Perasan tak yang orang Korea ni sangat-sangat suka makan Kimchi. Kalau makan apa pun memang tak sah kalau tak ada Kimchi. Kiranya Kimchi ni macam makanan ruji mereka. Nasi goreng Kimchi, lempeng Kimchi, Kimchi stew dan macam-macam lagi makanan yang berasaskan Kimchi. Tapi tahu tak apa sebenarnya korang tau tak aapa kebaikan Kimchi ni?
1. Kimchi adalah anti-gemuk
Kenapa Kimchi dikatakan anti-gemuk? Sebab Kimchi ni diperkaya dengan vitamin A dan vitamin C. Kimchi dihasilkan melalui penapaian sayur-sayuran seperti kobis, lobak putih dan daun bawang. Terdapat banyak bakteria baik yang terlibat dalam proses penapaian Kimchi. Oleh itu, Kimchi dianggap sebagai sayuran probiotik yang bermanfaat kepada kesihatan sama seperti yogurt.
2. Kimchi baik untuk kulit dan rambut
Kimchi bukan sahaja baik untuk kecantikan dalaman, malah juga luaran. Kimchi dapat membuatkan penampilan luaran kita nampak lebih menarik. Bahan yang terdapat di dalam Kimchi seperti bawang putih membuatkan rambut dan kulit kelihatan sihat. Dengan makan Kimchi, dapat membantu mengurangkan kedutan di kulit wajah dalam jangka masa yang lama.
3. Merendahkan kadar kolestrol
Jika anda mengalami masalah penyakit darah tinggi ataupun tinggi kadar kolestrol di dalam darah, Kimchi merupakan makanan terbaik bagi merawat masalah-masalah tersebut. Seperti yang kita tahu, orang Korea amat mementingkan kesihatan. Walaupun sudah berumur tetapi mereka sentiasa cergas dan aktif. Bahan yang terdapat di dalam Kimcghi dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan serta dapat mengelakkan risiko terkena strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.
4. Meningkatkan sistem imun badan
Kimchi boleh menyebabkan sel imun menjadi lebih aktif dan meningkatkan antibodi badan. Kimchi juga dapat mengelakkan ulser peptik daripada berlaku.
Comments