natang tu. Tapi hidung aku jadi gatal-gatal la pulak. Sobsss, terus tak beli lagi dah.

Lepas kes hidung gatal, aku cari pula kat ig kot ada orang jual peel off mask untuk blackhead whitehead. Dan dan dan aku jumpa! Jenama Dian Pixy! Peel off mask jenama Dian ni sumpah best gila. Memang hilang blackhead whitehead dan masa aku pakai tu takde apa-apa infection pun. Selamat dan selesa. Tapi aku stop beli sebab mahal dan packaging pun comey je. Hmm kalau dah jutawan, memang 100 botol aku beli.

          Lepas Dian Pixy, aku pakai mask Shiseido yang paket kecik-kecik tu. Asalnya mula pakai sebab akak aku dia beli borong mask tu untuk jadikan freegift customer dia. Tapi aku selalu dapat free (heheh, maceh Kaklong). Mask Shiseido tu pun bagus macam Dian Pixy and for sure lepas aku pakai, langsung takde infection. Lepastu stok mask tu pun dah habis.

Maka mengagau (mencari dalam versi Johor) la aku cari mask Shiseido yang dalam tube besar. Puas dah cari kat Watsons, Gaurdian semua takde. Nak nangis. Maka masa tu aku berbalik pada cara PICIT. And again, seminggu kulit aku mengelupas. Nasib baik masa tu baru habis induction Masscomm majoriti pun kulit mengelupas sebab sunburn. Takdelah aku malu sorang-sorang.

          Kebetulan ada satu hari tu ada karnival kat UiTM, so pihak uni benarkan peniaga luar datang. Masa karnival tu macam-macam lah diaorang jual. Ada baju, tudung, makanan, barang make up, eh banyaklah. Kat situ la aku terjumpa mask Shiseido dalam packaging besar. Harga pun murah je. Sampai sekarang ni aku masih gunakan mask tu lagi. Jimat tau sebenarnya pakai yang jenis tube ni daripada yang dalam paket kecik-kecik.

Jajangg! Macam ni la rupa si mask Shiseido tu haa.

Cubaan pertama fokus.

Cubaan kedua fokus.

Cubaan ketiga fokus.

Sebenarnya aku sedaya upaya fokus camera lens supaya nampak pasangan blackhead whitehead yang dah beranak ratus tu haa. Tapi aku rasa handphone aku belum tahap HD lagi agaknya. Tapi cubalah kau zoom guna kanta, kot-kot nampak ke. Tapi mask ni memang terbaiklah. Kalau kau ada bajet lebih sikit belilah yang jenama Dian Pixy tu. Kalau jenis husnuzon macam aku ni beli yang Shiseido ni pun dah elok sangat dah.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...