Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras basmathi
- 2 sudu besar minyak sapi
- Sedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)
- 3 batang serai (dititik)
- 2 helai daun pandan diikat
- Setengah kuib pati ayam
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 4 ulas bawang (ditumbuk)
- 3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)
- Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
- Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
- Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai
- Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga beras dan daun pandan sebersihnya dan toskan.
- Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 beradik. Selepas itu masukkan pula bebawang, halia, dan serai dan kacau sehingga naik bau dan sedikit garing.
Seperti ini.
- Bila dah garing, masukkan pula kuib pati ayam dan air.
- Tutup periuk dan tunggu sehingga sedikit mendidih kemudian baru masukkan beras bersama daun pandan tadi.
- Tunggu sampai masak dan siap dihidang bersama lauk pauk!
Selamat mencuba!
Comments