Skip to main content

Persiapan Sebagai Student

Assalamualaikum.

Hai. Petang semalam Ai pergi shopping baju untuk Form 6. ah aku ni tak abis-abis lagi kan cerita pasal Form 6? hahaha yela orang first time masuk Form 6. jakun la. macam-macam dia nak cerita. tapi harapan dia nak share cerita dan pengalaman dia dengan orang yang baca entri ni. tulah tujuan berblogging kan? :D

          Macam yang kebanyakan orang tau, Form 6 sekarang dah pakai baju bebas. no-more-school-uniform. takyah la cemas sangat. dah boleh dah nak pakai apa pun pergi sekolah asalkan tak seksi dan mencolok mata. jadi, semalam Ai pergilah shopping baju dengan Umi ngan Ayah. dah sampai butik baju dah pening nak pilih baju mana sebab rasa semua lawa-lawa. lumrah seorang perempuan bila masuk butik. wakakaka~

Tapi sebelum tu, Ai pergi Maybank dulu. nak buka akaun Maybank. sekarang Ai kan tengah berjinak-jinak dalam bisnes. jadi dropship kakak Ai. dia dealer Ephyra. sambil-sambil tu bolehla cari duit poket kan. takkan dah 18 tahun pun masih nak harap duit Umi Ayah untuk beli barang yang kita nak? tak boleh jugak kan? full-time student, part-time bisnes. pesan Umi dengan Ayah, jangan leka. utamakan pelajaran. baiklah!

This is my Ig shop.
Jangan segan-seganlah nak singgah ok?
selain daripada Ephyra, ada lagi dua jenis barang best yang akan masuk dalam Ig shop Ai.
Insya Allah. Tunggu ok. yang penting barangnya semua best-best. 
korang mesti suka.

          Lepas dah siap buka akaun, pergi Billion pulak. ok, Billion tu kira shopping complex kecikla kat Segamat ni. kecik daripada One Segamat. Billion ada dua. satu Billion yang jual barang-barang keperluan dapur. satu lagi Billion jual pakaian. target Ai kan nak beli pakaian. so pergi Billion pakaian untuk beli pakaian dalamansss. hewwheww~

Tak abis lagi tu. kita pergi bandar atas pulak. cari blouse, skirt dengan seluar slack. seluar slack, untuk dipakai masa hari Rabu dengan Isnin. mesti smart kami si pelajar-pelajar Form 6. hahaah berangan! sebenarnya, pergi butik tu nak beli seluar slack je. blouse dengan skirt tak masuk dalam list pun. tapi, tetiba Umi suruh pilih skirt dengan blouse. Ai apa lagi kan. grab je laa. orang dah nak belikan. hahaha rezeki jangan ditolak. last-last dapat sehelai seluar slack, dua helai skirt dengan sehelai blouse. hah, jadilah tu untuk peringkat awal ni. pakailah hengko masa pergi sekolah nanti.

Hasil tangkapan di butik.
clothes by Peace Collection.

Disebabkan Ai rasa pasni akan lebih kerap pergi butik Peace.
Maka kita buat member card. untung dapat 10% diskaun.
sampai birthday Ai, dapat 50% untuk dua helai baju. awhh seronok!

Comments

Nurrul Hazieqah said…
Selamat kembali belajar diq ^^

Moga impian dan cita2 dihajati tercapai.. :)
Amelia said…
bgus la berdicurry :D

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...