Skip to main content

Lesen L dan Handphone Baru

Assalamualaikum.

Hai. harini nak flashback story jehh. flashback, throwback etc . . .

Rabu // 3 Jun 2015 - waktu pagi

          Ai decide dengan kawan Ai yang kitaorang nak ambik ujian komputer untuk lesen L haritu. so pagi tu kitaorang pergilah ambik ujian. padahal belum genap seminggu lagi dari tarikh kitaorang join ceramah memandu. hahaha dan yang paling dahsyat kan, TAK BACA BUKU langsung! esok nak test, malam tu baru bukak baca sikit-sikit. konon "ahh senang je ni." senang ye senang -_- tolong jangan ikut perangai buruk haku ni.

Sampai je dekat litar, memang dah pasrah je laa wehh. yang konon-baca malam tadi pun cam dah lesap je. pastu cakap ngan Maklong (mak sedara yg jadi cikgu memandu) nak ambik test pe semua. then Maklong jawab "walau apa pun keputusan, balik je bagi terus keputusan tu kat Maklong. Good luck kay" memang takut gila bila Maklong cakap camtu. kalau Ai failed mesti MALU gila T.T

          Lepas je habis ambik test. sejuk satu badan tengok result keluar kat screen komputer tuhh. ohhmaigaddd!!!

Ujian buta warna  - 8/8 
-
-
-
selamat. *phew*
-
-
-
Ujian penglihatan - 5/5
-
-
-
-
nasib baik selamat lagi
-
-
-
Ujian bahagian A - 11/15
Ujian bahagian B - 24/25
Ujian bahagian C -9/10
-
-
-
TAHNIAH! anda LULUS! 
44/50

Alhamdulillah. nasib baiklahh lulus oii. kalau tak memang meraunglah Ai. malu sebab failed lepastu stress sebab tak dapat lesen L. dalam pada tak membaca tu, nasib baiklaa lulus. kalau baca, tah-tah 50/50 kot. hahahah yang penting dah lulus. lulzzz~ pasni tunggu lesen  L keluar je. yabedabedu~

Rabu // 3 Jun 2015 - waktu malam

          Niat memang dah lama dah nak tukar handphone sebab stress dengan handphone lama yang macam apa je. asyik-asyik insuficient storage. nak download media social pun payah. yang muat cuma whatsapp je. like seriously? sebab tulah berangan nak beli phone yang besar-sikit. yang boleh muat media social semua tu. games takde pun tak kisah. sebab Ai ni bukanlah gamer. games semua sumbat dalam iPad je.

Haritu adalah cakap kat ayah nak beli phone. tapi dia diam je. not sure whether dia agree or disagree. hmm oklah diam je. tup tup petang Rabu tu dia cakap "malam ni pergi cari telefon" hamboihh serious malam ni? memang stunned ah kejap. dalam hati excited jugaklaa. phone baru wehh.

         Pastu tangan ni mulalah whatsapp ngan Shida, yelaa dia kalau part model handphone dia memang pakar. dia tau je handphone mana yang murah, yang kamera lawa bla bla bla. Niat di hati nak beli OPPO tau sebab orang-kata kamera lawa. that's it. as a blogger kita perlukan kamera yang lawa untuk snap gambar. tapi Shida suggest VIVO. oklaa fikir dulu.

Bajet Ai dalam RM500++ not more than RM600. kalau duit RM 700 takkan nak guna semua kan? mesti nak save sikit. oklah. call. malam tu pergi One Segamat pergi kedai OPPO. ok I decide to buy OPPO. but then . . .

Penjual : Yes? You mau beli handphone apa?
Ai : Saya pun tak sure lagi.
Penjual : Bajet you berapa? apa feature yang you mau?
Ai : Bajet saya dalam Rm500+ macam tu. I nak yang kamera dia lawa, lepastu boleh masuk         banyak benda dalam tu.

         Penjual tu ambikla OPPO neo. survey punya survey. ok not bad. macam-suka. pastu dia keluarkan ASUS pulak. survey survey. nampak ok. tapi lebih suka OPPO. then she came out with SAMSUNG. dalam hati "mati aku dia keluarkan SAMSUNG. mesti lari bajet." pulaktu lawa sehh yang SAMSUNG tu arghh. tengok harga. murah sikit than OPPO. 

Penjual : Ni SAMSUNG pun ok. baru keluar punya. the latest one. kualiti kamera sama macam OPPO. HD. you boleh cuba.
Ai : * cuba SAMSUNG* try capture gambar. ehmm not bad. gambar HD. size pun menepati ciri-ciri yang Ai nak. skrin lebar, tak terlalu besar dan tak terlalu kecik. besides, the LATEST!
Penjual : So mau yang mana? Kalau mau SAMSUNG I kasi you murah sikit, tolak dengan handphone lama you. free casing, screen protecter diamond.
Ai : *thinking deep* ... kalau OPPO pun free dua benda tu gakk. 

End up beli 
-
-
-

yeahh SAMSUNG jugak!

Memang sah la Ai ni pengguna setia SAMSUNG. yang dulu Samsung Galaxy Y. yang dulu tu beli guna duit raya. gigih tau mengumpul duit sebab nak beli smartphone yang pertama. hahah. yang kali ni pun beli guna duit sendiri jugak. Umi ngan Ayah jadi tukang-bawak-pergi-kedai je. Ai start kumpul dari tahun lepas. duit belanja sekolah + duit SPM + upah jaga anak sedara + upah jaga kakak pantang + elaun duduk rumah + duit angah bagi setiap kali balik. punyalah banyak sumber. hahaha gigh kumpul. akhirnya dapat beli sebijik handphone. Alhamdulillah :)) 

          Dapat rasa satu kepuasan bila beli barang yang kita nak, guna duit hasil kita kumpul. memang puas wehhh. rasa dia tak sama macam mak-ayah belikan. memang puas! try kumpul duit and beli barang idaman korang and you'll know how it feels~






Comments

Unknown said…
http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/free-movie-ticket-giveaway-by-redbellas.html

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...