Skip to main content

Resipi : Sos Bibimbap

Hai.

          Entri yang lepas aku ada cerita beli Kimchi dan Gochujang kan? Ok, kali ni nak share resipi simple tapi sedap. Pernah dengar Bibimbap? Kalau yang suka makanan Korea dan gila Korea tahulah. Tapi nak buat yang sebiji macam bibimbap Korea memang tak la. So, kita buat yang simple-simple je. Nasi putih, telur mata goyang, Kimchi dan sos bibimbap. Done! So, aku nak share macam mana nak buat sos bibimbap yang sedap.

Bahan-bahan :

  • 100g daging hancur
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu chopped garlic
  • 5 sudu gochujang
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula (pengganti MSG)
  • Olive oil (untuk menumis)
  • Bijan
Cara-cara:
  1. Perapkan daging hancur bersama minyak bijan dan kicap selama 15 minit.
  2. Panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak dan tumis chopped garlic
  3. Masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga kering 
  4. Kemudian masukkan Gochujang dan gaul sebati
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula
  6. Tutup api dan taburkan bijan di atas sos tersebut. Siap dimakan!
Senang kan? Jadilah sos bibimbap ala Korean style. Resipi ini dikatakan dihidangkan di restoran mahal di Korea! Yang di Korea belum jamin halal. Tapi yang buat sendiri kat rumah, dah confirm halal. 

Ni sos bibimbap versi aku. Sedap gila makan dengan nasi panas-panas.

Cadangan makan bibimbap versi tekak Melayu.

credit photo and recipe to : Faiza.Amer Halal Korean Kitchen



Comments

Madam N said…
bibimbap ni nampak macam rupa nasik goreng + telur mata je..
Aah. Ni versi melayu. Hahah kalau yg korean punya byk bahan. Payah nak cari 😂
Aah. Ni versi melayu. Hahah kalau yg korean punya byk bahan. Payah nak cari 😂

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...