Assalamualaikum.
Alamak duit dalam dompet dah habis lah! Dalam akaun bank pun dah tinggal beberapa ringgit je. Macam mana nak survive ni?
Haa biasa kan dengan situasi macam ni? Semua orang pun pernah alami. Baik orang yang dah bekerja mahupun pelajar mahasiswa macam aku. Zaman sekarang ni memang masalah kewangan la yang paling ketara. Aku boleh nampak sebab benda ni semua jadi dekat sekeliling aku je. Jadi, hari ini aku nak kongsi beberapa tips untuk berjimat, khas untuk pelajar universiti macam aku ni.
- Beli apa yang perlu, jangan membazir
Aku faham, kita sebagai student makan minum semua tanggung sendiri. Lepastu memang tak boleh masak sendiri sebab duduk kolej kediaman (lainlah kalau duduk rumah sewa). Mengharapkan makanan kat kafe tu je la untuk makan.
Jadi, kalau waktu beli makanan tu janganlah sampai melampau-lampau. Itu nak beli ini nak beli. Beli sekadar untuk elak lapar. Lagipun makan untuk korang je kan. Beli apa yang korang nak je. Lagi satu kalau boleh, tak payah la beli air. Beli nasi dengan lauk, lepastu minum je dengan air masak yang bawak sendiri dari kolej (kan boleh bawak heater, pandai-pandai la simpan stok air masak). Selain jimat, air masak tu menyihatkan. Sekali sekala bolehla beli air kat kafe. Kot teragak nak minum sirap bandung ke, Extrajoss ke.. Kan?
Kalau nak lagi jimat, boleh cuba beli makanan sekali je kat kafe. Contohnya, pagi tu makanlah roti ke biskut ke dengan air milo, nescafe, vico ataupun apa-apa jenis air yang korang suka. Tengah hari pula barulah makan nasi dengan lauk dekat kafe. Kalau tengah hari ada kelas ataupun malas nak pergi kafe, korang boleh je makan benda lain (biskut, roti, etc). Malam barulah beli makanan kat kafe. Tak kisahlah nak beli bihun ke, mee goreng ke nasi goreng. Kan dah jimat!
Kecur tak air liur? *ketawa jahat*
- Jangan selalu keluar pergi outing
Ini masalah besar. Dekat mana-mana kolej ataupun universiti ramai manusia yang macam ni. Hujung minggu je pergi outing. Tak salah nak pergi outing tu, tapi janganlah kerap sangat. Kalau outing pun belilah barang-barang yang korang rasa betul-betul penting.
Kalau setakat setiap minggu outing nak pergi makan KFC, tengok wayang, karaoke, dating ataupun saja-saja berjalan takde hala tuju, memang sia-sia je perbuatan korang. Duit pun habis, tenaga pun habis.
Pengalaman aku sendiri, aku tengok semua kawan-kawan selalu pergi outing. Kadang-kadang sampai dua hingga tiga kali pergi outing. Bila tanya nak buat apa keluar? Takde apa, saja jalan-jalan tengok wayang, window shopping. Kan membazir tu? Ingat nak keluar tu percuma ke? Kalau naik bas, tambang bas lagi nak kena bayar. Kalau sewa kereta kena bayar duit sewa dan kalau guna kereta sendiri, mestilah kena keluar duit untuk isi minyak.
- Buat bisnes atau buat kerja part time
Katakanlah korang ni memang jenis yang suka sangat outing, suka sangat shopping dan suka sangat beli makanan (tak kisah duit habis dekat makanan), aku cadangkan dekat korang buat kerja part time ataupun buat bisnes. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah cover balik duit korang yang dah habis tu. Takdelah sendu je setiap kali bukak dompet ataupun cek akaun bank. Huhuhu.
Tak salah pun nak cari duit sampingan. Asalkan jangan kerja sampai pelajaran tu terabai. Mana tau, lepas graduate nanti beranak duit dalam akaun sebab buat bisnes. Dapat jugak menampung sementara dapat kerja.
- Menabung amalan mulia
Apa kata kalau mulai harini, korang mula menabung. Baki duit yang korang buat beli makanan ataupun apa-apa barang, korang masuklah dalam tabung. Kalau baki seposen, masukkan jelah seposen tu dalam tabung. Kan orang dulu-dulu kata, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Manalah tau, dengan amalan menabung secara istiqamah tu, hujung semester ataupun dekat nak graduate nanti korang dapat beli sebiji kereta ke. No one knows. Heehe paling tak pun, sebiji iPhone. Eh, taknak ke?
Harapnya, semua tips yang tak seberapa tu berguna untuk korang. Sekarang, ekonomi pun tak berapa ok, sebagai student pula banyak benda kita perlukan duit. Duit nota, buku teks, yuran pengajian dan macam-macam lagi kan? Betul, korang ada dapat pinjaman PTPTN ataupun elaun. Tapi kalau korang tak berjimat, korang rasa cukup ke? Tak cukup kan.
Jadi, dari sekarang korang kena fikir sebelum buat apa-apa tindakan. Jangan mudah terpengaruh dengan orang lain. Tengok orang lain shopping korang nak shopping jugak. Mungkin dia shopping sebab dia memang ada duit. Tapi kita ni yang shopping macam dia, betul-betul banyak duit ke? Sebelum buat apa-apa, ingatlah mak ayah kita. Ingat balik tujuan sebenar kita masuk universiti.
Eh, aku bukan nak marah korang, cuma nak kongsi sedikit cerita dan tips. Sebab aku sayang korang. #muahciked
credit photo : Google images
Comments