Skip to main content

Resipi Blueberry Cheesetart Mudah

Hi. Malam ni aku nak share satu resipi mudah. mudah ke? Hmm.. mudah jugakla sebab dah dua kali buat. Walaupun masa yang frist attempt tu memang 50% hangus. taktau la kenapa. Dahla hangus, buat dia pun makan masa sampai 5 jam! Seriously? -_- Nasib baik sedap. Sampai Shida rindu-rinduan cheestart hangus aku. :'D chia chia chia~

          Harini aku try lagi buat cheesetart untuk kali yang kedua. Disebabkan blueberry filling dah nak habis, so aku suruh Umi pergi belikan. Kali ni ada improvement, kulit tart nye putih mulus. Takde yang sunburn. Cuma bakar untuk kali kedua tiba-tiba tersunburn sikit. Duhhhh (aku tertinggalkan dia untuk 5 min. kesimpulannya, kena sentiasa perhatikan dia dalam oven tu. ngade tau!)

So, mari mulakan resipi cheesetart kita :-

Bahan-bahan kulit tart :

  • 370g tepung gandum diayak (aku guna tak sampai 370g pun, agak-agak dah jadi doh lembut tu ok dah. kalau tuang semua takut jadi keras. So tuang sikit-sikit)
  • 1 biji putih telur
  • 50g gula kastor
  • 100g marjerin / butter
Bahan-bahan filling:
  • Blueberry jam 
  • 250g cream cheese
  • 50g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 50g marjerin / butter
Cara-cara membuat kulit tart :
  1. Pukul marjerin/butter dan gula kastor sehingga kembang (macam warna keputih-putihan)
  2. Kemudian masukkan putih telur dan pukul lagi sampai rata/sebati.
  3. Masukkan tepung gandum. Masukkan sikit-sikit sehingga menjadi adunan doh yang lembut.
  4. Masukkan doh tersebut ke dalam bekas tart/tart shell. Pastikan nipis sahaja seperti gambar dibawah.
  5. Bakar dalam oven selama 15-20 min (170 'c)
  6. Setelah bakar, masukkan blueberry filling ke dalam tart tersebut.

Cara-cara membuat filling cheese :
  1. Pukul cream cheese, gula castor dan marjerin sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan sedikit esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang
  3. Masukkan cheese ke dalam pipping bag
  4. Picitkan cheese keatas blueberry filling
  5. Bakar dalam oven selama 5min (165'c)
Tadaaaaa! inilah hasilnya! (haruslah tunjuk gambar yang tak hangus)

p/s : Ingat, kena sentiasa tengok keadaan dia dalam oven tu untuk elakkan dia jadi nigga. hihihi.

Ok, sesiapa yang masih blurr-blurr tentang step nak buat cheesetart ni, boleh tengok video kat bawah ni ok? Senang je nak buat bila kita dah lengkap semua bahan. Selamat mencuba!






Comments

Amirah said…
wahh shedapnyeeee :D
menjejes ayaq liuq hahaahah

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...