Skip to main content

Dari Mana Emas Terhasil?

Assalamualaikum.

          Sebenarnya, pernah tak korang terfiki macam mana emas ni boleh terhasil? Dulu pernahlah juga terfikir, tapi lepastu tak ambil kisah sangat dah. Sebab tak terfikir pun emas ni benda yang sangat -sangat berharga dan bernilai dalam dunia.

Aku rasa emas ni 'permainan' orang-orang tua je. Kalau dulu bila Umi cakap nak beli emas, aku asyik balas, "Elehh buat apa beli emas. Membazir je." Takpe, tu memang biasa. Mentaliti manusia tentang emas. Orang kata apa? Belum celik emas. Tapi bila ditanya, aset apa yang paling bernilai? Semua tau, EMAS.

          Tapi, semenjak aku join bisnes Powergold, mentaliti aku terus berubah. Kalau dulu aku perlekehkan emas ni, sekarang aku pula duk terkejar-kejar nak kumpul emas. Sebab apa? Sebab setiap hari, aku belajar, diberi banyak ilmu tentang emas dan kepentingan menyimpan emas.

Cuba cakap dengan aku, umur semuda kita ni, aset yang macam mana kita mampu beli? Rumah? Tanah? Tak mampu kan? Jadi, dari sekaranglah kita kena mula simpan emas, walaupun sekecil 0.5g! Sebab harga emas ni makin lama makin naik. Sampai satu tahap bila mana duit kertas dah tak laku, maka masa tu emas jadi mata wang. Jadi, rugi tak kalau tak simpan emas dari sekarang?

          Aku takde la nak membebel macam Mak Nenek ke apa. Aku cuma bagi nasihat dan peringatan. Orang taknak beli emas sebab mahal katanya. Ya, betul. Emas tak pernah murah. Setiap tahun harga dia makin meningkat. Betullah kata orang-orang tua dulu, simpanlah emas untuk masa akan datang. Kalau dari dulu dah simpan emas, mesti aku dah jadi jutawan kan? Hahahahah. Takpe, boleh bermula dari bawah (yakni SEKARANG).



Tapi, sebelum berhenti bebel, akan nak kongsi satu fakta tentang dari mana datangnya emas ni. 



Emas keluar daripada dalam bumi melalui rekahan gelinciran pada kerak bumi (dalam bentuk batu dan mempunyai jalur emas), rekahan ini akan muncul ke permukaan bumi dan terhakis (luluhawa dan hakisan) membentuk longokan pada permukaan tanah dan longokan dalam tanah.

Air permukaan akan membawa butiran-butiran emas terus ke kawasan rendah dan terendah iaitu ke dalam sungai.

Panduan : Jika hendak mencari emas carilah di dalam sungai dahulu kerana sungai adalah tempat paling rendah dan tempat emas terkumpul. Jika dalam sungai tersebut ada emas, bermaksud emas itu datang daripada tebing dan kawasan tadahan di kiri dan kanan sungai, dan pencarian emas pada tanah dan batu boleh dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...