Assalamualaikum.
It's already 4 weeks since I entered UITM Lendu. Ya, dah 4 minggu. 4 minggu belajar, 4 minggu tak balik rumah, 4 minggu berpuasa kat sana. So far alhamdulillah, everything went well than expected. Sungguh kali pertama dapat tawaran ni aku agak hesitated nak pergi sebab aku expect dapat benda lain. Tapi mungkin memang rezeki aku kat sini. Lama sangat tak tulis kan? So harini aku akan compile kan semua cerita selama 4 minggu dekat Lendu dalam satu entri.
Week 1
Kelas pertama bermula, yang paling tough sebab dalam bulan Ramadhan. Nasib baik fakulti aku betul-betul depan kolej. Takdelah cuak kalau terbangun lambat pun (aku tak pernah lambat. Semoga sampai bila-bila pun tak pernah lambat). First week, masuk je kelas macam biasalah, ice breaking. Since kitaorang masih tak kenal satu sama lain. Sejujurnya, aku memang ambik masa yang lama untuk rapat dengan semua orang. Taktau la kenapa. Since aku yang paling tua, aku rasa sangat insecure.
Orang pertama yang aku kenal masa hari pertama kelas mula ialah, Lidiya. Dia orang pertama yang approach aku dengan datang rumah aku sebab nak pergi kelas sama-sama. Lagipun rumah dia dekat je dengan rumah aku (aku rumah no 9, dia rumah no 12) Since then, aku dengan dia asyik berkepit je sampailah harini.
Week 2
Minggu kedua ni aku struggle cari buku Masscomm. Sebab lecturer cakap kalau boleh nak secepat mungkin. Mula-mula aku fikir, takpelah boleh beli buku baru mesti ada jual. Tapi malangnya semua buku yang jual kat kedai buku dah SOLD OUT! Masa tu la aku dah gelabah. Cari pula kat Twitter Komed (official akaun untuk fakulti Masscomm) sebab kat situ ramai senior jual buku. Pun takde jugak. Banyak dah SOLD OUT. Laku macam pisang goreng panas cicah sambal kicap (eh lelebih pulak).
Ok la positive thinking, ada kot jual dekat kedai buku besar macam MPH, POPULAR semua tu. But unfortunately, takde jugak. Tak tipu time tu aku rasa down gila. Setiap masa aku refresh Komed punya Twitter. Kotlah ada senior yang promote buku. Punyalah aku berdoa semoga Allah hantar sorang senior yang nak jual buku. And yes, alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Masa buka twitter Komed ada sorang senior ni nak let go buku. Tak fikir apa aku terus whatsapp no phone dia. Senior tu siap hantar sampai kolej lagi. Alhamdulillah masalah buku selesai.
Settle masalah buku, masalah lain pulak timbul. Pembahagian ahli kumpulan. Aku ni memang susah sangat nak get along dengan orang so memang sangat susah untuk aku communicate dengan kawan sekelas sebab masih awkward. Masa tu lecturer pulak dah mula sebut pasal group assignment dan dia nak lima orang untuk setiap kumpulan. Masalah aku masa tu, aku cuma ada tiga orang ahli kumpulan je. Bila tengok kat group kelas dorang semua dah cukup ahli. Hmm, bila tanya macam takde siapa yang sudi jadi ahli kumpulan aku. Lagi sekali aku down.
Sampailah bila aku perasan yang ada dua nama yang takde dalam senarai tu. Chong dengan Zaki. So aku pun tanyalah Chong kot dia nak join group aku (manalah tau dia dah ada kumpulan sendiri tapi tak include nama lagi). Tapi Chong cakap dia takde kumpulan dan setuju je masuk group aku. Dan disebabkan Zaki pun takde kumpulan, so dia automatik masuk group aku. Yeay, lagi sekali Allah dengar doa aku and I've got two best speakers in my group which is Chong and Zaki since they really good with presentation and ideas.
Week 3
Minggu kitaorang yang paling busy sekali sebab kitaorang sangat sibuk dengan projek Komed. Sebab hujung minggu ketiga tu sepatutnya kitaorang ada induction fakulti. So setiap kelas kena buat arca bertemakan Masscomm atau Komed. Time tu memang banyak percanggahan idea kitaorang. Ish, macam-macam likulah! Tapi alhamdulillah, we made it. Walaupun sebenarnya arca kitaorang takdelah secantik arca kelas lain.
Kitaorang present arca tu masa minggu last sebelum balik raya. Sebab perancangan awalnya kan nak buat induction. Tapi kena cancel last minute atas sebab tertentu. So induction kitaorang nanti start lepas naik cuti raya. Yeayy at least dapat merasa raya dulu.
Disebabkan induction cancel, ramai yang bercadang nak balik rumah. Sedangkan minggu keempat nanti balik jugak! Kesian aku weekend tu kena tinggal sorang-sorang. Housemate yang ada 8 orang tinggal aku sorang je. Aku pun tak faham kenapa semua gedik sangat nak balik. Disebabkan aku tinggal sorang-sorang, malam tu Lidiya teman aku tidur. Haihh nasib baiklah ada Lidiya and malam tu kitaorang berdua gigih siapkan arca Masscomm.
Week 4
Minggu yang paling ditunggu-tunggu semua orang sebab dah tak sabar nak balik raya. Akulah paling excited sebab dah empat minggu tau tak balik rumah (sobb sobb). Aku dapat balik sehari lebih awal daripada housemate aku yang lain sebab hari Jumaat tu aku dah takde kelas. So lepas kelas CTU (agama) aku terus pecut balik. Malam tu ayah bawak pegi Seremban. Kitaorang iftar satay tulang. Sedap gila. Rasa heaven betul bila dapat makan kat luar. Paling best, mestilah sebab dapat makan dengan family!

Comments