Skip to main content

Tips Mengetahui Body Mist Victoria Secret Original atau Bukan Original

Assalamualaikum.

          Malam ni nak santai-santai je share tips body mist original ataupun bukan original. Tapi aku lebih spesifik pada jenama Victoria Secret sebab aku pengguna tegar body mist Victoria Secret.

Tapi sebelum tu aku nak bagitau sikit tentang perbezaan body mist dengan Eau De Toilette (EDT). Ada beza ya kedua-dua benda ni. Sebab sebelum ni aku pun tak tau beza, semua yang dalam bentuk spray yang berbau wangi, aku bantai panggil perfume. Hahahha.

Body Mist : Lebih kurang macam cologne. Bau dia hanya boleh bertahan 4-6 jam sahaja

Ini adalah rupa body mist. Jenis yang aku selalu pakai.
(Yang Pure Seduction tu wangi bhai)

Eau De Toilette (EDT) : Ini barulah perfume. Bau dia boleh tahan 6-8 jam. Jauh lebih lama daripada body mist.

Ini pula rupa EDT. Saiz lebih kecil berbanding body mist. 
Tapi harga lebih kurang. Yang best, bau tahan lebih lama.

Kat bawah ni aku akan kongsi beberapa tips untuk membezakan Victoria Secret (VS) original ataupun bukan original :

  • Kebiasaannya, yang original ni harga dia mahal sikit berbanding yang bukan original. Bagi aku sendiri aku tak kisah untuk melabur benda-benda yang macam ni. Sebab takut bila kita beli murah, kualiti dia dah rendah. Kita nak pakai kat badan so memang tak sesuai ambil yang kurang kualiti. 
  • Kebanyakan jenama VS memang direct dari US store. Kalau kata gred Dubai ke apa ke. Memang bukan original. 
  • Refer gambar first, korang boleh tengok penutup botol VS tu sendiri. Penutup yang original, dia berwarna putih jernih dan lutsinar sampai nampak spray body mist. Kalau yang bukan original, penutup botol dia lebih kusam sampai tak nampak spray body mist tu.
  • Korang boleh jugak tengok shimmering yang ada pada spray body mist tu. Shimmering tu berkilat-kilat sebab yang bukan original, dia tak berkilat.
  • Gambar kedua dan ketiga ialah yang paling common. Setiap botol VS akan ada bar code. Yang bukan original ada je bar code sebenarnya, tetapi, sila scan bar code menggunkan application macam Google Store, dia akan keluarkan di mana VS tu dikeluarkan.
  • Gambar keempat, korang boleh buka penutup botol VS. Terdapat nombor seperti dibulatkan. Setiap bau VS tak sama nombor ya. Tapi yang bukan original tak ada nombor seperti dalam gambar.
  • Jenis bau VS original dan bukan original juga berlainan ok. Kalau pernah beli yang original, korang akan dapat tahu bau yang bukan original ni macam pelik sikit (sebab aku pernah terbeli yang tak original sekali).
Harap semua tips di atas dapat membantu!
Photos and tips credit to : @my.victoria.secret



Comments

Unknown said…
sis..kalau kat bwah botol ade tulis code warne hitam...6112B3B1..ori ke x...xthu mcm mne nk tgk..sbb botol baru...
Unknown said…
Ori sis
Unknown said…
Kalau bawah tulisan code hitam 7335B2A1 and 6064K2A1.. Ori ke fake?
Hidayah said…
Sis kalau barcode Tak jelas Macam mna nak tengok..sbb bau dia 30 minit dah Tak wangi...
Fyza said…
Nak product kualiti, murah dan tahan lama jom cuba body mist keluaran sisfel. Halal , ada KKM dan sekaligus boleh sokong product muslim. Ramai artis yg dah guna.

Bestnya bodymist ni ada extra pelembab utk kulit dan tahan lama 😊 jom cuba! Fyza-01116473002
Anonymous said…
Body mist victoria secret Pashop.vn 's the best
Fateh said…
Ade alkohol x body mist ni... halal tak

Anonymous said…
sis , saya ada beli perfume victoria secret ni dalam tempoh setahun, tapi tak pernah buka dan pakai. bau nya still sama kan ?

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...