Skip to main content

Mascara Jenama Essence : Murah dan Berkualiti

Hai.

Rasanya lama sangat dah ni tak menaip. Ya, sangat lama. Kalini aku mula menaip semula untuk review mascara yang best, berbaloi, terbaik, daebak semua lah. Seperti yang sedia maklum, aku ni bulu mata tu taklah selebat mana. Nak pakai bulu mata palsu pun tak dan ler deknon sebab berat. Rasa mata ni 24 jam kuyu layu je.

Sebelum ni ada je jumpa mascara best dari Norafurla, Mascara Duoya yang viral tu. Aku beli tapi bagi aku agak mahal la. Tapi hasil dia memang da bomb. Tapi lama dah tak beli sebab kena beli online. Akibat pengaruh rakan sebaya, Twitter semua cakap mascara jenama Essence ni best, maka aku tak teragak-agak ok nak try.

Aku pun try la mascara essence yang baru ni (Instant Volume Boost), packaging dia warna purple. Sorry aku tak dapat nak insert gambar sebab link upload image macam tak berfungsi - mohon Google sendiri. So, aku try pakai tester WOW WOW WOW. Memang best gila. Bulu mata yang selama ni segan terus lentik dengan gahnya. Gitew. Memang betul la cakap orang, mascara tu memang terbaik la. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan mascara brand lain. Korang boleh dapatkan mascara ni dekat Watsons ataupun Guardian dengan harga RM 17.90 je ok!

Sebelum ni aku ada pakai mascara Maybelline. Tapi tak best. Bulu mata tak extend, lepas tu agak susah nak tanggalkan guna makeup remover yang water based (blurgh). Agak pedih jugak mata aku nak tenyeh sampai hilang. TT

Untuk korang yang tercari-cari mascara apa yang best tapi murah, korang try la brand essence. Memang tak mengecewakan. Jangan lupa beli eh?

p/s : Aku akan try upload gambar mascara tu dengan gambar before and after pakai mascara tu kemudian.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka