Skip to main content

Umi Masuk Hospital Lagi

Assalamualaikum.

Hai. dah beberapa hari tak berblogging. seriusly, kekangan masa. bila dah start belajar, dah start ada homework, ada assignment, memang tak cukup tangan. plus dengan aktiviti kokurikulum. memang memang memang sangat penat.

          Tak cukup dengan tu. Allah uji lagi Ai. umi masuk hospital untuk kali kedua. sebab yang sama. betul-betul sebulan je umi sihat. lepastu umi dah start demam balik, payah nak tidur, badan mudah menggigil. bila bawak pergi check-up, terus kena tahan wad. masuk harini dah hari yang ketiga (3 hari 2 malam). taktau la bila boleh keluar. T.T

Semestinya Ai kena buat semua kerja dalam rumah ni sebab Ai sorang je yang tinggal. kaka dengan abang Ai semua jauh-jauh. Pagi pergi sekolah, petang jenguk umi kejap. malamnya, pergi rumah atok nak siapkan semua homework-homework yang cikgu bagi. balik rumah nak kena basuh baju, basuh pinggan cawan kotor semua. sediakan barang-barang umi yang nak kena bawak pergi hospital semua T.T what a hectic day.

          Ni pun kerja math, ekonomi dengan Pengajian Am tengah menunggu. ekonomi dengan nota + eseinya, math dengan open book test nya (dah la blurrr. perlukan masa yang sangat banyak nak adapt math M ni T.T) pengajian am kena buat presentation (which is satu apa pun tak prepare lagi wehh. sebab nak buat PA la Ai on laptop ni. sambil tu taip jugakla blog walau sikit)

Ai minta jasa baik korang yang baca entri ni, doakan kesihatan umi pulih macam dulu. sihat macam dulu. tak payah masuk hospital lagi. doakan umi Ai ye. :)

Comments

Mialia Amelia said…
smoga umi awak cepat sembuh. Amin :)
Semoga umi cepat sembuh... Amin.. Awak kena kuat semangat supaya umi pun kuat semangat..
semoga umi cepat sembuh sayngs :)
Cik Comel said…
semoga umi Ai cepat sembuh :-)

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Senarai Make Up Brand yang Berkualiti

Assalamualaikum.

          Hai. Harini adalah nak share sikit pasal brand make up yang tengah meletups letups sekarang ni. Maklumlah, semenjak dah masuk dunia media ni dah pandai la sikit-sikit bab kecantikan, bab make up dan yang paling penting dah baca majalah CLEO yang memang sarat dengan maklumat make up dan brand make up terkini.


Urban Decay

Siapa tak kenal Urban Decay? UD memang sangat famous dengan dia punya eyeshadow pallet. Even aku pun tak ketinggalan menggunakan eyeshadow pallet jenama UD ni. Yang aku guna NAKED3. Memang best sangat brand ni, macam-macam jenis eyeshadow pallet korang boleh pilih, ada nude set, smokey set eh macam-macam lagilah!
          Di samping combinasi warna dia yang tahan lama dan cantik, UD ni pun senang nak apply. Tak payah nak tenyeh banyak-banyak sampai jadi hantu cina. Walaupun celet sikit, dah ada eyeshadow melekat pada kelopak mata korang. Lagi yang best, setiap set eyeshadow ni dia sediakan sekali eyeshadow brush. Senanglah kan kalau korang ta…