Assalamualaikum.
Hai. yeayy dah boleh blogging. 24 hour without wifi was like . . . mati kutu. suspek wifi kena petir sebab semalam hujan lebat GILA. siap petir memancar-mancar. last-last soket punya hal, wifi jadi mangsa (saje letew tanak bagi orang blogging) wkwkw
How to treat your lips? tak semua orang pentingkan penjagaan bibir ni betul tak? ohh Ai pun termasuk dalam golongan tu. kadang-kadang berazam jugakla nak treat well bibir ni. adalah dalam sehari dua pakai lip balm sebelum tidur (dua malam berturut-turut) lepastu malas dah. well~
Senanya tetiba nak cakap pasal topik ni sebab dah beli Chu Lip (buat apa beli kalau tak pakai?) yang kedua sebab terjumpa buku lama yang cerita pasal kecantikan ni semua laa. tu yang nak share sikit tips berguna kat korang.

nilah bukunya. best. macam-macam tips ada.
bukunya pun colourfull sangat uols. Ai beli kat MPH.
So how to treat your lip? nak bibir jadi pinky-pinky and tak nampak pale je?
- Berus bibir dengan berus gigi selepas mandi
Kaedah ni bertujuan untuk buang sel-sel kulit mati yang ada dekat bibir. biasanya Ai berus lepas berus gigi. pastu nanti keluar la dead cells tu. then rasa bibir kita lebih soft pastu pinkish sikit. awhhh~
- Pakai lip balm setiap kali sebelum tidur
Pakai lip balm sebelum tidur supaya bibir kita sentiasa moist. waktu tidur kan waktu rehat, so, lip balm tadi bertindak sebagai ejen menyihatkan dan memelihara bibir masa tidur (I think so kekeke) Ai selalu jugak pakai lip balm sebelum tidur (tapi takdelah hari-hari. sebab kadang-kadang ada hari pemalas --) tapi semenjak ada Chu Lip lip balm nihh agak-rajin-jugakla HAHAH!
- Sapu lemon dan madu pada bibir setiap hari
Ni orang cakap laa. kalau nak cerahkan bibir yang hitam, sapukan lemon bercampur madu pada bibir. lepas satu jam, kesat bibir dengan kain basah yang lembut. Ai tak pernah buat. tapi korang boleh je kalau nak cuba :D
- Minum air yang banyak
Part ni memang dah lali dah. apa-apa tips kecantikan confirm tekankan bab ni. minum air banyak sekurang-kurangnya 8 liter sehari. ehh? salahh. 8 gelas sehari wkwkw anjat beng!
- Jangan jilat bibir
Ok ni kebiasaan sangat. bila bibir kering, automatik jilat bibir konon nak basahkan bibir. tapi sebenarnya akan buat bibir bertambah kering. hati-hati ye. kalau bibir kering, cepat-cepat sapu lip balm.
Harap entri ni dapat membantu korang. My lips my confident. awhhh~
Comments
saya pn amalkan berus bibir tu :P