Skip to main content

Tips Untuk Cepat Mengantuk

Assalamualaikum.

Hai. lately ni, Ai memang payah gila nak tidur. entah apa masalah taktaula. nak kata siang banyak tidur, takde pun. dulu kalau siang dah tidur, malam pun bantai je boleh tidur. mata tu dah ngantuk sebenarnya. bila dah baring, tutup mata. seminit, dua minit. bangun. pusing kiri pulak. seminit. dua minit. terlentang pulak. seminit dua minit. menyarap. arghhh TAK BOLEH TIDUR jugak. why why why? kenkadang dah pukul 3 pagi barula dapat tidur -_- tup tup alarm bangun Subuh bunyi. gahhhh!

          Jadi, untuk cepat rasa ngantuk, Ai came out with this:


  • Matikan lampu sejam sebelum tidur
Mungkin ada sesetengah orang yang tidur dalam keadaan terang. contoh macam kawan Ai. taktaulah takut gelap ke cemana kan? Ai takde masalah tidur dalam gelap. dan biasanya, ubat nyamuk elektrik yang jadi Ai punya lampu tidur. untuk dapatkan tidur yang lena dan berkualiti, mestilah tutup lampu (okla kalau takut gelap sangat pasang lampu tidur - cahaya paling minimum)

  • Membaca buku
Ambiklah apa-apa jenis buku yang korang rasa paling bosan. yang kalau korang baru baca perenggan pertama, confirm dah terlelap. Ai tak pernah baca buku kalau nak tidur malam. yela, lampu mestilah awal-awal dah tutup. takkan nak baca dalam gelap pulak. kebiasaannya, Ai baca buku/novel/majalah waktu petang. sehelai. dua helai. terus krohhh kroohhhh~

  • Isi perut sebelum tidur
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati. ada orang suka perut berisi baru boleh tidur. ada orang suka perut kosong baru boleh tidur. terpulang pada korang. malam, waktu perut kita berehat. kalau jenis yang tak boleh perut kosong, takpe. makan je la biskut ke, cereal ke. takpun, bancuh air milo ke horlicks ke. mengenyangkan jugak tuhh. (jangan bantai sepinggan nasi dah la. mengah nak tidur)  Ai prefer Ephyra sebelum tidur. heeee :D

  • Main handphone / tab / iPad
Kalau macam Ai sendiri, kalau main handphone ataupun iPad sambil baring. CONFIRM akan kroohhh kroohhhh. kadang-kadang, baru je pegang phone pastu scroll scroll (tak sampai seminit) *pap* terus tertidur. sambil tengah main game / tengok cerita Korea pun kadang-kadang Ai boleh tertidur. dah macam ubat tidur pun ye jugak gadjet ni.

  • Baring, tutup mata dan berangan
Honestly, Ai ni kaki-berangan. kalau part berangan yang dogeng-dogeng Ai memang handal. hahahaha kahwin dengan anak Sultan Johor la apelahh (contoh) disebabkan berangan punya pasal, sampai bawak ke mimpi. *auch* so-the-fairytale la iols. cara merepek camni pun boleh buat mengantuk dan lama-lama tertidur (kalau kata tutup mata tu, takyah bukak-bukak dah).

          Harap tips merepek ni dapat membantu korang yang ada masalah susah nak tidur macam Ai ni. 

Comments

MasturaDin said…
kalau KH xleh tido, amek buku ilmiah tak sampai 5minit bukak buku, sedar sedar dh pagi..hihihi

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...