Skip to main content

Resipi : Sos Bibimbap

Hai.

          Entri yang lepas aku ada cerita beli Kimchi dan Gochujang kan? Ok, kali ni nak share resipi simple tapi sedap. Pernah dengar Bibimbap? Kalau yang suka makanan Korea dan gila Korea tahulah. Tapi nak buat yang sebiji macam bibimbap Korea memang tak la. So, kita buat yang simple-simple je. Nasi putih, telur mata goyang, Kimchi dan sos bibimbap. Done! So, aku nak share macam mana nak buat sos bibimbap yang sedap.

Bahan-bahan :

  • 100g daging hancur
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu chopped garlic
  • 5 sudu gochujang
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula (pengganti MSG)
  • Olive oil (untuk menumis)
  • Bijan
Cara-cara:
  1. Perapkan daging hancur bersama minyak bijan dan kicap selama 15 minit.
  2. Panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak dan tumis chopped garlic
  3. Masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga kering 
  4. Kemudian masukkan Gochujang dan gaul sebati
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula
  6. Tutup api dan taburkan bijan di atas sos tersebut. Siap dimakan!
Senang kan? Jadilah sos bibimbap ala Korean style. Resipi ini dikatakan dihidangkan di restoran mahal di Korea! Yang di Korea belum jamin halal. Tapi yang buat sendiri kat rumah, dah confirm halal. 

Ni sos bibimbap versi aku. Sedap gila makan dengan nasi panas-panas.

Cadangan makan bibimbap versi tekak Melayu.

credit photo and recipe to : Faiza.Amer Halal Korean Kitchen



Comments

Nabila Syifa said…
bibimbap ni nampak macam rupa nasik goreng + telur mata je..
A'eshah Badrul said…
Aah. Ni versi melayu. Hahah kalau yg korean punya byk bahan. Payah nak cari 😂
A'eshah Badrul said…
Aah. Ni versi melayu. Hahah kalau yg korean punya byk bahan. Payah nak cari 😂

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Senarai Make Up Brand yang Berkualiti

Assalamualaikum.

          Hai. Harini adalah nak share sikit pasal brand make up yang tengah meletups letups sekarang ni. Maklumlah, semenjak dah masuk dunia media ni dah pandai la sikit-sikit bab kecantikan, bab make up dan yang paling penting dah baca majalah CLEO yang memang sarat dengan maklumat make up dan brand make up terkini.


Urban Decay

Siapa tak kenal Urban Decay? UD memang sangat famous dengan dia punya eyeshadow pallet. Even aku pun tak ketinggalan menggunakan eyeshadow pallet jenama UD ni. Yang aku guna NAKED3. Memang best sangat brand ni, macam-macam jenis eyeshadow pallet korang boleh pilih, ada nude set, smokey set eh macam-macam lagilah!
          Di samping combinasi warna dia yang tahan lama dan cantik, UD ni pun senang nak apply. Tak payah nak tenyeh banyak-banyak sampai jadi hantu cina. Walaupun celet sikit, dah ada eyeshadow melekat pada kelopak mata korang. Lagi yang best, setiap set eyeshadow ni dia sediakan sekali eyeshadow brush. Senanglah kan kalau korang ta…