Assalamualaikum.
Hai.
Hai.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blogku. Maafkanlah kalau ada entri yang tak enak dibaca dan sebagainya. Kosong-kosong. Jadi, harini nak share sikitlah cara-cara buat bawang goreng. Ni bukan bawang goreng biasa-biasa tau, resepi ni buatkan bawang goreng jadi garing dan rangup. Paling penting dia tak cepat lemau walaupun kita simpan berhari-hari. Elok sangat la bawang goreng buat lauk sampingan sempena hari raya ni, kot nak jamu tetamu yang datang rumah ke kan. Boleh la try ikut cara-cara di bawah.
Bahan-bahan :
- Bawang merah (secukupnya)
- Bawang putih (secukupnya)
- Garam (secukup rasa)
- Tepung jagung (ikut bawang banyak mana)
- Daun kari (untuk bau wangi)
Cara-cara :
- Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis (tapi jangan nipis sangat macam tisu)
- Gaul bawang-bawang yang dah dihiris dengan garam dan tepung jagung. Tepung tu memadai kalau dia dah salut semua bawang-bawang tu.
- Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan sedikit daun kari ke dalam minyak yang telah panas.
- Kemudian, masukkan bawang yang dah digaul dengan tepung dan garam tadi.
- Goreng sehingga warna bawang dah nampak kuning keemasan.
- Toskan dan siap dihidang!
Tadaaa! Makan dengan nasi panas-panas.
Dapnyee!
Comments