Assalamualaikum.
Malam ni nak santai-santai je share tips body mist original ataupun bukan original. Tapi aku lebih spesifik pada jenama Victoria Secret sebab aku pengguna tegar body mist Victoria Secret.
Tapi sebelum tu aku nak bagitau sikit tentang perbezaan body mist dengan Eau De Toilette (EDT). Ada beza ya kedua-dua benda ni. Sebab sebelum ni aku pun tak tau beza, semua yang dalam bentuk spray yang berbau wangi, aku bantai panggil perfume. Hahahha.
Body Mist : Lebih kurang macam cologne. Bau dia hanya boleh bertahan 4-6 jam sahaja
Ini adalah rupa body mist. Jenis yang aku selalu pakai.
(Yang Pure Seduction tu wangi bhai)
Eau De Toilette (EDT) : Ini barulah perfume. Bau dia boleh tahan 6-8 jam. Jauh lebih lama daripada body mist.
Ini pula rupa EDT. Saiz lebih kecil berbanding body mist.
Tapi harga lebih kurang. Yang best, bau tahan lebih lama.
Kat bawah ni aku akan kongsi beberapa tips untuk membezakan Victoria Secret (VS) original ataupun bukan original :
- Kebiasaannya, yang original ni harga dia mahal sikit berbanding yang bukan original. Bagi aku sendiri aku tak kisah untuk melabur benda-benda yang macam ni. Sebab takut bila kita beli murah, kualiti dia dah rendah. Kita nak pakai kat badan so memang tak sesuai ambil yang kurang kualiti.
- Kebanyakan jenama VS memang direct dari US store. Kalau kata gred Dubai ke apa ke. Memang bukan original.
- Refer gambar first, korang boleh tengok penutup botol VS tu sendiri. Penutup yang original, dia berwarna putih jernih dan lutsinar sampai nampak spray body mist. Kalau yang bukan original, penutup botol dia lebih kusam sampai tak nampak spray body mist tu.
- Korang boleh jugak tengok shimmering yang ada pada spray body mist tu. Shimmering tu berkilat-kilat sebab yang bukan original, dia tak berkilat.
- Gambar kedua dan ketiga ialah yang paling common. Setiap botol VS akan ada bar code. Yang bukan original ada je bar code sebenarnya, tetapi, sila scan bar code menggunkan application macam Google Store, dia akan keluarkan di mana VS tu dikeluarkan.
- Gambar keempat, korang boleh buka penutup botol VS. Terdapat nombor seperti dibulatkan. Setiap bau VS tak sama nombor ya. Tapi yang bukan original tak ada nombor seperti dalam gambar.
- Jenis bau VS original dan bukan original juga berlainan ok. Kalau pernah beli yang original, korang akan dapat tahu bau yang bukan original ni macam pelik sikit (sebab aku pernah terbeli yang tak original sekali).
Harap semua tips di atas dapat membantu!
Photos and tips credit to : @my.victoria.secret
Comments
Bestnya bodymist ni ada extra pelembab utk kulit dan tahan lama 😊 jom cuba! Fyza-01116473002