Skip to main content

Birthday Shida

30 Disember 1997. tarikh Shida dilahirkan ke dunia. Shida atau lebih biasa aku panggil dia Shid. merangkap kawan baik, kawan sejati sejak sekolah menengah lagi. selain the Feminine. sekarang dia belajar kat Kolej Matrikulasi Pahang.

          Kali pertama aku kenal dia masa Form 1. masa tu waktu Pendidikan Islam. kebiasaanya waktu agama, bebudak Islam semua gabung dengan kelas lain. contoh kelas A gabung dengan kelas B. masa tu aku 1A. Shid 1B. Masa dalam kelas tu, semua orang dah dapat tempat kecuali aku. maklumlah, kelas agama yang pertama. awkward! tiba-tiba aku dengar ada orang panggil aku.

"Eh awak! sinilah sini sini! duduk sebelah kita. tempat ni kosong." Shid panggil aku. beria. serius beria. siap melambai-lambai lagi. "peramahnya" aku cakap dalam hati.

Start dari haritu, aku mula rapat dengan dia. takdelah rapat-sangat sebab kitaorang bukan sekelas. cuma dapat berborak lebih masa waktu kelas Agama je. Masuk Form 2, masih lagi tak sama kelas. hubungan, masih kawan macam biasa. cuma aku dah tak duduk sebelah dia lagi. tapi tegur-tegur tu adalah.

          Masuk pulak Form 3, dia dah tukar kelas. dia masuk kelas aku. daebakk. aku rasa dia buat anjakan paradigma dengan meloncat naik kelas aku. muaahahah. disebabkan dah sekelas, and dia paling kenal aku, so start rapat balik. Bila dah Form 4 and Form 5, masih lagi sekelas. dan kitaorang duduk sebelah-sebelah semula. sebab tu jadi-rapat sangat.

Kongsi makanan sama-sama, belajar Maths dengan Add maths sama-sama. masalah dia dalam kelas satu je. Dia tidur. waktu pagi, tengah hari, dia tidur. tak kira subjek Maths, Kimia, ataupun Fizik. sampai berbekas-bekas and merah-merah mata. hahahaha ok, kelakar.

          Habis SPM, kalau ada masa lapang, dia menempel dekat rumah aku. layan movie la, gossip la, apelah. yang pasti aku kena masakkan something kalau dia datang. addicted letew dengan air tangan aku. tau dah :P

"Bila kau nak datang rumah aku?" soalan lazim yang dia tanya aku setiap tahun tak kira masa.

"Rumah kau tu jauh la. lalu kelapa sawit semua. lagipun aku manade lesen nak pegi sana." alasan biasa aku.

Bukan tak teringin nak pergi, tapi jauh. masuk kedalam punya dalam. sape je yang sudi hantar aku masa tu? dengan keadaan takde lesen. even dah ada lesen pon, macam Umi kasik can aku bawak Alza dia. hmpft!

"Aku tak kira. kalau aku kahwin nanti kau mesti datang. WAJIB! kalau boleh tido rumah aku sekali." masih lagi suruh aku pergi rumah dia, tapi kali ni nada lebih tegas. cihh.

          Gila ke tak datang wedding dia nanti? hahaha. Don't worry Shid, aku akan sampai kampung kau. akan jejakkan kaki aku dekat rumah kau. kau tunggu je lah. Harini birthday dia. birthday yang ke-18. dah nak hujung tahun baru masuk 18. sedangkan aku, bulan depan dah masuk 19. selalu gak ah kitaorang ngejek dia ni budak kecik. padahal perangai matang gila. hahaha kelebihan dia.

"Aku rindu nak makan maggi yang kau masak masa tu." tetiba dia meroyan. bila masa aku masakkan dia maggi nih?

"Banyaklah kau punya maggi. tu Yee mee lah!" ok, dia fikir yee mee tu maggi sebab kerinting. hahaha

          Deal. aku setuju nak masakkan dia yee mee lagi. dengan syarat, cuti mid sem nanti datang rumah aku la. lalalala. dia suka, aku setuju. boleh kira, tu macam hadiah birthday dia jugaklah even lambat sebulan.

"Remembering the good times we've had together. On your Birthday
and always missing you and wishing you a very happy birthday!
Hope you have a wonderful celebration. Since to me, you are such an
amazing friend. xoxo."



Comments

naaisyah S said…
Assalamualaikum.

Semoga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke syurga :)

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...