Skip to main content

BB Cream

Assalamualaikum.

Hai. BB cream story time. kekekee~ sebut je BB cream BB cream tapi apa maksud BB tu senanya. sebut, pakai. tapi taktau apa maksud BB -_- (Ai la tu orangnya hahah) ok BB tu singkatan untuk Bleamish Balm / Beauty Balm Cream. jelas? kiranya BB cream ni macam krim magik laa yang boleh protect pastu boleh cantikkan kulit muka kita. giteww lah dia punya introduction.

          Sebenarnya, Ai ni jenis yang taksuka nak mekap-mekap sangat. paling over mekap bila nak keluar rumah, Ai akan pakai compact powder, lipgloss dengan celak (bila rajin. biasanya tak rajin pun. mata sepet susah pakai celak -_- demmit). tu tahap rajin ah tu. kalau pemalas, spray muka dengan spray mist pastu keluar. hahaahahaha pastu adalah kena tegur dengan kakak Ai "Awak ni cuba la mekap-mekap sikit. pakai BB cream bla bla blaa. dah habis sekolah takpe mekap-mekap." haa gitew dia bagi ceramah. pastu terbukak jugakla pintu hati ni nak melawo~

So, haritu masa pegi shopping barang dapur, Ai belilah BB cream Safi White Trilogy. sebab selamat dan suci. hahahaaa. sebabkan first time nak pakai BB cream, apa salahnya support barang local. not bad pehhh.


My first BB cream :D

My sister reaction when I told her that I've bought a BB Cream.

Kelebihan Krim BB Safi White Trilogy (which attracts me) :

  • Bau wangi
  • Menutup cela
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV (dengan SPF30PA++)
  • Mencerahkan kulit (perempuan memang madang nak kulit putih)
  • Menutup pori-pori wajah
  • Mengekalkan kelembapan, melembutkan, menghaluskan dan melincinkan kulit (combo fiestah!)
  • Sebagai asas solekan
Why BB Cream? 

BB cream ni senanya salah satu rahsia kecantikan orang Korea tau. kalau korang tengok kulit Korean ni flawless GILA. even tak mekap pun flawless. blemish-free T.T macam yang Ai cakap tadi BB cream ni ibarat krim magik yang LINDUNG dan JAGA kulit kita. best ke takk. rugilah sape yang tanak pakai BB cream (Ai la tu)


Google source.

How to apply BB Cream :

klik untuk tumbesaran secara menyeluruh.

Me with BB cream + compact powder. ada macam Korean ke tak?
ok perasan -_- hahaahah!


# song suggestionklik sini





Comments

nanadhoi said…
Sama lah, akak pun tak suka pakai mekap. Tapi kalau orang kasi amik ler jugak.HAHHAH

Pasni, leh la try bb cream silkygirl pulak. Tu pun okay gak. :)
Mialia Amelia said…
hehe. dulu sy ada pakai bb cream utk pergi sekolah, utk cover parut atau kot2 masa tu kulit tgh merah2. xsuka pki mekap berat2. sebab tak bgus, lepas tu tak berapa snonoh la pakai mekap terlalu tebal utk pergi skolah xD

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Senarai Make Up Brand yang Berkualiti

Assalamualaikum.

          Hai. Harini adalah nak share sikit pasal brand make up yang tengah meletups letups sekarang ni. Maklumlah, semenjak dah masuk dunia media ni dah pandai la sikit-sikit bab kecantikan, bab make up dan yang paling penting dah baca majalah CLEO yang memang sarat dengan maklumat make up dan brand make up terkini.


Urban Decay

Siapa tak kenal Urban Decay? UD memang sangat famous dengan dia punya eyeshadow pallet. Even aku pun tak ketinggalan menggunakan eyeshadow pallet jenama UD ni. Yang aku guna NAKED3. Memang best sangat brand ni, macam-macam jenis eyeshadow pallet korang boleh pilih, ada nude set, smokey set eh macam-macam lagilah!
          Di samping combinasi warna dia yang tahan lama dan cantik, UD ni pun senang nak apply. Tak payah nak tenyeh banyak-banyak sampai jadi hantu cina. Walaupun celet sikit, dah ada eyeshadow melekat pada kelopak mata korang. Lagi yang best, setiap set eyeshadow ni dia sediakan sekali eyeshadow brush. Senanglah kan kalau korang ta…