Skip to main content

Persiapan ke UITM Lendu, Alor Gajah

Hai.

          Entri ni, dibuat khas untuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke UITM. Terutamanya UITM Lendu (wajiblah promote universiti kita). Selain dijadikan sebagai kenangan untuk disimpan, harap dapat jugaklah membantu korang. :

First thing first yang paling penting, settelkan semua keperluan dan dokumen-dokumen yang pihak universiti nak. Tu sangat-sangatlah WAJIB. Sebab kalau tak lengkap, kemungkinan pendaftaran awak akan direject. Sentiasa pastikan semua dokumen-dokumen yang perlu disahkan tu, sahkan awal-awal ok? Sebab kalau tak disahkan pun kena reject juga. Hmm. Senarai semak dokumen nanti dia ada bagi. Jangan risau ok?

          Kalau cakap pasal senarai barang memang banyak gila tau. Semua benda kita rasa WAJIB bawak. Kalau boleh nak bawa rumah dengan segala isi dia tau! Untunglah aku dapat dekat Melaka, tak jauh sangat dari rumah

Senarai makanan dan bekas :

  • Biskut-biskut
  • Milo / Nescafe / Oat / Nestum (tak kisah)
  • Air mineral satu kotak (nak beli yang 5liter terus pun ok)
  • Maggi (aku tak beli sebab tak elok sangat makan mee segera. Tapi terpulang untuk korang)
  • Jus buah-buahan (aku beli air kotak buah. Kot-kot nak minum air manis tapi malas nak pegi beli)
  • Botol air (bawak pegi kuliah)
  • Sudu dan garpu
  • Pinggan plastik atau apa-apa jenis yang tak pecah kalau jatuh
  • Cawan yang tahan panas tapi tak pecah kalau jatuh
  • Tupperware (kot nak bungkus makanan ataupun beli makanan berkuah, boleh tuang dalam bekas)
  • Heater (kalau boleh satu bilik satu, jimat eletrik - akak senior pesan)
Senarai ubat dan first aid kit :
  • Panadol (kalau boleh nak elak. Tapi just in case kalau dah sakit teruk sampai tak tahan, kena juga spare)
  • Ubat selsema (aku ni mudah kena jangkit selsema. Memang perlu)
  • Plaster (in case tercedera ataupun luka. Sangat penting)
  • Soothing gel (boleh baca entri soothing gel . Banyak kegunaan soothing gel ni tau)
  • Minyak angin (aku pakai jenama IV Mist Aromatic Nano Oil , pelbagai guna boleh baca entri aku pasal minyak tu)
Senarai penjagaan diri :
  • Sabun mandi
  • Ubat gigi dan berus gigi
  • Pencuci muka
  • Tuala
  • Shampoo
  • Deodorant
  • Bedak badan
  • Compact powder 
  • Losyen
  • Lip balm
  • Alat bersolek (bawak yang simple-simple je. Tak mungkin sempat nak menyolek sangat)
  • Pengorek telinga
  • Pengetip kuku
  • Sikat
  • Face cotton
  • Benang dan jarum (kot nak jahit ade baju atau seluar yang terkoyak atau tetas)
  • Coffee scrub (hilang daki badan ataupun buat spa sendiri time weekends. boleh baca entri coffee scrub untuk fungsi yang lain)
  • Pad dan surat khabar lama / kertas terpakai (untuk bungkus pad sebelum buang)
  • Pantyliner
  • Minyak wangi 
  • Iron (kalau boleh satu bilik satu iron. Jimat eletrik - akak senior pesan
Senarai pakaian dan aksesori :
  • Baju kurung (memang wajib bawak banyak)
  • Jubah
  • Blouse , skirt dan seluar slack 
  • T-shirt (lengan pendek dan panjang)
  • Tracksuit (segala jenis seluar sukan)
  • Telekung
  • Baju tidur
  • Pakaian dalam (faham-faham la yek)
  • Inner
  • Segala jenis tudung, shawl atau pashmina (tak kisah)
  • Brooch
  • Anak tudung
  • Stokin (nipis dan tebal)
  • Kasut bertutup (warna hitam yang berkulit untuk majlis formal dan flat shoes biasa)
  • Kasut sukan
  • Selipar jamban dan sandal pegi outing
  • Jam tangan (bagi aku wajib. Senang nak tengok dah pukul berapa. Takyah seluk beg atau poket nak cari phone. Buang masa)
  • Segala aksesori yang korang rasa perlu dan tak melampau (contoh macam cincin ke, gelang ke. apa-apa je)
Senarai alatan membasuh baju :
  • Baldi
  • Bakul baju kotor
  • Hanger (kecil dan besar. Tak kisah la)
  • Sabun basuh baju
  • Pelembut dan pewangi
  • Berus basuh baju
  • Penyepit baju
  • Gayung
Senarai untuk bilik dan tempat tidur :
  • Cadar tilam dan sarung bantal
  • Bantal secukupnya (termasuklah bantal peluk, teddy bear dan senagkatan denganya)
  • Penyapu (optional. Untuk pastikan keadaan bilik bersih)
Senarai alat tulis dan buku-buku :
  • Pen (merah, biru, dan hitam)
  • Liquid (aku memang perlu)
  • Pembaris
  • Pencil box
  • Pensil (tekan ke kayu ke suka hati)
  • Pemadam
  • Highlight
  • Kertas A4
  • Sticky notes
  • Test pad
  • Pen warna-warni (mana tau nak buat nota colourful)
  • Buku nota
  • Beg kuliah dan segala apa jenis beg
  • Novel (mana tau rasa bosan tiba-tiba)
  • Al-Quran, Yassin dan Mathurat (Sangat PENTING dan WAJIB! Untuk pengisian rohani)
  • Apa-apa yang korang rasa perlu, mengikut jurusan yang korang ambil
Senarai alatan elektronik :
  • Handphone dan earphone (wajib, kalau takde memang pengsan lanakk)
  • Laptop dan segala wayarnya (bateri la)
  • Pendrive (penting ni oi)
  • Powerbank (penting, ibarat nyawa handphone yang kedua)
  • Cable handphone dan charger
  • Mini speaker / bluetooth speaker (ni optional je. Tak wajib pon)
  • Printer (tak wajib, tapi kalau rajin pegi fotostat selalu dan banyak duit takpe. Heheh)
          Rasanya tu je kot senarai barang yang kena bawa. Ni cuma cadangan dan panduan untuk korang. Nak bawak lebih bawaklah, nak kurangkan pun takde masalah. Bawa apa yang ada, wajib dan penting sahaja dah memadai. Harap dapat membantu!

Selamat berkemas!

Sebarang pertanyaan jangan segan-segan nak email. Kalau email tak reply, maknanya akak sibuk. hihi.

Email : aeshahbadrul@gmail.com

Comments

jida said…
panduan yang sangat berguna buat yg baru nak merasa duduk di asrama..Teringat zaman muda mudi..Nebes sangat nak dok berjauhan dari mak ayah..
A'eshah Badrul said…
This comment has been removed by the author.
A'eshah Badrul said…
Tu lah kan. Tak pernah berpisah, bila kena berpisah rasa lain sangat T.T

Popular posts from this blog

Tips Mengetahui Body Mist Victoria Secret Original atau Bukan Original

Assalamualaikum.
          Malam ni nak santai-santai je share tips body mist original ataupun bukan original. Tapi aku lebih spesifik pada jenama Victoria Secret sebab aku pengguna tegar body mist Victoria Secret.
Tapi sebelum tu aku nak bagitau sikit tentang perbezaan body mist dengan Eau De Toilette (EDT). Ada beza ya kedua-dua benda ni. Sebab sebelum ni aku pun tak tau beza, semua yang dalam bentuk spray yang berbau wangi, aku bantai panggil perfume. Hahahha.
Body Mist : Lebih kurang macam cologne. Bau dia hanya boleh bertahan 4-6 jam sahaja
Ini adalah rupa body mist. Jenis yang aku selalu pakai. (Yang Pure Seduction tu wangi bhai)
Eau De Toilette (EDT) : Ini barulah perfume. Bau dia boleh tahan 6-8 jam. Jauh lebih lama daripada body mist.
Ini pula rupa EDT. Saiz lebih kecil berbanding body mist.  Tapi harga lebih kurang. Yang best, bau tahan lebih lama.
Kat bawah ni aku akan kongsi beberapa tips untuk membezakan Victoria Secret (VS) original ataupun bukan original :
Kebiasaannya, y…

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi2 sudu besar minyak sapiSedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan diikatSetengah kuib pati ayam1 biji bawang besar (dihiris)1 inci halia (ditumbuk)4 ulas bawang (ditumbuk)3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga berasa dan daun pandan sebersihnya dan toskan.

Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 b…

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.
 Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)
          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.
My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman grammar, rea…