Assalamualaikum
Hai.
Brand Nurraysa ni memang dah tak asing lagi. Buka Facebook, scroll timeline nampak orang promote barang Nurraysa, lalu dekat highway nampak billboard iklan Nurraysa, buka tv pun ada iklan Nurraysa. Kiranya brand Nurraysa ni makin famous la sekarang. Jadi aku pun terpanggil untuk mempromosikan produk ni. Eh, salah untuk review je.
Seiring dengan trademark Nurraysa, sekarang semua orang boleh jadi cantik tanpa ragu-ragu. Sebab, semua produk Nurraysa ni MESRA WUDUK. Sebagai perempuan cabaran kita ialah makeup dan solat. Kalau dah pakai makeup tu memang susah nak tanggalkan, kena pakai makeup remover untuk pastikan kulit kita ni dah betul-betul bersih. Kalau tak nanti wuduk tak sah, bila solat pun jadi tak sah.
Jadi dengan adanya produk Nurraysa ni, kita tak payah susah-susah nak guna makeup remover, cuci makeup hanya dengan air dah boleh hilang. Senang kan? Jimat masa lagi. Kali ni aku akan review satu produk Nurraysa, iaitu Pearl Magic Lipstick yang aku rasa best sangat.
Nurraysa Pearl Magic Lipstick ni sangat best sebab dia tak mengeringkan bibir dan mengeluarkan warna yang natural. Lipstick ni bila kita pakai, dia akan merah ikut warna bibir kita. Paling best sebab dalam lipstick ni ada collegen yang membantu melembapkan dan menyihatkan bibir kita. So, kita tak payah susah-susah nak pakai lip balm sebelum pakai lipstick lagi.
Lagi satu, warna dia tahan lama tau. Walaupun kita makan ataupun minum warna dia tak mudah luntur. Bibir kita tetap nampak pinkish walaupun dah makan sepinggan nasi ataupun dah minum bergelas-gelas air. Paling penting, produk ni dah semestinya 100% produk muslim yang dijamin HALAL tanpa bahan terlarang. Jadinya memang sangat-sangat selamat. Bibir nampak pinkish, lembap dan glowing sangat lepas sapu lipstick ni.
Sangat-sangat recommended sebab tak ambil masa yang lama nak pakai lipstick ni. Cuma oleskan di bibir dan tunggu warna bibir bertukar jadi pinkish. Masa pun lebih jimat sebab kita dah tak payah nak pakai lip balm, lepastu baru nak pakai lipstick. Kalau warna pekat sangat nanti dah nak kena lap pula, lepastu pakai balik semula. Leceh kan.
Maaf la background memang bersepah sebab tengah berkemas.
Kebaikan Pearl Magic Lipstick :
- Mesra wuduk
- Mengikut warna darah si pemakai
- Membuat bibir sentiasa lembap dan nampak segar
- Tidak mengeringkan bibir
- Tidak mengandungi plumbum yang boleh membuatkan bibir berwarna lebam
Kandungan Pearl Magic Lipstick : Collegen, Pearls, Vitamin E, Olive fruit oil, Sunflower seed oil, Virgin coconut oil.
Cara guna : Oleskan Pearl Magic Lipstick pada bibir anda dan biarkan seketika. Bibir anda merah mengikut suhu badan anda.
Korang boleh dapatkan lipstick ni dengan harga RM24 je tau, harga asal RM30. Jadi, cepat grab pelang yang ada sementara tengah offer ni. Boleh order lipstick ni dengan pengedar yang sah. klik sini untuk order
Comments
https://messarah.blogspot.my/2017/07/baru-sem-1.html