Skip to main content

Cara Menghilangkan Sunburn Dengan Produk Organik

Assalamualaikum.

Hai, harini nak share sikit common tips among students. Tentang sunburn! Ataupun dalam bahasa melayu kita kata kulit terbakar (eh yeke? Pandai-pandai je kan) Semenjak masuk U ni muka aku memang teruk gila sunburn. First sekali sebab kawad, biasalah tiap-tiap minggu ada aktiviti koku tapi waktu petanglah. Walaupun orang kata panas petang tak seteruk panas tengah hari, but still kulit aku jadi sunburn sikit. 

Kali kedua sunburn masa aktiviti induction Masscom. Masa tu dari pukul 8 pagi - 2 petang berjemur kat padang kawad tu haa. Memang masaklah muka. Cuaca haritu pulak memang amat sangat panas terik. So, balik bilik je confirm-confirm sunburn teruk (sampai saat sekarang ni, waktu tengah menaip ni masih sunburn) oh, bukan setakat sunburn, malah kulit aku mengelupas dengan dahsyatnya!. Tak cukup dengan tu, aku kena sunburn lagi buat kali ketiga masa aku pergi expo Alumni Homecoming. Again, masih dekat padang kawad. Tapi sunburn kali ni masih tak seteruk masa sunburn induction. 

Ish, tapi sape je yang tahan dengan muka sunburn? Dah serupa kuda belang tau. So, I came out with a few tips yang mana aku cuma guna bahan organik untuk rawat sunburn ni. Senang je tau nak dapat semua benda ni.


  • Cuci muka dengan air bersih
Paling penting sekali lepas dah sejuk muka tu, aku terus basahkan muka dengan air berkali-kali. Yelah nak kasi muka lebih sejuk dan nak rasa sejuk tu meresap dalam kulit. Biasalah, benda panas kalau lawan dengan air jadi sejuklah dia. Ni benda paling simple sekali nak buat kan? Kalau rajin lagi boleh basahkan muka dengan ais jugak. Tu lagi baik.
  • Skrub muka dengan skrub kopi
Skrub ni fungsi dia banyak sangat tau. Dia boleh buang sel kulit mati, boleh buat kulit lagi licin dan sebagainya. Skrub yang aku guna ni dia special sikit sebab bahan asas dia daripada kopi. Yang paling best tentang skrub kopi ni, dia boleh memutihkan kulit kita tau! Tapi kena rajin sapu la. Kalau setakat sapu harini tak mungkin esok dah hilang. Lagipun, skrub ni 100% organik.

Inilah rupa skrub kopi organik tu. Nak tau lebih
tentang skrub kopi ni boleh klik link kat bawah.

Link organic Coffee Scrub :coffee-scrub-by-qayra.html 

  • Cuci muka dengan cleanser khas
Pasal cleanser ni pun seronok jugak nak cerita. Hari-hari aku pakai sebab dia bukan cleanser biasa, tapi cleanser LUAR BIASA hebat! Cleanser ni 100% organik lepastu dia bagi effect sejuk kat muka. So bila pakai tu rasa segar dan sejuk je muka. Serius tak tipu. Yang buat muka kita rasa sejuk tu sebab kandungan cleanser ni ada mint. Bukan tu je, ada lagi bahan lain macam habbatus sauda, kopi dan macam-macam lagi bahan baik ok! 

Selain daripada boleh buat cleanser, dia pun boleh buat masker dan juga boleh dijadikan toner. Jimat kan? Satu botol tapi dah include semua. Agen pemutih ada (kopi), agen penyegar dan ubat sunburn (mint), agen mencantikkan kulit (habbatus sauda). Haa apa lagi yang tak cukup? Dijamin halal sebab diperbuat daripada bahan organik dan juga produk muslim. #supportprodukmuslim 

Deep cleanser yang best! Rugi tak cuba

  • Sapu soothing gel (aloe vera gel)
Cuci muka dah, skrub muka pun dah. sekarang last stage. Sapu je aloe vera gel kat seluruh muka korang. Sebab macam yang kita tau, banyak sangat dah khasiat aloe vera ni. Bukan setakat boleh rawat sunburn tau, boleh jugak hilangkan parut jerawat, boleh keringkan luka. Ish banyak sangatlah! kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik link kat bawah gambar.

Ni jenama yang aku pakai. Memang sangat 
awesome lagi terbaik!

Link untuk Aloe vera soothing gel : herbalife-soothing-gel.html


Ok ok. Buat sesiapa yang tertanya-tanya mana nak beli semua produk ni (kecuali Herbalife Aloe gel) boleh contact orang dekat bawah ni ya?

Whatsapp : 019-7870062
Facebook : Qayra Signature HQ
Instagram :@qayra_organik_skinsolution

Comments

Unknown said…
Nie semua nk beli dkt mana? Ada ke jual dkt guardian or watsons? Or kedai farmasi? Ke ada agen yg jual produk nie?

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka