Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

My First Ear Piercings Experience

Assalamualaikum. Hai. Nak cerita sikit la kan pengalaman kali pertama tindik telinga. Sebab semalam tengok Insta story Jipah, dia bawak adik dia yang umur 6 tahun tu pergi tindik telinga. Tak semena-mena dapat idea pula kan nak cerita pengalaman tindik telinga aku dekat sini. Ni pula penembak tindik telinga. Sebenarnya ada banyak jenis penembak ni. Kisah bermula masa tu raya tahun 2007 masa tu aku umur 10 tahun. Pagi tu aku, Umi, nenek, Kaklong dengan sorang cousin perempuan pergi kedai emas sebab Nenek nak beli gelang kot kalau tak silap (I barely remember). Kebetulan yang cousin aku tu (umur 5 tahun) nak tindik telinga dekat situ. Aku ni pula memang dah lama sangat teringin nak tindik telinga. Sejak tadika lagi menguja nak tindik telinga, sebab Umi dengan Kaklong semua dah tindik. Tapi dalam pada nak tindik tu, ada juga rasa takut. Sebab takut sakit la kan. Cousin aku jadi orang pertama untuk tindik. Tengok dia tak nangis dan nampak macam tak sakit, eh takkanlah...

Trying Out McDonald's Spicy Korean Burger

Assalamualaikum. Hai. Hallyu wave datang lagi. Kalini McDonald keluarkan menu baru iaitu Spicy Korean Burger. Who's excitedzzz? Ya, semua Kpopers mengeletis untuk cuba burger ni. Tidak juga ketinggalan, maka aku pun terjebak sama untuk cuba sejauh mana kesedapan rasa Spicy Korean Burger nihhh. Masing-masing duk kata sedap sangat. Mari kita tengok betul ke sedap? Our main character today. Harini aku dengan gigih la pergi McDonald dengan Angah untuk dapatkan sebiji burger Korea ni haa. Confident je kan keluar, sekali sampai McDonald bapak ramai gila orang! Oh God, lupa harini hari Jumaat dan harini cuti bagi negeri Johor. Damned.  "Ah, lantaklah. Ada rezeki adalah. Kalau kata dah sold out, aku beli sundae je la walaupun sebenarnya taknak pun sundae." - bebel sendiri sambil beratur tunggu turn nak order. Aku ni sebenarnya tak minat pun dengan burger yang jual dekat McDonald, KFC apa semua tu. Tekak aku lebih suka burger yang jual kat gerai kecik tep...

Product Review : Lipstick Nurraysa

Assalamualaikum Hai. Brand Nurraysa ni memang dah tak asing lagi. Buka Facebook, scroll timeline nampak orang promote barang Nurraysa, lalu dekat highway nampak billboard iklan Nurraysa, buka tv pun ada iklan Nurraysa. Kiranya brand Nurraysa ni makin famous la sekarang. Jadi aku pun terpanggil untuk mempromosikan produk ni. Eh, salah untuk review je. Seiring dengan trademark Nurraysa, sekarang semua orang boleh jadi cantik tanpa ragu-ragu. Sebab, semua produk Nurraysa ni MESRA WUDUK. Sebagai perempuan cabaran kita ialah makeup dan solat. Kalau dah pakai makeup tu memang susah nak tanggalkan, kena pakai makeup remover untuk pastikan kulit kita ni dah betul-betul bersih. Kalau tak nanti wuduk tak sah, bila solat pun jadi tak sah.  Jadi dengan adanya produk Nurraysa ni, kita tak payah susah-susah nak guna makeup remover, cuci makeup hanya dengan air dah boleh hilang. Senang kan? Jimat masa lagi. Kali ni aku akan review satu produk Nurraysa, iaitu Pearl Magic Lipsti...

Product Review : Kebaikan dan Kegunaan Minyak Argan

Assalamualaikum. Hai. Minyak argan/argan oil atau nama lebih vogue lagi 'liquid gold' . Minyak argan ni merupakan produk organik yang diekstrak daripada kernels Pokok Argan yang biasanya kita boleh dapat dekat Morocco. Eh, ape tu kernels? Nanti aku tunjukkan apa tu. Paling penting minyak argan ni sangat-sangat popular terutama sekali dalam bidang kecantikan dan kosmetik. Ok, gambar dekat atas ni anatomi buah argan. Nampak kan mana satu kernels. Dalam minyak ni memang penuh dengan semua nutrient, vitamin semua lengkap lah. Minyak ni sangat-sangat bagus untuk kulit dan juga rambut. Apa kebaikan dan kegunaan minyak argan ni? Melembapkan kulit dan bibir Biasanya orang guna minyak argan ni untuk lembapkan kulit. Sebab nutrient yang ada dalam minyak argan ni dapat membantu kulit jadi lebih lembap dan glowing. Tapi untuk orang yang jenis kulit berminyak, tak digalakkan untuk gunakan argan oil sebagai pelembap.  Bukan setakat untuk kulit tapi untu...

Gaya Tudung Untuk Tutup Muka Chubby

Assalamualaikum. Hai. Kalau tengok tutorial tudung mesti rasa nak cuba semua kan? Tapi tulah kadang-kadang tak semua jenis style sesuai dengan muka kita. Lagi-lagi untuk orang yang muka chubby bulat macam aku ni haa.  Memang aku suka try and error gaya-gaya tudung yang boleh fit dengan muka aku yang bulat-chubby ni supaya boleh nampak lonjong. Based on experiment, pembacaan, dan tips daripada kakak aku sendiri, now I managed to get the tudung style that suit with my face. Jadi bila pakai tudung tu tak adalah nampak Potato lagi. Jadi untuk korang yang nak cuba style lain daripada yang lain untuk tutup muka bulat chubby awak tu boleh tengok tutorial dekat bawah ni. credit video : Youtube Biasanya style macam ni aku pakai bila keluar makan dengan kawan-kawan ataupun kalau ada majlis kenduri. Untuk dapat bentuk tudung yang cantik macam ni, korang boleh guna shawl jenis heavy chiffon yang flowy.  Gaya macam ni pula cantik kalau kita nak pergi...

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum. Hai. Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je. Bahan-bahan: 2 cawan beras basmathi 2 sudu besar minyak sapi Sedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga) 3 batang serai (dititik) 2 helai daun pandan diikat Setengah kuib pati ayam 1 biji bawang besar (dihiris) 1 inci halia (ditumbuk) 4 ulas bawang (ditumbuk) 3 cawan air (ikut cawan sukat nasi) Sedikit garam untuk perasa Cara-cara : Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.  Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga beras dan daun pandan sebersihnya dan ...

Resepi Lobak Putih Goreng Bersantan

Assalamualaikum. Hai. Siapa dekat sini suka makan lobak putih? Sedap kan? Lobak putih ni bagus sangat untuk orang yang ada masalah penghadaman, masalah kulit muka, penyakit gout dan macam-macam lagilah. Kalau nak tahu khasiat lobak putih ni dengan lebih banyak, Google ok? Sebab harini aku bukan nak cerita tentang khasiat lobak putih, tapi nak kongsi resepi masak lobak putih ni. Bahan-bahan: Lobak putih Udang basah Bawang merah* Bawang putih* Lada merah* Sedikit santan dan air Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis p/s : sukatan tak letak sebab biasanya main agak-agak je. Bahan-bahan ikut banyak mana kita nak masuk lobak tu. Cara-cara : Bersihkan lobak putih dan potong secara bulat-bulat. Kemudian, rebus lobak tersebut sehingga empuk. Setelah empuk, toskan dan letak tepi. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *. Di dalam kuali, panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga sedikit garing. Selepa...

Cara Membuat Tepung Goreng Ayam dan Ikan

Assalamualaikum. Hai. Dalam entri  Resepi Ayam Masak Butter  aku ada * kan pada bahagian tepung untuk menggorengkan. Seperti yang dijanjikan entri kali ni aku nak kongsi cara aku buat tepung untuk goreng ayam ataupun ikan. Lama dah sebenarnya tercari-cari resepi ataupun cara-cara goreng ayam ala-ala KFC dengan ikan siakap goreng garing macam dekat kedai makan tu tapi selalunya tak jadi. Lagipun kalau nak beli yang jenis instant tu macam tak berapa bagus je. Baik buat sendiri. Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum  Setengah cawan tepung jagung 1/4 cawan tepung beras 2 sudu besar serbuk kunyit 2 sudu besar serbuk kari Sedikit garam (secukup rasa masin) Serbuk lada hitam (tabur ikut suka nak banyak mana) Cara-cara :  Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan siap digunakan! Bahan-bahan dengan cara-cara senang gila nak buat. Aku dapat idea untuk buat tepung menggoreng ni pun sebab dah buntu nak pakai tepung apa untuk jadikan ayam de...

Resepi Ayam Masak Butter

Assalamualaikum. Hai. Siapa suka makan ayam masak butter? Sedap kan? Menu ni dah jadi menu wajib dekat rumah aku. Sebabnya, setiap kali abang aku balik mesti dia request ayam butter. Nak kongsi sikitlah kan cara-cara masak ayam butter letups ni. Bahan-bahan : Satu tangkai daun kari Bawang merah (dihiris) Cili padi (dihiris) Bawang putih (ditumbuk lumat Sedikit butter untuk menumis Ayam yang telah digaul dengan kunyit Tepung untuk menggoreng ayam* Sedikit garam Cara-cara : Gaul ayam dengan garam, kunyit dan tepung untuk menggoreng. Goreng sehingga garing seperti gambar di bawah dan ketepikan. Nampak crispy kan? Nyummm! Tepung goreng ni resepi aku sendiri.  Clearkan minyak goreng ayam tadi dan masukkan sedikit butter untuk menumis bebawang. Cemni haa. Kemudian, tumis daun kari, bebawang dan cili padi dengan bahagia sampai sedikit garing. Begini tumisnya. Lepas dah garing-garing manja tu, masukkan susu cair ikut b...