Skip to main content

Resepi Lobak Putih Goreng Bersantan

Assalamualaikum.

Hai.



Siapa dekat sini suka makan lobak putih? Sedap kan? Lobak putih ni bagus sangat untuk orang yang ada masalah penghadaman, masalah kulit muka, penyakit gout dan macam-macam lagilah. Kalau nak tahu khasiat lobak putih ni dengan lebih banyak, Google ok? Sebab harini aku bukan nak cerita tentang khasiat lobak putih, tapi nak kongsi resepi masak lobak putih ni.

Bahan-bahan:

  • Lobak putih
  • Udang basah
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada merah*
  • Sedikit santan dan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
p/s : sukatan tak letak sebab biasanya main agak-agak je. Bahan-bahan ikut banyak mana kita nak masuk lobak tu.


Cara-cara :

  1. Bersihkan lobak putih dan potong secara bulat-bulat. Kemudian, rebus lobak tersebut sehingga empuk. Setelah empuk, toskan dan letak tepi.
  2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Di dalam kuali, panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga sedikit garing.
  4. Selepas itu, masukkan sedikit santan dan air. (Kalau suka banyak kuah boleh letak lebih sikit. Tapi aku prefer dia berkuah-kuah manja ja.)
  5. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan lobak putih dan gaul rata lagi. 
  6. Akhir sekali baru masukkan udang basah dan gaul-gaul manja sampai warna udang jadi oren dan masak.
  7. Hidangkan dan siap!

Korang selalu masak lobak putih macam mana? Share la sikit dekat bahagian komen :)





Comments

Mimi Azirah said…
Saya memg xbleh makan lobak putih..xleh terima

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Temuduga Masscom UITM

Hai.
          Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media.
Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?
          Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je.
Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia akan kumpulkan kit…