Skip to main content

Pre Ramadhan Penang Trip : Part 3

Assalamualaikum.

Hai.

Entri ni merupakan sambungan untuk entri trip yang sebelumnya. Kalau belum baca yang part 1  dan part 2  , boleh la baca.

Penang Trip Day 3/ 26 Mei 2017 (Jumaat)

Haritu merupakan hari terakhir aku dan team IRM di Penang. Esoknya kan dah puasa, so memang bercadang nak sampai Segamat sebelum Maghrib sebab nak pergi solat terawih. Sedih sebenarnya nak balik sebab rasa trip ni best gilaaa.

Malam tu, dah plan dah nak bangun awal pukul 6 pagi. Sebab sebelum balik, kitaorang nak singgah Pulau Aman, nak lawat sekolah anak angkat Islamic Relief Malaysia (IRM). Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang. Semua bantai bangun pukul 6.45 pagi. Memang macam spring la bangun, berebut-rebut nak kejar Subuh. Lena sangat tidur hotel sedap.

Masa dah lewat sejam dari apa yang dirancang. Tak kisah la, kitaorang pun terus turun sarapan (hotel sediakan sarapan). Sarapan memang sedap pagi tu, kalau boleh semua jenis makanan nak cuba. Tapi kapasiti perut tak mengizinkan.


Pembuka selera je dah banyak macam ni.

Tak cukup dengan tu, kita tambah bubur jagung. Sedap wehhh yang ni!

Selepas beberapa minit. Yogurt pula.

Bila masing-masing dah kenyang, kitaorang pun check out dan terus ke Pulau Aman. Pulau Aman tu merupakan sebuah pulau kecil. Dekat Pulau tu pula ada sebuah sekolah kebangsaan (Sekolah Kebangsaan Pulau Aman). Jumlah pelajar pun tak ramai, dalam 20+ macam tu. Yang menariknya, cikgu-cikgu yang nak pergi sekolah kena naik bot setiap hari. Dah macam sekolah dekat Sabah Sarawak.  Tapi naik bot tu tak lama pun kurang dari 5 minit je. Kementerian pelajaran memang ada sediakan sebuah bot khas untuk bawa kakitangan SK Pulau Aman. 


Sedikit buah tangan untuk Guru Besar SK Pulau Aman, Cikgu Nokman.


Eh, tapi percaya ke kitaorang terus balik? Tidak ya tidak. 

"Mee udang kat sini sedap. Cubalah rasa, kat seberang tu ja restoran." Maka kami pun termakan pujukan abang bot.

Abang bot sempat recommend mee udang sebelum balik. Maka, makin drag la masa kami. Bercadang tengah hari dah nak terus bertolak balik. Sebab nak singgah Bangi lagi, hantar Cik Ani lepastu baru bertolak balik Segamat. Seperti yang dijangka, kita hanya mampu merancang. Dekat Zohor juga baru bertolak dari Pulau Aman.

Tengah dalam perjalanan tu, minyak kereta boleh pula tinggal ciput. Paling sadis bila kitaorang langsung tak jumpa stesen minyak dekat kawasan tu. Maka, lagi drag masa untuk cari stesen minyak berbaki minyak yang dah tinggal beberapa ml (agaknya). Sampai Kak Nisa terpaksa tutup aircond, buka tingkap dan memandu dalam kadar yang paling perlahan. Sobsss.

Alhamdulillah, dengan bantuan waze, akhirnya jumpa juga stesen minyak. Nasib baik tak kena tolak kereta tepi jalan. Cuaca dah la panas terik. Dugaan wehh dugaan. Akhirnya kitaorang bertolak balik.

Ok, aku tak cerita lagi kan malam tu aku menginap dekat mana? Aku menginap di Ixora Hotel. Sangat-sangat selesa. Servis pun bagus.


Arghh jamban bidet.


Ni la surat yang sangat sweet untuk guest yang booking hotel.

Katil pun sangat besar dan luas.


Ixora Hotel boleh diklasifikasikan macam high class hotel. Tempat sangat strategik, betul-betul sebelah shopping mall. Rate harga biasa dalam RM400+ (satu malam). Hotel ni sangat selesa (except for the toilet because they used bidet and no pipe at all  aku ni tak reti la basuh guna pancit bidet, air dah la sikit. Tu je la yang tak bestnya.

Overall ok sangat. Ada gymnasium, ada swimming pool (ni biasa ah) wifi pun ok, laju macam dekat rumah punya. Kau nak bantai tengok online movie pun takde hal. Part paling special, dia ada sertakan surat khas untuk every guest yang booking bilik siap nama guest sekali (ni sangatlah rare) Thank you Ixora Hotel for your great hospitality.

Terima kasih, sudi baca sampai bawah ni. Lagi banyak-banyak terima kasih kalau awak setia baca dari part 1-3 ni. Jadi dengan ini, berakhir la trip Penang, :)

XOXO.


Comments

Anonymous said…
Seronoknya kt Penang. I've been dreaming nak pergi sana tapi takda rezeki lagi... Ixora hotel tu nice, but is there any other hotels dekat sana?

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...