Hai.
Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media.
Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?
Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je.
Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia akan kumpulkan kita dalam satu kelas dan kena jawab essay dalam masa satu jam. Lepas jawab essay, barulah dia panggil untuk sesi interview. Masa aku interview, dia panggil dua orang. So, pastikan korang lebih menonjol ok?
Soalan-soalan dalam essay :
- What do you know about Mass Communication? Why did you apply this programme and how you can contribute in this programme.
Takat situ je soalan dia dan korang kena jawab soalan ni 200 patah perkatann sahaja. Kamus boleh bawa, takde masalah (tapi aku tak bawak sebab leceh nak belek-belek. Masa sejam je) Kenapa bahasa Inggeris? Sebenarnya, kos Masscom ni memang fully bahasa Inggeris. Nanti masa sesi interview pun korang kena speaking juga.
Jangan cuak. Takpe kalau tak pandai speaking, kau bantai je la nak. Macam aku haritu dapat lecturer baik. Dia tanya sikit je yang lain dia cakap dalam bahasa Melayu. Aku pula bantai campur Melayu-Inggeris.
Punyalah baik lecturer yang interview aku tu, dia siap bagi soalan bocor tau. Masa tu kitaorang tengah jawab essay, tiba-tiba dia masuk bilik tu ...
"Saya nak bagi soalan bocor ni. Saya nak dua benda je. Terangkan tentang diri awak, dalam lima ayat dan soalan kedua, kenapa saya patut pilih awak sebagai student Masscom. Ok? Itu sahaja, so prepare your answer well." kata lecturer tu.
Senang kan bila kita dah tahu apa yang dia nak? Jawapan semua aku dah rangka dalam kepala. Bila sampai je turn aku, terus dia tanya soalan yang dia bocorkan tadi dan aku jawab sama macam apa yang aku dah rangka.
Tapi, bukan sampai situ je dia tanya lagi...
"So what do you know about Masscom actually? Apa yang sebenarnya student-student Masscom ni buat?" kena soal lagi.
Aku pun cakaplah, apa yang aku rasa logik. Maaflah aku sebenarnya dah tak ingat sangat apa yang aku jawab. For sure aku ada cakap yang student Masscom ni sangat kreatif, kerja dia handle event besar, buat research dan sebagainya.
Taknak jadikan perbualan kitaorang ni macam singkat sangat, so aku tanyalah kreteria seorang pelajar Masscom. Dia kata, dia nak pelajar yang aktif, ada self-confident dan kreatif. Sebab Masscom ni melibatkan dunia luar tau. Dunia media. Faham-faham je lah kan dunia media ni macam mana.
Alhamdulillah semalam (16/5/16), tarikh keputusan temuduga tu keluar. Aku berjaya untuk interview kali ni. Insya Allah, 23/5/16 ni aku akan mendaftar di UITM Lendu, Alor Gajah. Wahh, tak sangka dapat jadi student Masscom!
Jadi, kepada adik-adik yang dapat interview Masscom ni harap entri ni dapat membantu, kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Tips yang penting tak payah buat research teruk-teruk sangat. Dia bagi soalan simple je. Jangan takut kalau salah jawab. Sebabnya, dia bukan nak dengar jawapan. Dia cuma nak tengok awak boleh bercakap ataupun tak dengar orang luar. Because Masscom is about communication. Goodluck!
Sebarang persoalan ataupun kemusykilan tentang interview Masscom boleh contact terus ok? Nak share pengalaman pun boleh deknon. Insya Allah, sedaya upaya akak akan cuba balas. Hope to hear from you.
Email : aeshahbadrul@gmail.com
ID Wechat : hamnoo
Comments