Assalamualaikum.
Hai.
Hai.
Minyak argan/argan oil atau nama lebih vogue lagi 'liquid gold'. Minyak argan ni merupakan produk organik yang diekstrak daripada kernels Pokok Argan yang biasanya kita boleh dapat dekat Morocco. Eh, ape tu kernels? Nanti aku tunjukkan apa tu. Paling penting minyak argan ni sangat-sangat popular terutama sekali dalam bidang kecantikan dan kosmetik.
Ok, gambar dekat atas ni anatomi buah argan. Nampak kan mana satu kernels. Dalam minyak ni memang penuh dengan semua nutrient, vitamin semua lengkap lah. Minyak ni sangat-sangat bagus untuk kulit dan juga rambut.
Apa kebaikan dan kegunaan minyak argan ni?
- Melembapkan kulit dan bibir
Biasanya orang guna minyak argan ni untuk lembapkan kulit. Sebab nutrient yang ada dalam minyak argan ni dapat membantu kulit jadi lebih lembap dan glowing. Tapi untuk orang yang jenis kulit berminyak, tak digalakkan untuk gunakan argan oil sebagai pelembap.
Bukan setakat untuk kulit tapi untuk bibir pun boleh. Kalau rasa bibir kering dan mudah mengelupas, boleh cuba sapukan sedikit minyak argan di bibir. Hasilnya, bibir jadi lebih lembap, lembut dan pinkish tau!
Eh lupa nak bagitau, kalau kulit sunburn pun korang boleh sapu je minyak argan ni. Tak ada masalah pun. Warna kulit pun nampak lebih sekata dan cerah je nanti.
- Merapikan rambut dan mengawal rambut gugur
Minyak argan boleh juga dijadikan perapi rambut. Kalau rambut jenis kasar, kusut semua tu, boleh cuba sapukan minyak argan dekat kepala. Tak digalakaan untuk guna setiap hari, mungkin 3 kali seminggu pun ok dah. Lepastu rambut mesti nampak lebih bersinar dan lembut persis pelakon Bollywood.
Lagi satu masalah besar ialah rambut gugur. Stress gila kan bila bangun pagi ataupun bila cuci rambut, kita tengok banyak rambut gugur. Jangan buntu dulu, cuba amalkan sapu minyak argan. Bukan setakat rambut dah tak gugur, malah rambut tumbuh dengan lebih lebat.
- Anti penuaan
Selain daripada boleh melembapkan kulit, minyak argan boleh melambatkan proses penuaan okay. Sebab ada kolagen dalam minyak ni. Kiranya kulit lambat la nak kedut. So, takde dah masalah tua dia usia muda kan.
- Makeup base
Good news for makeup lovers! Minyak argan sangat-sangat bagus untuk dijadikan makeup base. Sebab apa tau, dia boleh buat make up kita tahan lama dan glowing. Tapi macam biasalah, orang yang jenis kulit berminyak tak digalakkan untuk guna sebab takut make up jadi cakey. Jadi orang yang kulit berminyak pakai water based punya serum je ok.
Muka potato bertatahkan satu bekas jerawat di dahi. Dem.
Lepas apply make up menggunakan base argan oil.
Eh bapak tebal kening, tak sempat nak touch up elok-elok
sebab terkejar-kejar Umi dah panggil suruh tolong masak (haa ngkau, explanation detail)
- Serum bulu mata
Haa part ni best gila nak share tau! Ini juga punca utama aku beli dan amalkan guna argan oil ni. Sebab aku nak panjangkan bulu mata. Sebelum ni memang aku ada pakai bulu mata palsu untuk effect bulu mata panjang. Tapi lepas dah ada kesedaran terus aku tak pakai lagi bulu mata palsu. NO, NEVER!
Jadi option lain yang boleh aku cuba, sapu minyak argan pada bulu mata setiap malam sebelum tidur. Selain memanjangkan, dia boleh melebatkan juga tau. Tapi syarat dia kena istiqamah. Memang jenuh tau nak tunggu dia panjang sampai rasa nak give up. Memang lama nak tunggu dia panjang. Sebab kita guna cara natural kan, tak bolehlah nak expect dia tumbuh dalam jangka masa terdekat.
All you need is an argan oil and recycle mascara brush.
Cara nak pakai : Benda penting sekali kena pastikan berus maskara tu dah betul-betul bersih (hygiene penting weh). Lepas tu letak few drops minyak argan tu pada berus (few drops tu dalam kuantiti yang sangat sikit okay) Dah buh minyak boleh la korang apply dekat bulu mata macam korang pakai maskara tu. Haa pakai sebelum tidur tau, setiap hari tanpa jemu.
- Menghilangkan stretch mark
Ni biasa orang mengandung yang ada stretch mark teruk. Hik, memang tak cantiklah pemandangan kalau badan ada stretch mark. Jadi kalau ada stretch mark tu, rajin-rajin la sapu minyak argan ni, barulah kulit lembut bersih macam bayi (pehh bayi).
Mana nak beli minyak argan ni?
Sekarang ni ramai je orang jual minyak argan ni. Cuma original ataupun tak je (yang tak campur la maksudnya, manusia sekarang macam-macam kelaku) Aku beli dekat kawan Umi, dia memang duduk Morocco dan buat bisnes jual minyak argan ni. - kira promote sekali la eh. Kalau taktau nak beli dekat mana, PM je Facebook Rosman Kassim , beli dengan dia.
Berapa harga satu botol?
Aku beli 30ml - RM110. Kalau nak harga murah sikit beli la yang 10ml. Harga minyak argan memang mahal. Kalau tak mahal takkan nama dia 'liquid gold'.
Eh, tunggu apa lagi, cepatlah beli sebotol minyak argan untuk kegunaan sendiri.
XOXO!
Comments