Skip to main content

Resepi Ayam Masak Butter

Assalamualaikum.

Hai.

Siapa suka makan ayam masak butter? Sedap kan? Menu ni dah jadi menu wajib dekat rumah aku. Sebabnya, setiap kali abang aku balik mesti dia request ayam butter. Nak kongsi sikitlah kan cara-cara masak ayam butter letups ni.

Bahan-bahan :

  • Satu tangkai daun kari
  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)
  • Bawang putih (ditumbuk lumat
  • Sedikit butter untuk menumis
  • Ayam yang telah digaul dengan kunyit
  • Tepung untuk menggoreng ayam*
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  • Gaul ayam dengan garam, kunyit dan tepung untuk menggoreng.
  • Goreng sehingga garing seperti gambar di bawah dan ketepikan.


Nampak crispy kan? Nyummm! Tepung goreng ni resepi aku sendiri. 

  • Clearkan minyak goreng ayam tadi dan masukkan sedikit butter untuk menumis bebawang.
Cemni haa.

  • Kemudian, tumis daun kari, bebawang dan cili padi dengan bahagia sampai sedikit garing.
Begini tumisnya.

  • Lepas dah garing-garing manja tu, masukkan susu cair ikut banyak mana yang korang nak. Kalau nak kuah sikit, letak sikit. Kalau nak berkuah, letak banyak sikit. 
  • Kacau-kacau sampai sebati dan perasakan dengan garam. Lepastu biarkan dia mendidih sikit dan terus masukan ayam yang dah digoreng tadi. Gaulkan sampai rata dan siap!
Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas. 

Selamat mencuba!
XOXO.


* p/s: Untuk cara-cara membuat tepung goreng nanti aku share dekat entri seterusnya ok.

klik sini untuk resepi tepung goreng










Comments

anazarin said…
Bolehlah cuba buat nanti..hehehe
Badrina Ibtisam said…
selalu terfikir nak try masak ni! (Y)
Putri said…
X pernah try lg ayam butter ni.udang butter selalu lah buat utk suami

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka