Skip to main content

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)

          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?

Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.

          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tolak-tarik semasa nak membelok. bagi beginners macam aku, senanglah nak buat sebab aku memang tak pernah memandu dan langsung tak pandai memandu. untuk aku, rules tu senang. yang susah bila latihan dalam litar + jalan  raya.

Sumpah, 3 hari yang pertama masa aku belajar aku jadi give up. sebab susah! setiap kali datang kelas memandu aku rasa nak nangis sebab aku tak boleh nak hafal CITO, aku lupa kiraan untuk masuk side parking, aku lupa step naik turun bukit. sampai aku fikir yang bila sampai masa aku test JPJ nanti aku tak bersedia.

          Tak boleh. aku kena teruskan. kena cuba ingat semua step. sebab aku cuma fikir satu je. Abah. aku nak lulus supaya aku boleh bawak Abah pergi mana-mana je. :D ye, Abah buatkan aku fikir semula untuk give up.

Lagi seminggu aku nak test JPJ, aku taktaulah apa kena dengan aku. ujian bukit macam tak menyebelahi aku. selalu tak lepas garisan kuning T.T selama latihan ok je. cuma selekoh Z je aku selalu failed. bila aku dah pandai masuk selekoh Z, bukit pulak yang buat hal. kat mana tah salah aku.

          Sampai hari test, memang menggigil sejuk tangan aku. bukit punya pasal lah! time tu aku rasa, kalau lepas bukit, aku dah tak kisah pasal benda lain. halangan sekarang BUKIT JE. sampai turn aku, aku terus naik bukit. kali pertama. ok, TAK LEPAS! takpe, aku undur balik untuk cubaan kali kedua. harapnya lepas and selamat turun (kereta tak undur ke belakang).

Bila dah selamat undur, "Aishah, apesal tak bagitahu nak ulang semula?" dengar JPJ jerit. dia tak marah. cakap je. yes, aku lupa nak bagitau yang aku nak buat second attempt. hahah

Second attempt. tayar masuk garisan kuning.

             "YESS! lepas. so masa untuk turun bukit. tekan minyak, lepas clutch perlahan (kasi kereta mengenjut kedepan sikit) then cepat-cepat lepaskan handbrake." mampu monolog dalam hati je.

"YESSSS!!! Alhamdulillah, kereta aku meluncur turun bukit. tak mengundur pun! yesss!!!" kali ni memang aku rasa lega tahap cipan.

          Lepastu, aku teruskan selekoh S, selekoh Z, parking tiga penjuru dan last sekali side parking. and yes, Alhamdulillah, aku lulus dengan jayanya untuk ujian dalam litar.

Tunggu punya tunggu, dah dekat puku 1 petang, masih tak mula ujian jalan raya. ishhh, aku nak balik. perut dah lapar gila. tiba-tiba datang pegawai JPJ, agak berumur, tak tua sangat nak dibandingkan pegawai JPJ lain yang jauh lebih muda (gaya abang aku je kihkih).

          "Pukul 1 ni waktu rehat. so kamu semua yang belum buat ujian jalan raya, datang semula pukul 2 okey? pastikan berkumpul balik kat sini tempat pukul 2." kata pegawai tu.

"What?! means kena tangguh lagi? haihhhh" memang aku tak puas hati.

          So aku call Ayah suruh ambik aku bawak balik. at least aku boleh solat and makan dekat rumah. lebih selesa. lagipun aku bukan ada kawan pun untuk ajak makan. tak best la makan sorang-sorang T.T

Petang tu, ujian jalan raya pun start macam biasa. kali ni tak takut sangat. sebab selama belajar aku takde masalah langsung untuk jalan raya. tapi betullah orang kata, over confident sangat tak boleh.

          "Assalamualaikum Encik, saya calon no 12 ingin membuat RSM dan ujian jalan raya" aku mulakan. dalam hati Allah je tau berdebarnya aku. aku pun explain la pasal komponen dalam kereta tu bla bla bla.

Punyalah confident sangat memandu sampai nak tukar gear pun jadi terkial-kial.

          "Masya Allah, kau ni kenapa?? fokus Aishah, fokus!" tukar gear sambil cakap dalam hati.

Sampai dekat simpang tiga, aku berhenti sebab ada trafic light. sebelum sampai trafic light, aku dah bagi signal kiri. ye, aku yakin tu.

Lampu isyarat bertukar hijau.

          "Assaa! lampu hijau." aku pun terus je belok kiri. tiba-tiba...

          "Signal mana?" pegawai JPJ sebelah aku tanya.

          "What?! tadi ada signal. Ya Rabbi kenapa signal ni boleh mati pulakkk?" mampu balas dalam hati je.

          "Awak nampak simpang tu? signal kiri, masuk simpang tu." kata pegawai tu lagi.

Aku pun ikutkan je la. ingatkan dia bagi peluang kedua. kebetulan, jalan tu naik bukit. masa nak naik bukit tu enjin aku termati tiba-tiba. bila enjin dah mati, mulalah aku mengelabah. Ya Rabbi!!!

          "Rileks, rileks, free gear tarik handbrake, tekan clutch tekan brek, start enjin. jangan nervous sangat." pegawai tu kasi courage.

Ok, aku buat apa yang dia suruh. aku memandu sampai ke sekolah memandu semula. dah sampai, aku parking kereta.

          "Awak gagal eh? bukan apa, saya gagalkan awak sebab nak awak buat lebih baik lepas ni. ok? jangan marah saya eh?" JPJ tu memujuk barangkali. aku diam je.

          "Eh, takpe Encik, salah saya tadi. saya tak bagi isyarat. terima kasih ye Encik." haruslah menjawab dengan penuh budi bahasa. walaupun dalam hati, Tuhan je tau betapa pedihnya hati aku.

          "Lepas 2 minggu nanti datang balik untuk ulang ujian jalan raya :)" kata pegawai JPJ tu lagi.

Balik rumah, memang aku murung gila. lepastu aku teringat IC belum masuk dalam purse. aku pun cari IC.

IC TAK ADA! kau faham tak perasaan bila tengok IC kau hilang? aku yakin lepas habis ujian tadi, aku masukkan IC dalam poket seluar. yg ada handphone. lepastu aku keluarkan handphone sebab nak call Ayah. dan aku syak IC aku tercicir dekat sekolah memandu. so aku terpaksa suruh Umi hantar aku.

Sampai sekolah memandu, aku cari dekat litar. padahal masa tu, masih ada lagi orang lain tengah buat ujian litar. aku tak peduli. yang penting, IC aku!!

          "Awak cari apa?" tanya JPJ yang jaga litar.

          "Saya cari IC. Hilang tadi." jawab je lah. orang dah tanya.

          "Awak pakai kereta apa masa test tadi?" amboii concern nya abang JPJ ni.

          "Pakai kereta kancil." termengah-mengah aku nak berlari sambil menjawab.

          "Haaa cuba tengok balik kat tempat awak parking tadi. mana tau tercicir kat sana. saya yakin tadi saya dah pulangkan IC awak masa lepas ujian litar tadi."  aduhh duhhh abang JPJ ni.

Aku pun carilah dekat tempat yang pegawai JPJ tu suggest. Yes. memang ada, dari jauh aku dah nampak benda bersinar warna biru.

          "Ya ALLAH!!!! IC aku! dah jumpa. Alhamdulillah." bahagia rasa IC dah jumpa. takdelah melayang RM300 nak buat IC baru.

          "Jumpa tak?" dari jauh aku dah dengar pegawai JPJ tu tanya.

          "Dah, dah jumpa dah. dekat tempat perking tu. nasib baik tak hilang." jawab mestilah dengan eksited.

          "Hah, nasib baik jumpa. lain kali jangan cuai." baiklah abang JPJ. HEWHEWWW

          Lepas 2 minggu, (23/2/16) aku retest JPJ bahagian jalan raya. kali ni aku memang betul-betul fokus. setiap step pun aku make sure tak lupa lagi. orang kata, belajar dari kesilapan. haaa gitulah gamaknya. and Alhamdulillah, aku dah lulus!!! kau faham kan benda yang paling eksited sekali bila kau dah lulus JPJ? JPJ memang sangat-sangatlah strict, salah sikit (tak bagi signal, langgar lampu merah/kuning, langgar line putih, enjin mati, dan sewaktu dengannya) kau boleh digagalkan serta merta okeyyy! cuma nasib aku baik, walaupun aku failed, aku tetap bawak kereta tu sampai sekolah memandu. hihihi takde kejadian "JPJ bawak balik kereta". Alhamdulillah :D



Comments

Nurul Najihah said…
wahhh tahniahh. Saya pun belum latihan lagi.

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Hai.

          Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA.

1 April 2016




     Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala.

"Apa nak prepare?'

"Soalan apa dia akan tanya?"

"Penemu duga tu agaknya macam mana?"

and so on.

Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni). So, daripada tips dorang, …