Skip to main content

Cara Buat Bawang Goreng Garing dan Tahan Lama

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blogku. Maafkanlah kalau ada entri yang tak enak dibaca dan sebagainya. Kosong-kosong. Jadi, harini nak share sikitlah cara-cara buat bawang goreng. Ni bukan bawang goreng biasa-biasa tau, resepi ni buatkan bawang goreng jadi garing dan rangup. Paling penting dia tak cepat lemau walaupun kita simpan berhari-hari. Elok sangat la bawang goreng buat lauk sampingan sempena hari raya ni, kot nak jamu tetamu yang datang rumah ke kan. Boleh la try ikut cara-cara di bawah. 

Bahan-bahan :

  • Bawang merah (secukupnya)
  • Bawang putih (secukupnya)
  • Garam (secukup rasa)
  • Tepung jagung (ikut bawang banyak mana)
  • Daun kari (untuk bau wangi)
Cara-cara :
  1. Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis (tapi jangan nipis sangat macam tisu)
  2. Gaul bawang-bawang yang dah dihiris dengan garam dan tepung jagung. Tepung tu memadai kalau dia dah salut semua bawang-bawang tu. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan sedikit daun kari ke dalam minyak yang telah panas.
  4. Kemudian, masukkan bawang yang dah digaul dengan tepung dan garam tadi.
  5. Goreng sehingga warna bawang dah nampak kuning keemasan.
  6. Toskan dan siap dihidang!
Tadaaa! Makan dengan nasi panas-panas.
Dapnyee!


Comments

hazrinahalim said…
saya pun suka makan bawang goreng.. tp xpernah lg letak daun kari. maybe next time blh try. hehehe

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka