Skip to main content

Product Review : Kimchi Halal

Hai.

          Aku ni memang dah lama sangat teringin nak makan makanan Korea tau. Ni semua sebab pengaruh Running Man. Tapi aku tau payah nak dapat Korean food yang betul pure rasa Korea melainkan kau pergi sendiri negara dia.

Adalah satu hari ni, aku terscroll Fb Farah Lee . Scroll punya scroll ternampak pula satu post ni dia promote kawan dia punya bisnes. Kawan dia tu jual bahan masakan Korea macam Kimchi, Gochujang (chilli paste), Gochukaru (chilli flakes), Miyeok (dried seaweed) eh macam-macam lagilah. Nanti boleh tengok sendiri.

          Oleh kerana aku ni memang dah lama teringin sangat nak merasa semua benda di atas, aku pun terus PM admin. Tapi malangnya, stok tengah takde so dia suruh aku tunggu next batch kalau nak order. Tak kisahlah. Aku pun scroll lagi dan lagi. Sampailah...jeng jeng jeng

Aku terjumpa dia punya agen area JB. So aku pun stalk la pula agen dia tu. Haa kalau setakat JB senang sikit sebab aku tiap-tiap bulan pun turun JB (rumah kakak). Kebetulan pula, agen dia ni memang ada buat Korean food delivery. Aku pun apa lagi, whatsapp la sebab konon-konon nak order kebetulan masa tu aku nak pergi JB. Tapi malangnya masa tak pernah mengizinkan. Bila aku free dia pula tak boleh delivery. Bila dia boleh delivery, aku pula dah balik Segamat. Belum ada rezeki.

          Tapi rezeki Kimchi dengan Gochujang ada. Aku order melalui agen dia. Semestinya melalui pos. Lepas dah dapat, simpan 24 jam dalam peti ais, baru boleh makan. Sebab Kimchi ni sedap makan waktu sejuk.

Ni dia Kimchi dan Gochujang. 

Rasa Kimchi ni kalau korang nak tau masam masin. Kalau buat nasi goreng perencah Kimchi (which mean Nasi goreng Kimchi) memang tak payah letak garam lagi. Memang dah cukup rasa. Tumis Gochujang, lepastu letak Kimchi dan tambah sedikit minyak bijan, gaul punya gaul, letak nasi. Fuhh sedap makan panas-panas. Tambah pulak dengan telur mata goyang. Ei kecur air liur.

Haa ginilah rupa nasi goreng Kimchi. Nak lagi merah
bubuh lebih Gochujang.

          Sesiapa yang dah kecur air liur dan tak sabar nak try makanan Korea ni, ataupun nak tahu info lanjut dan list jualan boleh contact mereka yang kat bawah ni ok? (psss, dia ada sediakan resipi untuk masak Korean food jugak tau. In case tak tau nak guna macam mana)


          Untuk yang malas nak masak tapi nak try makanan Korea boleh contact sis ni ok? Delivery terus ke rumah korang. Tapi, area JB sahaja. 

Whatsapp : 019-3656224




Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...