Assalamualaikum.
Hai.
Entri yang lepas aku ada review tentang pencuci muka organik yang aku guna untuk merawat jerawat kan? Entri kali ni aku nak review produk dari rangkaian yang sama, iaitu keluaran Qayra Signature HQ. Turmeric cream ni merupakan krim malam yang digunakan untuk membaiki sel kulit, merawat jerawat dan juga memudarkan parut jerawat.
Produk-produk Qayra ni memang terkenal dengan bahan-bahan organik, dimana founder Qayra ni memang fight untuk skincare jenis organik ni yang selamat, halal dan suci. Krim ni sama macam Turmeric soap sebab dua-dua ni berasaskan kunyit.
Kenapa bahan utama kunyit?

- Kunyit mampu merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat.
Kunyit ni sangat bagus untuk merawat jerawat sebab dia ada anti bakteria dan ada antiseptic yang boleh melawan kuman jahat yang ada dekat jerawat terutama sekali untuk muka yang breakout teruk tu.
- Bagus untuk kulit yang berminyak dan kering.
Kulit yang berminyak menggalakkan pertumbuhan jerawat secara efektif. Jadi kunyit ni boleh membuatkan kulit kita kurang berminyak dan membuatkan kulit jenis kering menjadi lebih lembap dan glowing dengan cara gunakan kunyit sebagai masker.
- Digunakan sebagai krim malam.
Biasanya kalau krim malam ni untuk 'repair' kulit kan? Jadi sebab tu Qayra keluarkan Turmeric Cream ni untuk dijadikan krim malam untuk merawat masalah di muka. Tak kisahlah kulit kusam, berjerawat, berjeragat ataupun warna kulit tak sekata.
Macam ni la rupa krimnya. Saiz yang besar dan sangat puas hati.
Memang setiap hari sebelum tidur aku akan cuci muka bersih-bersih dan sapukan krim ni. Hasilnya memang best gilalaaa! Aku dah guna krim ni sejak tahun lepas lagi. Masa tu saiz dia kecik je tak besar macam ni. Aku guna untuk hilangkan jerawat-jerawat pasir. Hasilnyaa jerawat pasir hilang. Suka sangat! Kiranya aku tak pernah putus stok krim ni. Memang sentiasa ada. :)
Tekstur krim.
Suka sangat tekstur dia sebab sangat halus dan smooth. Bau pun best je bau lavender, tak ada bau kunyit ataupun apa-apa bau yang tak menyenangkan. Lepastu, krim ni jenis mudah serap dalam kulit. Bila bangun pagi tu rasa kulit kita smooth je tau.
Ada orang pernah tanya, kalau sapu krim ni kat muka, muka jadi kuning ke? Jawapannya tidak sama sekali. Bila sapu dia terus serap dalam kulit dan kulit kita kekal warna macam kulit asal laa. Takde pun bertukar jadi warna Minion, jangan risau la.
Mana nak dapatkan krim ni?
Facebook : Qayra Signature HQ
Instagram : Qayra Signature HQ
Whatsapp : 013-7117140
Comments
https://aztieyshana.blogspot.my/